Saturday, April 30, 2011

I hate like button!!

Malu, siot. Orang lain dah follower beribu-ribu lemon, aku kurang dari 30, dah nah letak like button. Hah, jadinye. asyik

" Aidayati likes her own post.Be the first to like it"

Ade setahun static macam tu. T_T

Alih2 aku amik pendekatan yang aku rasa tak de la nak 'dekat' kan sangat. Menjauhkan ada. Tapi paling rasional la..ok, bukan rasional tapi layak. Eh, ingat tak malu ke like post sendirik. Kalau ramai2 berebut nak like jugak sampai tolak2, bergaduh2 nak 'like' saje, tu ok jugak. Yang ini , tuan punya post tercongok kat situ, like sorang2. Gue malu dong! 

Korang tahu tak leceh nak buat 'like button' tu..Tekan sana sini. Kalau tak computer sazzy jangan mimpi la nak letak. Ok tipu. Saje je nak salahkan system bila gagal. Hehehe

Last-last, aku remove je 'like button' tu. Sonang. Habih cite. Lantak la. Korang nak suke ke..tak suke ke..hal korang la. Yea la, belog kite ni tak ada tips-tips. Tak ada gossip2, tak ada lukih2 sebab aida tu pemalas, MasyaAllah!, tak kelakar, tak de update recipe sedap2 hari2..huh!

Ini belog pasal Aida je! 

Wait a minit.........................*pikir sejenak sambil pegang dagu*

Patut la tak ramai follower...ciss!..




 

Thursday, April 28, 2011

Perkakas Lucah

Minggu lepas on the same day aku dapat sms daripada Prof yang assist aku during my practical training period.

"Assalamualaikum, been planning to visit you on next Thursday. Around 11 am. Is it OK with you?"

Aida, cool kan. " Ok, sir." tambah lagi " No problem".

Puuff! no problem, my butt..

GULP!

Today the day come. Nak tunggu sir tu datang pukul 11, aku dari pukul 9 asyik nak dok keluar masuk toilet. Vounching * check perkara dalam ledger atau account to supporting document such as invoice or receipt* expenses pun macam nak tak nak je buat. Last2 sir tu datang.

Borak-borak. prom preng prom preng...Dia nak jumpa Mr. L. I dont know but I have a bad feeling about Mr L. He can be racist sometimes. Maybe just my feeling. Tapi yealah.Aku sambung la vouching. Nak tahu berdebar ke tak aku. Masa tengah gelabah2 vouching kat resit syarikat Heng Seng,

Syarikat Heng Seng.
Membeli Perkakas Lusoh


Aku dah baca
Syarikat Heng Seng
Membeli Perkakas Lucah.

Emm..Elok sangat la tu. Matching dengan headline Utusan hari ni.

Siri kedua rakaman video seks dimuat naik ke Youtube.

Tak payah. Tak usah search . Video tu dah tak de dah kat Youtube. Dah buang dah. Surat khabar cakap video tu dah dibuang dari Youtube. Bukan aku search. Surat khabor cakap. Paham?  Boleh tak bersangka baik sikit kat aku?

Aku tak amik side. Cuma bila Shazryl Eskay bagi DNA dia untuk siasatan video seks tu, aku cuba nak cari connection antara DNA dengan video seks tu. DNA? Video?Aku termiss part tu dalam CSI kot..

Sunday, April 24, 2011

Strictly for beginners and Simple Minded Cook: Meatball Spagetti dump-it-all

One of my babe ask me this morning

"Assalamualaikum Aida, eh, I miss la spagetti yang kita buat hari tu. Ko buat macam mana dah? aku nak buat tapi dah lupa la..."

Petang tu dia call aku. "Aida, aku dah kat pasaq. Ape bende nak beli?"

MasyaAllah, tak bersabor kawan aku sorang ni. As you wish, darling....



Skip la ingredient. Daripada recipe pun boleh dapat kan..kire sambil menyelam minum ayaq la ni..

1. Tumis bawang besar sebijik dan bawang putih beberapa ulas yang dicincang sampai naik bau..jangan lupa taruk minyak dulu.

2. Masukkan daging cincang dan meatball. Goreng sampai separuh masak. Taruk garam secukup rasa lah.

3.Masukkan Prego plus tomato puree.. kalau ada cendawan butang, ko campak je dalam tu.

4. Last stage, masukkan keju KRAFT seketuil. Kalau ada herba-herba macam Oregano, Thyme ke Rosemary ke. Korang bedal je tabur kat dalam tu. Kasi rasa2 Italy sikit.

Kasi masak lama sikit.

Rebus spagetti tu jangan lupa masukkan minyak dalam setitik due. Kang die lekat2 tak syok makan. Orang cakap, kalau nak sedap lagi, air rebusan spagetti tadi tu masukkan sikit dalam tomato gravy di atas. Pun begitu, atas citerasa masing2 la.

Ok Anis, I wish u best of luck. hehehe. And everybody else 2 :) *gambar ihsan dari imaginasi maseng-maseng*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails