Saturday, July 11, 2009
Evil hans Isaac
Semalam aku tonton cerita drama Melayu di TV3.
For the first time in my life( short je,baru 19 tahun 10 bulan), aku tengok drama yang menampilkan Hans Isaac sebagai watak antagonis. Bukan sahaja penjahat malah penagih tegar, bapak ayam, pengugut, penembak dan sebagai penerbit novel lucah dimalaysia.YUP, all together in one drama ,in one watak.Memang setan habis la hans Isaac tu.
Dalam drama tu,tah kenapa Hans Isaac punya penampilan hancus habis.Rambut serabai gile. Nak kata production tak ada gel, watak2 lain elok je shining rambut.Tak cite pasal misai janggut sana sini.Nasib tak ada bulu hidung jengah keluar dari lombong hidung dia.Kalau tak,mahu dikatagori 18sx cerita tu. Tang tu aku tak suka.Aku tak kesah dia amik watak jahat.Dia kan versatil. Tengok saja Buli Balik 1 & 2. Tapi untuk wujudkan watak jahat sehingga terhapus kekacakkan dia agak keterlaluan gamaknya.
Tak tahu ke diorang suatu ketika dahulu aku dengan kakak2 ku pernah bertarik2 rambut,jerit-menjerit dan macam2 lagi perilaku dara tak sedar diri kami buat semata-mata nak buktikan bahawanya Hans Isaac milik kami? Memang tak sedar diri habis.Tapi aku dah tak minat dah sebab aku sekarang di UIA, pilihan lebih luas dan International.Lagipun Hans Isaac bukan Islam.Tak kememana kami nanti.
Agak2 Hans Isaac sedeh dan marah tak kalau aku selekeh? Tapi aku selekeh hari2..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment