Saturday, June 5, 2010

'Cuti Sekolah Saya' punya esie

Hari ini Aida boleh pergi sekolah dengan girang dan lega. Bukan selalu dia dapat pergi sekolah dengan gumbira sebegini. Selalunya, masuk waktu mata pelajaran bahasa Melayu saja, mulalah berbirat tangannya dengan rotan Cikgu Karim. Pedih macam,macam..macam kena rotanlah. Macam ape lagi.

Dia amik tempat biasa, sebelah Johar. Padam muka kau, Johar. Hari ini kau kena rotan sorang. Buwekk!!

" Aidayati!! kamu tak siap kerja rumah lagi yea"

Hah! hari ini aku boleh berbangga. Berbangga-bangga!!

" Dah siap, cikgu"

" Baik, pegi depan dengan karangan kamu, baca kat seluruh kelas"

 Aida berjalan ke hadapan kelas.

Mula. " Cuti Sekolah Saya Minggu Lepas". Jelas suara dia. Wahaha, lihatlah dunia!!

" Minggu lepas pada hari Ahad, saya pergi ke PWTC dengan kawan saya. Hari itu cuaca cerah. Kawan saya, Manal dan Najihah suruh kami pergi dalam pukul 3 petang. Saya cakap ok sahaja sebab saya tak tahu sangat dengan selok-belok Kuala Lumpur. Saya telefon mak saya, dia kata ok juga.

Jadi pada pukul 3.30 kami bertolak ke PWTC menggunakan STAR. Kami sampai disana dalam pukul 4.30, kami lihat ramai orang bergerak pada arah bertentangan. Saya berkata,

" Kenapa ramai sangat orang yang jalan dari arah bertentangan ni?"

Kawan saya cakap " Majlis penutupan dia pukul 4.00 petang tadi"

Saya pandang hairan kawan saya. Saya tanya buat apa kita datang kalau majlis dah tutup.

Kawan saya cakap dengan basi-basi. " Yuna pukul 5.30 "

Saya dah tak tanya lagi dah. Disana kami lihat banyak gerai dah tutup. Walaubagaimana pun, kami masih berjaya ambil bahagian di gerai-gerai lain. Sementara menunggu kedatangan Yuna, kami pergi ke pameran binatang. Disana terdapat kura-kura, farret, dan banyak ular. Saya pegang kura-kura untuk posing, tetapi saya gagal. Kura-kura sangat menggelikan apabila ia bergerak.

Kami singgah gerai Hot.fm, kami nampak ramai orang kerumun di satu tempat. Kami nampak ada orang kepala botak dan kami rasa dia selebriti. Rupanya, dia adalah Faizal Ismail. Mesra sungguh. Bagai orang disorongkan bantal, saya dan kawan-kawan ambil gambar dengannya.

Kami teruskan perjalanan masuk Cultural Ecxibition. Disana terdapat banyak lukisan-lukisan menarik dan artistik. Juga aktiviti memanah, sodoku dan mewarna batu2 kecil secara kreatif.

Yuna tiba dengan bodyguard dalam pukul 6petang, pakai baju kelabu. Yuna duta Libresse (tuala wanita), so dia nyanyi lagi Lebresse. Orang ramai mintak lagi satu lagu, dan dia turuti. Dia nyanyi lagu 'Yang Sebenarnya'. Orang sangat ramai disana dan saya rasa orang yang ambil gambar Yuna disebelah saya agak masam baunya. Apapun, kami sempat mengambil video dan gambar Yuna juga.

Kemudian, kami shopping sebarang dua.Saya beli selendang 2 helai dan saya suka. Kawan saya tiru saya, beli pesen sama tapi lain kaler. Kemudian kami naik tingkat atas untuk solat Asar. Selesai, kami tunggu solat Maghrib dan beransur pulang.

Oh ya, saya telah buat kad SnaxKFC dan saya dapat complimentary daripada pihak KFC. Saya dapat burger kolonel, cheesy wedges dan air coke satu. Saya makan lambat-lambat sebab mulut saya ada ulser.

Kemudian kami balik macam biasa, dengan pengangkutan awam. Saya memang seronok mencari apa yang dimaksudkan Youth dan apa yang disajikan di PWTC untuk kami. Apa yang dapat saya simpulan kan ialah menjadi youth adalah menyeronokkkan, jika dan jika hanya kita sendiri mencari keseronokkan itu. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang." Pergh..hidung Aida dah kembang -kempis. Ending dengan peribahasa tu..

Cikgu Karim : youth umor berapa?

Aida : 15-25 tahun cikgu.

Cikgu Karim : Kamu darjah empat, baru 10 tahun, pergi dengan kawan yea. mak bapak kamu bagi pulak.

Aida : ni cerita cuti sekolah saya yang 11 tahun kemudian, cikgu (innocent)

Cikgu Karim : Dah, jangan nak menipu saya! tak siap kerja buat cara macam tak siap kerja. Pergi bercangkung kat belakang kelas dengan Johar! Bak tangan, saya nak rotan budak menipu.

SAP!!
Aida berjalan lambat-lambat dan terkulat2 ke belakang kelas.  Dikerling Johar dengan senyuman separuh masak. Ditarik sedikit hujung kain baju kurungnya dan direndahkan punggung. Bercangkung.

Johar : Yuna kononnn..

Aida : Aku ada bukti la..amik kau,gambar
howyeaah!! tudung baru~ >.<

Aida: Ada percaya ke Johar?

Cikgu Karim ; woi!! aku suruh mencangkung berborak2. Kuang asam punya budak. Bak ketuk ketampi 40 kali!! sekarang!!

Johar: Kau la ni!!!

3 comments:

timmitimma said...

faizal tahir dah botak ke??

Ms. Shy said...

hahahahahahhahaha!!

aida sayang..

it's Faizal Ismail la dear. ;)

it's 'Dan Sebenarnya' ;)

and, aku tiru selendang ko,psl selendang ko chantek! hehe

dan, sila bantai Johar tu pasal dia tak caya yang kita pegi jumpa Yuna 10 tahun kemudian..hehe

aida cy said...

too.much.kesilapan.techinical.cannot.digest.and.what.the.heck?!.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails