Wednesday, August 5, 2009

Harga sebuah Paru-paru Lama Ialah Seringgit

Dan kerana taknak menjadi antara student UIA yang menyalahkan universitinya tidak mengambil langkah UiTM, aku mengambil anasiatif sendiri and the result is....TADAAA!




Siapa-siapa sahaja yang menegur aku sebagai mak cik cleaner mahupun cik misi mahupun pambantu makmal, aku dengan coolnya akan menjawab “ ko tak sayang nyawa dan peparu ko, itu ko punya pasal”. Aku sayang peparu dan hidup aku kerana kesihatan dan mampu bersukan adalah nikmat.

Prevention always better than cure.

Somehow, setelah menghabiskan se-hinggit untuk satu topeng yang bakal membuatkan orang mistaken aku for a Medical Assistant atau Cik Misi Aida, aku dapati topeng ini banyak manfaatnya.

Korang perlu berfikiran luas dan merapu macam aku dan hasilnya...Kelebilan Bertopeng!

1. Memandangkan masalah jelebu sekarang dah kronik, topeng ini ada potensi mengelakkan peparu ko mengalami nasib yang sama.

2. Tak kira seburuk/gampang mana muka ko, ko masih berdiri di muka bumi dengan keyakinan yang setinggi gunung.Seperti ini..



3. Ko hanya perlukan 15 minit untuk bersiap ke kelas, kerana make-up tidak lagi diperlukan

4. Bagi orang-orang yang apabila dia makan makanan pedas, air hingus akan keluar dan somehow, wujud bendasing putih (mucus) di corong hidong korang, korang tak perlu risau sebab orang tak nampak, kecuali banyak sangat sampai lencun topeng tu..lebey tu,dey~.Kalaupun korang sedar, korang boleh lap je ngan topeng tu...Akhirnya,ramai gadis2 menarik nafas lega dengan penyelesaian aku ni..korang dah boleh makan pedas mase dating.Hebatkan topeng ni..Yeah...

5. (ini untuk orang dah kahwin sahaja) Kalau korang kissing lebey2 ke ngan pasangan korang pada malamnya, esok hari korang masih maintain ke kuliah mahupun ke tempat kerja.Terima kasih kepada otak ini, kita tak boleh lihat orang da kahwin pakai topeng dengan fikiran dan pandangan jernih lagi..hoho

6. Untuk bulan puasa, perempuan2 yang uzur ( mana2 Jejaka Kurang Kacak (JKK), jangan cuba2 implement cara ini dan menjadi Jejaka Kurang Akhlak (JKA) pula), boleh makan di dalam kelas kalu mengantuk, n then pura2 berbicang dengan kawan.aku sarankan bawaklah banyak2 sikit stok coklat,kasi kat kawan2 uzur yang lain. Bulan Ramadhan, bulan bersedekah.Plastik pembalut jangan buang merata, potensi menjadi evidence kalu kene tangkap. Walaupun korang tak bersalah,buruk jugak lakunye makan dikhalayak pada bulan pose.

7. Kalu korang banyak musuh atau banyak hutang, dengan pemakaian baju berbeza daripada hari-hari lain, dan suara yang sengau daripada biasa..korang boleh jalan2 di ruang legar dan lapang dengan aman.Berjalan, bukan berlari atau berjalan sambil nyorok.

8. Yang ini highlightnya, kalu korang ada kawan bau mulut macam bangkai, hadiahkan satu topeng kepadanya. Katakan saja kamu ikhlas, InsyaAllah, lepas2 ni dia berus gigi dan kumurlah dengan Listerine tu.. kalau tak jugak ko terus terang je la kat dia. Tu tak makan kiasan dah tu. Semenjak pakai topeng tu, aku sendiri rasa nak mintak maaf bebanyak ngan geng2 aku,lama korang derita yea.. esok2 aku beli Listerine Cool Mint, ANTISEPTIC MOUTHWASH.Good for killing germs that cause bad breath, plaque and gums problems.Hidu bau nafas sendiri boleh kire sebagai muhasabah diri tak? busuk rupanya mulut ak..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails