Senarai watak
Che ya sebagai Abah
Cikgu Siti sebagai Ma
Aidayuti sebagai diri sendiri
masa: 3.55 pagi
lokasi: garaj kereta
Tirai dibuka.
Lampu kereta memancar masuk ke dalam garang menyuluh terang ke arah dinding garaj. Semakin menghampiri dinding dan akhirnya mengecil dan fokus kepada kucing yang berada di depan dinding garaj dengan kereta. Kereta berhenti.
Ma: huh, tu dio kucing nyo dok nikuh-nikuh.Takut la tuh..
Abah: bakpo takut-takutnyo.
Ma: Kucing kecing atah lembek smale..habih hacing. Geghe la
Abah: Oo..
Aida yang hanya mendengar perbualan daripada tempat penumpang keluar daripada kereta dan menbawa beg. Diikuti dengan Abah dan Ma. Ketiga-tiga memasuki rumah.
Tirai ditutup diiringi music latar " oo..o..balik kampung".
********************
welcome home,aida ;)
Sunday, November 14, 2010
Monday, November 8, 2010
Aku nak saman Achik
Ni aku nak berkongsi kemarahan dan ketidak puasan hati aku nih.
kalau korang budak Kuliyyah of Economics and Management Science kat UIA korang tahu la betapa bengangnye aku.
Korang teka aku kat mana?
Aku kat LAB ECONS
adakah aku patut berada disini dikala musim2 exam dan sedangkan aku ada wireless kat bilik?
TIDAK!!
Tapi yea aku masih kat lab..blogging dan web browsing.
kenapa?
Kerana ACHIK!!!
ACHIKK!!
bukan arwah Achik spoon(AL-fatihah), ni
Achik Photocopy and Printing Centre.
Achik Photocopy and Printing Centre
Patutnya pukul 2.30 dah bukak boleh la amik ketas aku fotostate tadi, tapi tak. Katup rapat dengan pintu besi. Tak pasal2 kena tunggu mende alah ni bukak.
Nak kata pegawai kerajaan,tak. Kedai persendirian, swasta. Patutnya tinggi la sikit motivasi nak keje.
Tutup kedai untuk lunch, awal..sharp..
Bukak lambat haremm..kol 3.30petang belum bukak.
5.30 dah nak tutup.
computer 2 bijik untuk print, masyaAllah..virus!!!
nama je sume ada, trojan,worm,siti,minah,ahmad..ada semua!
menjahanamkan pendrive budak2..cucuk sekali je,habis jadi shortcut
short curcuit tol la lu computers Achik
Geram tahu tak, geram!!
mentang2 bergantung hidup kat sana untuk photostate..
boleh saman tak Kedai Achik Photocopy and Printing Centre ni?
sapa yang sudi jadi lawyer aku?
comfirm kite menang..
jangan risau, aku mesti bayar ribu-ribu punya....
RUPIAH.
*****************************************
ok, *jenguk kat luar lab*..
tak bukak lagi.................serius aku nak saman.
Aku tak pernah seserius ini.
WARGGHH!! MARAH
Friday, November 5, 2010
bila aida melukih : Solat isyak tiket ke Neraka Weil, nak ke kita? sedia?
dalam banyak malam, ada ketika malam saya macam ni.
8pm-10pm :
tengok Movie yang kawan recommend masa musim Exam. Tak tahu kenapa masa musim exam akan jadi tempting sangat, SO, bila dah free, tonton ramai. Hollywood,bollywood,malaywood,Tamil..layan..
10pm-11pm++
kitorang akan borak pasal movie tadi. Bagi komen yang mana munasabah, yang mana munaserawak. ok, tak. yang mana tak munasabah. Kadang-kadang kami bincang issue2 dunia. Kadang-kadang la. Issue dunia..wi..
11pm - letih dan penat & mata dah tak larat.
Buat assignment. Tidak. Main Fesbuk dan blogwalking dan chatting sampai gambar kat laptop dah jadi samar2, 2+2=7. Time ni kalau tak tido lagi boleh putus fius. So, tido.
5.15am++
Biological alarm atau handphone bunyik. Aku on the spot akan terjaga and the only thing in my mind will be " ISYAK!" tak solat lagi.
Then masa tu la nak berkejar amik ke toilet amik air sembahyang. Aku rasa kalau ada hantu menyakat otw aku ke toilet, aku sergah die balik. Nama pun makhluk haluskan. Halus je..
Aku kadang2 naik menyampah dengan dri sendiri. Sedeh pun ada. Kalau aku tak terjaga Isyak tadi macam mana? kalau aku bangun pukul 5.50 dan dah masuk Subuh macam mana?
Banyak sangat dah bende kat dalam dunia ni yang aku mintak Allah bagi. Tak terkira sampai aku selalu sangat dah lupa dan jadi ungrateful. Tu yang aku mintak, yang aku tak mintak lagiii la banyak Allah bagi. MAsya-Allah
Aku,
Nak solat Isyak 5-10 minit pun tertangguh2 sampai nak terlepas.
Memalukan dan tak bersyukur betul.
Takut yang sebetulnya.
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Banyak lagi pasal
1.Seksa meninggalkan solat
2. Seksa neraka bagi yang menghimpunkan 2 solat (yang orang kita selalu buat sebab kononnya mudah)
3. Seksa Neraka bukan kepalang
4.Cuai solat 5 waktu
Dosa yang lebih teruk daripada berzina ialah tak solat,Cakap pasal zina, jijik..solat tanak..buat rugi je,
lepas baca artikle tu, kalau korang tak takut lagi tak tahu la aku. Maybe aku boleh tolong refresh sesuatu yang memang pasti akan berlaku. Lambat dengan cepat je.
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
tahu takut...
bottomline: jom solat dan jom solat awal :)
Subscribe to:
Posts (Atom)







