Tuesday, November 3, 2009

urat dia sakit, sendi tak sihat

pagi semalam..buat kali pertama dalam lebih dua bulan, aku start jogging balik.kojap ajo, dalam 20 minits. The reason is, kami mahu makan pizza buat dinner, this is for guilty purpose ( 1.makan fast food 2.makan lewat malam 3.sbb sgt bnyk ) yeah! that's the trick, bebeh.

petangnya,aku main basketball setelah lebih 2,3, bulan jugak tak sentuh bola. Gila lazy bum aku ni tapi aku tak ley resist la main-main basketball. Hilang touch aku camne? nanges Micheal Jordan, tak ada seteru..tak jadi Afdlin Shauki nak buat filem Slam Dunk Malaysia, title Selam Dank Kampungku Kampungmu Jua

balik main bola, aku angkut dua baldi baju (ehem.. >.< ) kotor, amik sabun basuh Trojan roomate aku, p toilet tempat basuh baju, amik berus tah sapa-sapa tah..ketatkan kain,pasang lampu toilet,then sental!!
Aku pon tak paham kenapa aku kumpul those baju sampai nak masuk dua baldi.KAlu wangi takpa jugak,. Sakit gila pinggang aku. Teringat scene basuh baju di Kampung Pening Lalat from cerita Ahmad Albab..Apasal aku tak seceria diorang?boleh nyanyi-nyanyi lagi.mitos!tipu!dusta semua..camera trick kan?!

anyway, pagi ni aku bangun dengan badan yang sangat sakit-sakit sendi.Subuh aku pon ketar-ketar (bukan sebab mengantuk!)..nak duduk kat kerusi tok post entry pon amik masa dalam 10 minit.

aktiviti yang mana satukah antara yang diatas menyumbang kepada sakit-sakit sendi dan urat aku yang memang kita tahu sihat dan kental ini?


ps:Alhamdulillah ada sendi-sendi dan orat-orat lagi untuk disakitkan.The bright side,bebeh.

Ini lah yang berlaku kalu tak dak cerita tapi mau cerita jugak.Amik kau cerita sendi dan orat Cik Siti

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails