Berakhirnya bulan 11 ni, genap la setahun setengah aku mengahayun kudrat aku memukul bola kecil yang mempunyai kebolehan melantun tahap tinggi. Korang tengok la sendrik gambar tu,untuk maklumat lanjut,layarlah internet sendiri..kalau aku terangkan jugak,kang cakap aku merendah-rendahkan pengetahuan am sukan korang..
Nampak macam tandas,tapi bukan..Ini adalah squash court.
Ini adalah pemandangan jika semua lampu dibuka( tujuan penggambaran sahaja),selalunya suram je..kalau nak jimat tu,boleh sangat( adibah nor speaking).
.DAh lebih sebulan aku tak main squash ni.Bukan aku handal atau minat sangat tapi itu aja mainan aku memandangkan sekarang musim hujan-petang kat Gombak. Kalau pergi jogging dalam hujan dan basah lencun karang karang jadi cite Kuch-kuch Hota Hai pulak. Tapi tak best pon,percayalah..aku pernah naik motor dalm hujan. Sakit gile kena tujah dengan air hujan yang nak besar gedabak..tajam2 dan laju menikam mata dan pipi gebu aku..ciss..
Anyway,semalam aku jejak lagi kaki ke sana. Macam biasa, aku kena belanjakan RM2 untuk sewa reket kalau aku nak main.
Reket dah disewa, tapi ada satu aja lagi problem. Court semua penuh.So, aku kena tunggu gilian like a decent people always do.kat bilik nombor 4 bunyi Pap!pap! sangat kuat jadi aku jenguk ke sana smantara menunggu bilik kosong
Oh My God..beliau sangat handal.Pakaian dia dah memang macam Datuk Nicole Ann David celup,dengan earphone ditelinga dan headband melengkapkan penampilan dia.Kat dalam beg squash dia,terkeluar 2 reket squash bekualiti tinggi.Tu cerita pasal appearance aja, tak cite hal pukulan lagi.
swoshh!swish!biung!buing!.macam2 bunyi la..lama aku disitu menunggu peluang nak main dan aku sedar hal begini bukan kat bilik no 4 je tetapi kat semua bilik.
Dalam setengah jam aku asyik tengok orang main dan otak aku masih berjalan,aku tiba pada fakta dan reality yang menyakitkan bahawa:
1. Kalau dah lebih setahun setengah main walaupun secara rawak,normal people would probably dah boleh galak memukul2 bola melantun dengan baik..walaupun macam tak berstrategy tetapi masih kemas dan bermaruah.Kes aku pulak, semakin mahir menangkap bola yang bergolek di lantai.Aku dapati,kalau bola tu bergolek laju sangat,ko boleh tahan dengan reket je.Jadi tak payah lari laju2 kejar bola.
2. Selalunya,kalau kau main squash, akan terhasil bunyi ‘Pap!’,’Pap!’ tanda bola kuat bertemu dengan dinding bilik. Kalau yang hebat tu,macam berbeat pulak bunyinya.Kat bilik aku, bunyi yang dihasilkan ialah ‘Dum!’,’dum!’ bunyi orang kejar bola,dan (pause) untuk kutip bola.Bunyi ‘pap!’ slow sahaja sebab pukulan tak kemas. Kadang2 kita dengar bunyi ‘BUMMM!!’ yang kuat macam bunyi orang jatuh ataupun teriakan ‘AARRGG!!’.
aku rasa hasrat pembelian reket squash boleh hold lagi dan reket ini masih berjasa
1 comment:
hahaha....klakar la ko nie...
bgs la u have the determination to be involved in sports..
at least dpt la gak main squash.
ak kalo main any sports using raket ni mmg cacat.x ksh ler badminton ke, squash ke, tennis ke...selalu nye nk pkl bola msti miss punye...hehehe
so,main sports yg pkai bola je ler...
Post a Comment