Tuesday, July 14, 2009

Cara Untuk Kurus

Lalu lintas di Fakulti of Economics and Management Sains tak lapang lagi macam selalu.Aku dan Hajar cuma santai berjalan menuju ke bilik,sempoi sahaja lagak kami kerana kelas 'diyakini' cancel.Kami lalu bahagian belakang berdekatan ATM Bank Islam.Aku tak amik port sangat keadaan sekeliling ,so tak leh discribe banyak2.Kang jadi bohong pula.Bulan2 Rejab ni tak baik tipu..

Dari arah bertentangan kelihatan seorang lecturer lelaki dalam lingkungan usia 50-an.Dressing smart dan langkah mapan ke arah seorang student sambil mulut laju dan kuat menyapa "Syahir(bukan nama sebenar), how r u? u ke tu?"

Kerana tempat tu tertutup, sapaan beliau bergema-gema.Ada tua,tiga pasang mata yang berbaris di ATM termasuk aku menoleh.Sekejap je.Brother tu mukanya sekadar memuaskan sahaja.

"Yes sir" malu2 brother tu jawab.Buku diselit diketiak.

Lecturer lelaki tu sambung lagi " u nampak kurus la, you diet ke?" Kuat dan yakin lontaran vokalnya.Tak ada ragu2 lagi macam sesetengah penyanyi program realiti.

"........." Senyum saja brother tu, aku tak rasa dia mampu buat apa2 mahupun sekeh kepala lecturer tu sekali pun sebab lecturer tu dah veteren.Takut juga dia dapat title derhaka.

" Kurus ni ada dua cara je. Satu kau diet takpun, satu lagi kau bercinta ta..ta..ta.."gema suara lecturer tu memenuhi ruang legar.

Dan aku pulang dengan satu jawapan yang pasti.

patutla aku tak kurus-kurus..

Saturday, July 11, 2009

A Little too late

Bismillahirahmanirrahim.

Aku tahu dalam dunia ni, banyak perkara yang kita nak faham tapi memang tidak ada penjelasan untuk itu.Itu aku tak kisah.Contohnya hal2 bende ghaib, memang tak boleh soal.Kang jadi dosa pulak dah berkewajipan percaya tanpa banyak soal.'soal cakap boleh bohong,soal rasa tak bole bohong'kan?

Hari Ahad lepas, aku tumpang tidur kat umah kakak aku yang sorang ni. Beliau seorang doktor, maka beliau tegas dengan hampir semua orang especially aku. Resepi kejayaan katanya.So, memang wajar la aku takut-takut kucing dengan dia.Ok,paginya setelah bekfas, kami menaiki Myvi putihnya dan hit the road to Pulai Chondong.Aku senyap je sepanjang jalan.Layan bleus..Modal nak cakap tak banyak.Kelompok kawan kami berbeza.Bukan salah aku.Tapi aku sayang la dia.Jangan suka2 je nak judge eh..

sunyi je waktu tu.Aku behave cam biasa.Duduk pun kepit je.Sopan.

"makan tadi pinggan,mangkuk basuh tak?". pendek dan lancar je ayat tu keluar dari mulut dia.

Buat pengetahuan semua,dah lebih 20 minit kami meninggalkan perkarangan rumah sewa akak aku dan baru sekarang dia buat check list.

"dah" pendek je aku jawab sambil otak aku terbayang pinggan mangkuk kat sinki yang masih ada saki baki nasi dingin.Aku ada pilihan ke? Menipu adalah satu2nya option yang aku ada.Jauh disudut hati aku harap sangat housemate dia tolong basuhkan pinngan sebelum dia balik sana keesokkan harinya.Amin.

***

Hari minggu biasanya mak aku akan ke Kota Bharu.Dan menjadi kebiasaanya aku akan 'follow you' mak aku. This time lain sikit ceritanya kerana aku ada janji temu dengan kawan.Mak aku tak halang cuma dia pergi dulu ke sana.Aku dah cakap dalam kol 11.30 aku akan bertolak.Pukul 11 mak aku keluar.Kami bawa haluan masing2 hari itu.

pukul 11.30 pagi, aku tahan teksi dan terus ke destinasi.Jumpa kawan,borak bergembira,shopping..

pukul 12.30 tghari,tetiba telefon berbunyi ring..ring..ring

nama di sreen :Mummy
Aku angkat "Hello,Assalamualaikum ma.Bakpo ma (kenapa ma)?

mak aku balas "tak ada apa2. Adik, tadi keluar rumah kunci pintu tak?"

"dah" aku balas laju.Aku memang tak fikir panjang dah kalau soalan macam tu.

"ok.bye" mak aku girang dan lega.

"bye" slow aku jawab.Tangan aku tekan punat kiri warna hijau pada hanset dengan hati bergema "tawakkal tualallah" kuat dalam hati.


why oh why people..why..!! ada apa2 perubahan ke aku boleh buat kalau tanye dikala itu.Dah terlambat semuanya.Tanya banyak tak guna dah~ Tolong la kesian kat orang2 yang tak mampu berkata 'tidak' macam aku ni. Buat la checklist tu awal skit. Masa itu emas,beb.

Tolong jangan pandang remeh hal aku utarakan ni.Jangan ingat ini luahan emosi tanpa pengisian.Cuba bayangkan kalau big boss korang tugaskan korang uruskan satu project jutaan ringgit.Siap semua benda, beberapa saat sebelum majlis pelancaran baru dia buat checklist done/undone stuffs dengan kamu. Buka kes aniaya ke tu? Memang tak logic sikit tapi ada rasionalnya kan?

notakakitangan
: Cerekarama malam ni sangat crap sampai aku rasa nak saman je TV3. Dengan Astro2 skali.Dok ulang cerita sama.Tu pasal sekarang dah tak ada iklan Astro MAX.hampeh

from Aida to the world (kecuali mereka yang cantik)

' I may be fat but you are ugly, and i can diet'

Sila baca dengan nada orang berlagak dan cuba untuk bina keyakinan diri.

Sepanjang cuti, aku notice berat aku bertambah few kilos. Ayat diatas adalah ayat kepada sesiapa yang berani bertanya soalan "kenapa makin tembam/berat/berisi/gemuk ni?" dan ayat2 seangkatan dengannya.

notakakitangan: mak aku, bila dipinta untuk berhenti makan durian coz dah banyak sangat dia makn, dia boleh jawab "hari ni tak makan(durian) lagi.". Beliau ingat makan durian macam makan makanan ruji(nasi) ke?.Kolestrol wo..

Evil hans Isaac





Semalam aku tonton cerita drama Melayu di TV3.

For the first time in my life( short je,baru 19 tahun 10 bulan), aku tengok drama yang menampilkan Hans Isaac sebagai watak antagonis. Bukan sahaja penjahat malah penagih tegar, bapak ayam, pengugut, penembak dan sebagai penerbit novel lucah dimalaysia.YUP, all together in one drama ,in one watak.Memang setan habis la hans Isaac tu.

Dalam drama tu,tah kenapa Hans Isaac punya penampilan hancus habis.Rambut serabai gile. Nak kata production tak ada gel, watak2 lain elok je shining rambut.Tak cite pasal misai janggut sana sini.Nasib tak ada bulu hidung jengah keluar dari lombong hidung dia.Kalau tak,mahu dikatagori 18sx cerita tu. Tang tu aku tak suka.Aku tak kesah dia amik watak jahat.Dia kan versatil. Tengok saja Buli Balik 1 & 2. Tapi untuk wujudkan watak jahat sehingga terhapus kekacakkan dia agak keterlaluan gamaknya.

Tak tahu ke diorang suatu ketika dahulu aku dengan kakak2 ku pernah bertarik2 rambut,jerit-menjerit dan macam2 lagi perilaku dara tak sedar diri kami buat semata-mata nak buktikan bahawanya Hans Isaac milik kami? Memang tak sedar diri habis.Tapi aku dah tak minat dah sebab aku sekarang di UIA, pilihan lebih luas dan International.Lagipun Hans Isaac bukan Islam.Tak kememana kami nanti.

Agak2 Hans Isaac sedeh dan marah tak kalau aku selekeh? Tapi aku selekeh hari2..

Wednesday, July 8, 2009

ma aku hilang barang LAGI

Pagi ini mak aku pulang daripada rumah kawannya dengan muka menggelabah.
sampai dimuka pintu, sliding door ditolak kasar, langsir ditepis ligat..
Kaki tuanya melangkah laju ke'opis' kecil beliau dipenjuru kecil sebelah kanan, berbelakangkan tv,diruang menonton tv sekeluarga.

Tak sempat duduk, tangan beliau ligat membelek2 barang yang ada.Berselerak.Sekali pandang memang sukar nak percaya lokasi tu merupakan opis mak aku.sacred semacam..
jangan harap la nak suka2 main batu seremban kat situ.maunye kene sekeh kepala.

mak aku memandang aku,aku pandang dia balik.

"adik ada nampak file ma?" ada elemen suspen disitu.

"tak" pendek je aku jawab.
Bukan aku tak peduli tapi memang aku tak terjumpa mahupun ternampak file biru yang mengandungi dokumen2 penting mak aku dengan tokey barang kemasnya,Kembang Jaya.Mak aku claim file tu nyawa.So, aku rasa ia penting.Aku rasa la.

Well,well.Aku dah agak dah.Tiada yang baru dengan tindak tanduk mak aku ni.Mak dan abah memang sinonim dengan situasi Hilang Barang.Berbanding dengan mak, ayah aku punya kes lagi parah la.Almost setiap kali nak hidupkan enjin kereta, satu rumah kena cari kunci kereta.Dalam sehari paling kurang 3 kali hidupkan engine kereta.Bayangkan kalau hari2.Pasal kunci motor lain hal pulak.Tu tak buka kisah mencari spek mata abah pula.Pendek kata kat rumah aku, acara treasure hunt dah common sangat.Macam makan nasik je.Long John Silver dan Jack Sparrow pun salute lah.Kat parents aku la.

Disebabkan ayah aku selalu sangat hilang properties, mak aku memang kerap bebel hal yang sama kat abah.Pada waktu2 lapang, mak ngumpat pulak sal abah dengan ak.Aku tolak,tapi kadang2 best jugak dengar cerita.Ada ketika pedas jugak bebelan mak aku kat abah.Bukan isu barang misplace je,pasal baju,burung peliharaan,ayam,durian dan macam2 lagi.aku kesian kat abah tapi bebelan mak aku membina.Aku rasa la.

Paling best,mak aku tahu kenapa dia boleh hilang barang.

" abah mana? panggil abah kejap." mak berkata

Abah aku tiba dengan baju pagoda, berkain pelikat.

Mak lihat abah.Mak berkata " Abah marah kat ma ke?"

Abah aku puzzled. Kenapa pula dengan isteriku?

"tak.kenapa?"

Malu aku nak tulis dialog diorg.Geli pun ada.Pendek cerita, mak aku mintak maaf ngan abah aku kalau dia ada terkasar bahasa,yang aku rasa memang ada.Yeala,mana tahu balasan Allah terhaddap ketelanjuran kata mak aku terhadap abah datang dalam rupa kehilangan file Kembang Jaya.

Abah senyum dam menggeleng kepala laju.
Kiri,kanan,kiri dan kanan balik.Isyarat bisu dia tak marahkan mak aku.

" kan awak letak dalam kereta hari tu" abah jawab slamber.Rasa cool pulak mak aku boleh fikir sejauh itu.Tak la jauh sangat aku rasa sebab syurga Isteri pada Suami,kan? Aku rasa la..

Mak aku laju ke kereta.

notakakitangan: ada satu blog membahasakan mak dan ayah dengan penggunaan nama.Contohnya ' Cik Rahmah(mak beliau) pergi ke pasar tadi'. Mula2 aku rasa cool..tapi kalau aku bahasakan mak dan abah aku dengan Che ya dan Siti,then keluarga aku baca, aku tak rasa cool lagi.Almaklumlah,keluarga kampung,memang la tradisional.Mahunye disinherit-nye aku.Aku batalkan aja niat aku tu.Antara faktor blog aku kurang menarik dan kurang follower.Tak cukup dirty.Panjang la pulak nota kaki ni.boleh buat satu entri baru.Cess..

Tuesday, July 7, 2009

ini bukan pasal Pengkalan Kubur (part.1)

ramai yg meng'warn'kan aku bahawasanya tindakan aku ini tidak elok
bukan setakat tak elok je..tak baik,bahaya,dangerous dan macam2 lagi seangkatan dengannya.
bukan aku buat tak pedulik..
aku akui teguran diorg tu ada nasnya malah amat logic..
apa yang aku buat ni umpama meninggalkan identiti aku sendrik.
tapi,spt slalu yg ak katakan ak too comfortable to change.
aku dah biasa sangat buat tindakan ini dan perbuatan aku tak membawa sebarang efek pon kat ak untuk 19 tahun 10 bulan.

until......................semalam.

kalau korang tak duduk Kelantan,korang mungkin tak tahu tempat yang aku pergi smalam.Kecualilah kamu seorg yang A plus dalam geografi ataupun kamu memang tinggal kat Kelantan.

Pengkalan Kubur.bukan sebarang kubur, tapi siap dgn pengkalan lagi.Nak dijadikan cerita, lokasi diatas bersempadan dgn Siam(tak caya korang google sendiri,aku malas nak jelaskan. Pengkalan Kubur bukan core entri hari ini) dan merupakan zon bebas cukai.Mungkin faktor2 berkenaan yang menyebabkan ramai pak2 dan mak2 kastam disitu.

kami menaiki kancil biru yang dashboardnya memang gegar habis masa naik bumper especially masa melalui line2 kuning yang timbul2 tuh
uish..gung!..gung!!..gung!! bunyi dia..

isi minyak 20 hinggit..
ready,set..off to Pengkalan Kubor melalui Tumpat
Gra jadi co-pilot
adrelina dah memuncak..nak shopping la katakan

nak masuk pengkalan kubur,
nampak pak kastam..
angkat tangan,steady..senyum..
ENTER

ok,kami dah di pengkalan kubur
shopping..shopping..
gelak..gelak..
nyakat...nyakat..
usha...usha

tetiba ak teringat..apa yang ak tak ingat

aku berbisik halus kepada Gra " aku tak bawa IC~"

dia berpaling tajam dam memandang tepat ke bola mata aku " huh!selalu buat camtu!lantak kau la" dia berlalu dgn gaya geram-geram-manja.

aku buang rasa panik jauh2 dan dekat2kan rasa shopping.
"tawakkal aje lah" hatiku berbisik, halus juga.

habis shopping kitorang pekene mee kat satu warung.
not bad..not bad..ak dah lupa jenayah TOP 10 Malaysia ak tu..

duit dah habis dibelanjakan..motive tercapai..
then,hit the road balik.
Anis memandu lancar...lagu berkunamdang tenang dan rancak
semua sama cam datang tadi processnye

cuma bezanya..
sewaktu melalui pak2 kastam
diorang bukan melambai selamat tinggal,tapi
"sila ketepi cik, boleh bagi IC semua?"

aku dah panik..peluh jantan mula kelihatan di dahi ditambah dengan muka berminyak
kawan2 dah pandang aku semua.
Jiwa ak tak tenang..sorang2 kawan aku bagi IC kat pak kastam
kecuali aku.
Tetiba aku notice sesuatu..
" Boleh tahan jugak muka pak kastam sorang ni. Bara-bara kulitnya" hati aku berbicara.Damn.

Sunday, July 5, 2009

chef part 2 (t.o.p)

maka berbekalkan pengalaman teori ak melalui asian food channel..ak pon meneruskan journey mmasak ak..


pada satu petang yg henin..kezen ak masak stik
nak dijadikan cerita, tik tu agak kureng masak.so, ak selaku servant(sbb ak yg youngest) kenelah mskkkan balik stik itu dalam microwave

ak masukkan stik..set temperature, masa,done.

akak 1:adik, heat dio ok tak?

aida :ok, dah top dah

akak 1:.........

20 minutes later~

akak 1: dah masak la tu..tadi kan dah separuh masak dah

dgn condifendnye ak kuarkan stik tu..

warna bertukar kelabu...check
bau harum..check
kuah daging..check

aida: da siap dah..(yakin dan bangga)

tapi bila dipotong,rupanya still separuh tak masak..mmg nak kong agaknya microwave ni..ini da mencalar maruah ak sbg chef at home

akak 1: adik, sign top kat microwave ni bkn top heat, die masakkan
top aja..patutamik 'whole' sign.. bukan 'top'..kui3

dan tak sampai 15 minutes, kesilapan minor ak yg mungkin menyebabkan stik hangus dibahagian top shj tersebar serata rumah di Ipoh pada satu petang yg hening

chef part 1 (cita-cita ku dimercu)

setiap org ada cita2 taupun dream masing2...
ak agak evy sbnrnye kat those yg dah ada cita2 dalam hidup sejak kecik,determined,and at last menjadi pekerjaan diorag dikala dewasa..
seolah2 they know wat they want in life..

berlainan dgn ak, ak termasuk dalam kelompok insan yg kurang kekentalan dan waja diri..
cite2 ak bertukar setiap 5 tahun..

masa darjah 2, ak nk jd polis jap..kejap sanga sbb cite Detective Investigation Files 4.
then,ak nka jd peguam coz cite Justice Sung
then,ak nk jadi cikgu..
then ak nk jadi chef..

CHEF,,jd chef ni lain skit sbb ak mmg rasa ak dah determine dah..
ak dapat rasakan aura ak kearah tu..
ak even nak amik kursus perhotelan dan culinary
tp mak tak bagi
"ambik la kusrus tu,tapi ma mati nnti, mata tak tutup (modal sama digunakan ble ak ckp nk kawin org arab)"
seigt ak dari kocik lagi aku ada tendecy tok tonton rancangan mask2 western unlike other kids yg lbh cenderung kepada cartoon..
tapi ak rancangan memasak chef wan ak kurang sket..ala2 martha stewards boleh tahan..


ak adalah org yg paling suke tonton channel Asian Food Channel..kire macam makanan lah..
tgk org masak babi pon no hal..
minat punya psal..
tgk link ak pon korang da blh rasa aura chef ak tu..

Wednesday, July 1, 2009

adus~ =.="

2008
pusat matrikulasi uia,pj

situasi: baru sahaja berkenalan dengan seorang senior UIA. masih dalam prosess suai kenai..personaliti ak yang peramah memudahkan perosess taaruf

aidaRiang: hye akak :) akak org mane? :)

akak: org klate..aida?

aidaRiang:owh..yeke?sayo pon ore klate..kebetulan2

akak:lor..klate kat mano?kuala krai?!

aidaRiang:UISH!(geleng2 kepala macam tak logik plk sis ni)
pedalaman sangat tu kak..Machang( yg sebenarnya kampung
jugak).. akak?(senyum dan innocent)

akak:KUALA KRAI..

aidaXRiangLg:.........he...(even more innocent)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails