Monday, September 7, 2009

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" Sesungguhnya seseorang itu akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang diredhai Allah, dan dia tidak menyangka kata-katanya akan menyampaikannya ke satu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah, dan dia tidak menyangka kata-katanya itu akan menyampaikannyake suatu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah kata-kata itu mendapat keredaan-Nya hingga ke hari kiamat.

"Dan seseorang lain akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang dimurkai Allah, dan dia tidak menyangka kata-katanya akan menyampaikannya ke satu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah, dan dia tidak menyangka kata-katanya itu akan menyampaikannyake suatu tingkat tertentu, maka dicatatkan oleh Allah dengan kata-kata itu kemurkaan-Nya ke atas orang itu hingga ke hari kiamat.

(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Besar harapan aku supaya aku,keluarga,rakan dan Muslim seratanya menjadi antara yang tergolong di dalam kelompok pertama dan dijauhkan daripada kelompok kedua. Almaklumlah,dah memang suka bercakap.Walaupun merapu, cukup-cukuplah swearing tu, Siti Aidayati Binti Che Ya.

Notakaki
: geng2 aku yang girls tu, jangan hanya kerana aku tak gitau nama, korang terkecuali..sebanyak mana aku sayang korang la, aku tanak korang masuk group no.2 tu. Nak minta korang kurang bercakap, macam suruh Ross Geller benci dinasour. Mustahil!..so, kita cakap banyak tapi yang baik2 je.ok tak?

kalu aku swearing jugak, korang tampar je aku dengan kelajuan roket,then blah dengan selamba.Aku faham..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails