ramai yg meng'warn'kan aku bahawasanya tindakan aku ini tidak elok
bukan setakat tak elok je..tak baik,bahaya,dangerous dan macam2 lagi seangkatan dengannya.
bukan aku buat tak pedulik..
aku akui teguran diorg tu ada nasnya malah amat logic..
apa yang aku buat ni umpama meninggalkan identiti aku sendrik.
tapi,spt slalu yg ak katakan ak too comfortable to change.
aku dah biasa sangat buat tindakan ini dan perbuatan aku tak membawa sebarang efek pon kat ak untuk 19 tahun 10 bulan.
until......................semalam.
kalau korang tak duduk Kelantan,korang mungkin tak tahu tempat yang aku pergi smalam.Kecualilah kamu seorg yang A plus dalam geografi ataupun kamu memang tinggal kat Kelantan.
Pengkalan Kubur.bukan sebarang kubur, tapi siap dgn pengkalan lagi.Nak dijadikan cerita, lokasi diatas bersempadan dgn Siam(tak caya korang google sendiri,aku malas nak jelaskan. Pengkalan Kubur bukan core entri hari ini) dan merupakan zon bebas cukai.Mungkin faktor2 berkenaan yang menyebabkan ramai pak2 dan mak2 kastam disitu.
kami menaiki kancil biru yang dashboardnya memang gegar habis masa naik bumper especially masa melalui line2 kuning yang timbul2 tuh
uish..gung!..gung!!..gung!! bunyi dia..
isi minyak 20 hinggit..
ready,set..off to Pengkalan Kubor melalui Tumpat
Gra jadi co-pilot
adrelina dah memuncak..nak shopping la katakan
nak masuk pengkalan kubur,
nampak pak kastam..
angkat tangan,steady..senyum..
ENTER
ok,kami dah di pengkalan kubur
shopping..shopping..
gelak..gelak..
nyakat...nyakat..
usha...usha
tetiba ak teringat..apa yang ak tak ingat
aku berbisik halus kepada Gra " aku tak bawa IC~"
dia berpaling tajam dam memandang tepat ke bola mata aku " huh!selalu buat camtu!lantak kau la" dia berlalu dgn gaya geram-geram-manja.
aku buang rasa panik jauh2 dan dekat2kan rasa shopping.
"tawakkal aje lah" hatiku berbisik, halus juga.
habis shopping kitorang pekene mee kat satu warung.
not bad..not bad..ak dah lupa jenayah TOP 10 Malaysia ak tu..
duit dah habis dibelanjakan..motive tercapai..
then,hit the road balik.
Anis memandu lancar...lagu berkunamdang tenang dan rancak
semua sama cam datang tadi processnye
cuma bezanya..
sewaktu melalui pak2 kastam
diorang bukan melambai selamat tinggal,tapi
"sila ketepi cik, boleh bagi IC semua?"
aku dah panik..peluh jantan mula kelihatan di dahi ditambah dengan muka berminyak
kawan2 dah pandang aku semua.
Jiwa ak tak tenang..sorang2 kawan aku bagi IC kat pak kastam
kecuali aku.
Tetiba aku notice sesuatu..
" Boleh tahan jugak muka pak kastam sorang ni. Bara-bara kulitnya" hati aku berbicara.Damn.
5 comments:
weh shopping x ajak! ;P
jaja..
jom nnt kita shopping jgn ajak dia jugak..ahahha
aida,ape kene mngene kulit pak kastam ngn ic kaw tuh??
hajar: ada makna ke?ko bukan boley datang cni on the spot
manal: batu api! sekian,terima kasih
shopping sakanns tewww.. ehehe
hahahah...ak igt pah blo kes ni.ak crito ko family ak, guling2 suko.
Post a Comment