Saturday, May 15, 2010

Thomas and the feos for 2010


susah betul nak cari gambar piala Thomas dalam Google, asyik kuar gambar Thomas and friends, The Thank Engine

Semalam Malaysia kalah dalam Piala Thomas. Sudah 18 tahun kita tunggu untuk juara. Rasanya kita kena tunggu lagi beberapa tahun. Untuk beberapa tahun lagi, kisah apa? Asalkan sahaja tiba.

Tak adil kiranya pada waktu berkenaan kita masih mengharapkan belas peluh dan keringat Datuk Lee Chong Wei untuk bertahta di mata dunia dan Thomas. Usia dan masa tak menunggu kita. Harapan datang bersama pressure. Pressure tak cool.

Tak kata korang. Aku sendiri pun, selepas habis SPM, jarang bebenor menghayun raket, melibas bulu tangkis.Liat semacam nak gerak bontot, melompat2, berlari2. Lin Dan mungkin musuh Lee Chong Wei semalam tetapi musuh kita semua ialah kekurangan atlet2 baru. Ikutlah kata juara kita apabila ditanya bagaimana mahu melahirka juara, dengan mudah jawapannya " sent your kid to the club".Yes, sent them to sport club where people do care and make measure of your kids ability. Mesti ramai yang membantah dengan mengatakan " orang kaya boleh la,kita kat kampung ni...?".

ha..itulah masalahnya. Serius manalah sangat setakat main petang2 di halaman rumah atau perumah. Bringing out a star shall include some effort!!.Not to mention money. Jangan samakan dengan anak-anak Sidek. Bapa mereka adalah president dalam Club yang ditubuhkan sendiri. Mereka adalah contoh, bukan alasan.

Aku bukan nak berceramah dan bercakap serius. Aku nak melawak sebenarnya

Korang rasa kenapa China selalu menang Thomas? In fact, semalam pun kita tumpas dengan China.

sebab...

semua barang start daripada reket, net,bola tangkis, baju, seluar, tah2 seluar dalam pun made in China. Tak percaya korang tengok la tag undies korang.hahaha~

even energy drinks are made from China!

Ingat lagi yang masa mak cik aku melancong ke London. Susah payah cari souvenirs dari sana untuk anak-anak buah. buat kenangan daripada negara Queen. Dah bagi, selak bontot statue@key chain, Made in China..baaaiikk punya!

>> funny right. Aku pun takkan notice kalau JJ and Ian tak buat lawak dalam HItz.fm breakfast show. Aku gelak sambil jog. Ialah, jogging sambil dengar radio tak bosan.

Memang it was a good laugh but thinking back again, damn it!! they even beat us in export part..ggrr..for years!!

p/s: aku penah kantoi tabik bendera Malaysia masa nampak through window bas sekolah. Kantoi dengan Zura, budak lawa. Malu siot. Tak pasal2 patriotism bikin malu gua


Thomas The Tank Engine

Friday, May 14, 2010

Kukis Coklat Chip

minggu lepas aku tolong kakak ipar aku buat kukis
kukis coklat chip..

dia amik tempahan daripada sekolah sempena hari guru.
Hari guru yang mana pada hari minggu-nya diwajibkan semua sekolah mengadakan gotong royong. Bermula 7.30 pagi sehingga 12 tengahari pada hari Sabtu. Tak paham aku, Hari Gurru, tetapi perlu pulak dikerah tenaga guru? hem..bukan ke Hari Guru = Hari menghargai dan meng-treat guru?

Entah lah. Agaknya dalam surat khabar, di laman komen, makin banyak-lah lagi komen daripada golonganpendidik mengeluh perihal kerja. Biasalah bro, kalau sudah niat nak berbakti pada nagara.At least u get paid wat?!.mati aku kena bantai dengan kakak ipar aku (T___T)

Semua itu aku tak ambil pusing, yang aku tahu, biskut aku sold out!!

hahaha..siap mendapat tempahan sekali lagi

Pada minggu lepas pun kali pertama aku membikin kukis coklat chip ( tidak mengambil kira percubaan coklat chip dirumah manal yang fail ^_^' ).

Aku nak siapkan tempahan kukis hari ini. Apa yang kelakar, tidak tahukah mereka membuat kukis coklat chip adalah aaaa~mat senang!
seperti ini!

Bahan:
sebuku butter (250 gram)
1+ setengah cawan gula merah
2 biji telur
3 cawan tepung gandum
400-500 gram coklat chip (duhh~, namapun coklat chip :p)

-------------------------- <3 -------------------------
1.masukkan semua bahan dalam mixer dan pukul sehingga sebati.

2. masukkan tepung berperingkat sampai sebati jugak

3. tutup mixer,masukkan coklat chip dan kacau rata dengan penyudip kayu

4. susun dalam dulang@ apa2 saja boleh masuk oven menggunakan sudu.
( saiz sukahati)

5. masukkan dalam oven pada suhu 190C , sampai coklat2..keluarkan

note: sebelum masuk balang, pastikan benar2 sejuk( suhu bilik, bukan peti sejuk!!). Kalau tak lemau...

Senangkan. Tapi kalau malas, boleh jugak tempah.Tapi kalau dah masa free dan ada anak buah yang sweet tooth macam Shahman, boleh lah buat sendiri.Seronok :)

btw, yang fail masa kat umah Manal adalah kesilapan bersama, bukan Aunty K..she's cool.hehe

Thursday, May 13, 2010

Adamaya-ly

Hari ini rumate aku balik bilik lewat petang macam biasa. Kalau menginjak hari Isnin hingga Khamis, maka jangan haraplah nak jumpa batang hidung sorang2 kat bilik. Wajib ke bilik TV, kalau tiada aral melintang untuk menonton Adamaya, slot drama kegemaran berdua itu sejak mula ditayangkan. Setia sungguh, walaupun pulang-nya mereka daripada panggung wayang mini( tv screen kecil aja), badan masing2 bau makanan seolah2 boleh diratah ( bilik TV amat berdekatan dengan Cafe) seperti dilantak Nasi Goreng Paprik @ Tomyam. Aku tak kisah, untung2 boleh dipesan makanan dinner. Sudah menjadi kebiasaan untuk sekadar mengikuti minat mereka, sepulangan mereka daripada menonton, akan aku tanya soalan rutin.

“ Macam mana Adamaya hari ni? Ok? “

Aku tidak harapkan apa2 details daripada pertanyaan aku itu kerana aku sendiri pada asalnya tiada keinginan untuk mengikuti siri drama romantis itu. Namun, ada ketikanya jika rumateku ada mood untuk berkongsi, diceritakan dengan panjang lebar. Aku mendengar dan seperti selalu, pantas mengomen. Kuagak bukan semua orang boleh menerimanya tetapi apa salahnya?

Hari ini merupakan hari terakhir tayangan slot drama itu. Bak kata rumate ku “ Habis for gooood~” bersama dua belah tangan dihanyun umpama kondaktor orchestra dipenghujung sesebuah lagu sehingga penghabisannya. Ku tanya soalan rutin. Dijawab dengan basi-basi.

“ Ending dia tak best”. Masam. Diteruskan makan Nasi Goreng yang dibungkus. Sambil aku celok nasi dia barang sesudu-dua, aku tanya lagi. Saja.

“Kenapa?”

“ Tah. Macam tak digarap dengan baik lor. Bini kau dah curang depan mata kau, she asked for divorce, they even got tangkap khalwat.. tup2 kau maafkan macam itu aje?. Come on la wei..realistic la sikit. Show some effort la earning back ur husband. U’ve wounded his pride kot”. Dia sambung makan dengan dahi berkerut. Banyak yang aku sampuk, tapi aku save kan aja. Malam nak mengarang dialog.

Lucu bukan betapa drama TV sahaja boleh membawa perasaan frust sebegitu kepada penonton. Tidak pelik kerana aku sendiri kerap benar menangis menonton cerita Tamil tetapi frust ini lain cerita. Cerita frust ialah tentang ‘unfulfilling’. ‘Unfulfill’ makes you feel tak cukup n tak kena.

Tapi highlightnya disini, ada dua perkara. Yea, aku tahu aku bukan amat mahir dengan pengolahan cerita mahupun setia dengan Adamaya. Kisah apa? ini blog aku. Aku punya suka.

Pertama, berkenaan apa yang tak kena dengan scene yang sedia ada. Satu yang dapat aku simpulkan ialah, setiap penonton mempunyai impian dan jalan cerita mereka masing2 yang mereka harapkan berlaku jika mereka di dalam situasi watak. Maya misalnya, tidak salah menzahirkan sifat terbelah bahagi(semasa curang) dan cinta kepada suaminya walaupun pada ketika itu bermain kayu tiga. Memujuk misalnya, biarlah dengan penuh luka, perit, usaha dan kecalaran maruah. Marendah diri, mengaku salah walaupun ditolak daripada yang tersayang. Bukan dengan mudah, memaafkan. Kurang dari 5 minit , menurut rumateku. Pada tafsiran aku, jika pengarah dapat meneka kehendak penonton dan olah cerita menjadi seperti idaman mereka, seolah2 pengarah mendapat jackpot. Seolah2 juga memberi makan kepada jiwa penonton yang dahaga. Imaginasi mereka.

Jangan mudah mengata aku menyekat kebebasan para pengarah berkarya. Tidak salah jika mereka ingin lari daripada kepompok kehendak peminat tetapi segalanya harus digarap dengan sesensitif mungkin. Aku ambil contoh cerita Gladiator dimana pada pengakhirannya, watak hero mati setelah berjaya menumpaskan raja yang maha kejam. Mati. Siapa yang mahu dan menyangka watak utama mati. Namun, indahnya pengolahan, sebelum beliau menutupkan mata, rebah dibumi, beliau sempat melihat bayangan arwah isteri dan anaknya( yang dibunuh raja) melambai dengan cukup manis. Mengajak beliau ke dunia baru bersama mereka yang beliau sayangi, meninggalkan dunia fana. Aku percaya kebanyakkan penonton rela melepaskan watak utama mereka mati dengan bahagia. Maka matilah watak itu namun dengan tidak mematikan jiwa dan perasaan penonton. Dalam kesannya.

Seperkara lagi, diolah dengan berderet2 tentang hal yang remeh dan dicincai-cincai-nya hal yang ditimbang penting oleh penonton. Contohnya, perkara kecurangan dan kebencian Maya terhadap suaminya mengambil masa berminggu-minggu. Sebaliknya hal percintaan, perjuangan, rumah tangga dan percintaan mereka hanya seciput. Sedikit sangat. Memujuk suami hanya pada 5 minit terakhir, pada episode akhir.

Keduanya, yang tidak ada. Yang tidak ada ialah kesinambungan yang indah dan manis. Yang member kesan mendalam walaupun cerita itu lama tamat.

Aku baru sahaja habis menonton cerita ‘ 3 Idiot’. Seronok sangat!!.

Pada awal pertemuan yang membawa banyak lagi perkara manis bagi pasangan, watak heronya telah menasihatkan heroin-nya ( pada ketika itu kekasih orang lain) supaya meninggalkan kekasihnya pada waktu itu kerana kekasihnya amat mementingkan kebendaan. Diakhir nasihat, diucapkan.

“ This is a free advice. Take it or leave it.” Tinggal tengan senyuman. Kemarahan dan kecintaan heroin itu sungguh manis.

Namun, pada pengakhiran cerita, dimana hero telah mempermainkan kawan lamanya ( dalam aksi kelakar) dam mengundang kemarahan kawan lamanya, si heroin telah berbisik pada hero.

“ I suggest u run fast. This is a free advice, take it or leave it” senyum dengan penuh erti.Kemudianlari bersama2, daripda dikejar kawanya yang bengang.

Indah bukan pada pengakhirannya diucapkan semula kata2 yang menemukan meraka dan membawa kepada love-hate didalam cinta. Perasaan comel ketika menonton diawal cerita ada semula untuk pengakhiran cerita.

Dah habis dah. Banyak lagi nak diutara tapi aku biarkan aja. Drama melayu kita tidak akan putus2 ditanyangkan untuk masa hadapan, tetapi apa yang penting ialah kualiti-nya . Semakin banyak Adamaya-ly punya drama, makin malaplah industry drama Malaysia. Dan makin putus asa-lah aku untuk bersama2 turun ke bilik TV pada pukul 6.30 petang dan pulang pada pukl 7.30 petang bersama bau badan bagai boleh dimakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails