Saturday, August 29, 2009

Magicnya Make-up

Hari minggu ni, bersempena cuti Hari Kemerdekaan, aku lawat kawan aku kat UiTM s.Alam. BUkan apa, dah lama tak bertemu muka. Seingat aku, kali terakhir aku jejak kaki ke kampus diorang pada tahun lepas, juga pada bulan Ramadhan. Kalau tak aku yang gerakkan badan,kiri dan kanan, ikot irama peratau ke tempat diorang, gamaknya terputus gitu je la persahabatannya.Kiranya, akulah Hero dalam enrty hari ini.
( disebabkan reunion buka puasa yang tak jadi tu)

Apa yang aku nampak pada situasi pertukaran atau penghijrahan aku ke UiTM sebentar cuma ini ialah sebagaimana seorang peniaga melihat market baru, aku melihat market teruna yang baru daripada market teruna UIA yang aku agak2 dah ramai yang status 'married' ataupun'its complicated'.Like h**l.

PeRjalanan ke sana aku redah dengan penuh semangat persahabatan dan kesukanan.Perut dan otak dah lama protest perjalan aku ni, Jiwa je yang kental.Aku naik lrt dari stesen Putra ke KL Central, aku tukat naik KTM ke S. Alam, aku tunggu dan naik bas T529 ke syeksen 2,sampai,aku naik bas t603 untuk masuk Uitm,berhenti kat stesen bas mawar,MAsuk kolej mawar, pegi blok 2b, naik tingkat 3,pegi bilik no 15, amik kunci, masuk bilik 16.Tamat.

PETANGNYA

Kawan aku ajak pegi bazar kat seksyen 7.

Memang la sekarang bulan pose tapi jiwa aku masih jiwa remaja.aku bayangkan ramai teruna2 yang berkongsi jiwa remaja dengan aku kat bazar sana.So, aku pakai bedak tebai2..tudung kasi fashion sikit, pakai blusher warna oren kat pipi tembam, lipgloss tak ley pakai.Terlanjur jilat bibir, harus batal pose.

Alkisahnya, kami pergi dengan harapan dan keyakinan setinggi Himalaya, aku hit the road dengan mulut memainkan lagu Lucky from Radiohead.aku dah sedia tukar character jadi seorang yang mature dan berkarisma.Kami pergi cucuk duit dulu.Dompet aku tinggal 2 hinggit dengan kad Ic yang gambar muka buruk tahap gampang.Bukan sume IC camtu ke,manal?

Sampai kat ATM machine,aku dah hit satu jackpot.Tinggi leh tahan,cam pelakon one three hills tu, pakai baju hijo,matching ngan kaler slipper jepunnya. Aku da control habis, berlagak cool. Yakin dengan make-up tebal bakal meraih perhatian si perawan.aku masuk queu depan dia.Dia tengah tunggu rakan gamaknya.HAtiku bicara.

tetiba, dia pandang mata aku..badan tegap menghadap kau.Aku pasti mulutnya ingin berbicara. Make up aku menjadi magicnya hari ini.Tak seperti selalu.

" kak,saya dalam line".garau suaranya
.Sebenarnya, aku tak dengar lagi perkataan selebihnya selepas 'KAK'!!!(gema..gema)
KAK?!! for God sake, people! You just ruin someone's day today!
"ok" aku menjawab laju.Who am i kidding.

In the end, aku pergi ke bazar dengan perasaan bagai dipenyek2 tapi masih penuh maruah seperti biasa.Dan nak penyek sapa2 yang pakai baju hijo hari tu.Dendam semacam.Tah ape2.

next week aku pergi bazar UIA lagi.

Nampaknya, teruna UIA masih boleh menarik nafas lega..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails