Saturday, April 30, 2011

I hate like button!!

Malu, siot. Orang lain dah follower beribu-ribu lemon, aku kurang dari 30, dah nah letak like button. Hah, jadinye. asyik

" Aidayati likes her own post.Be the first to like it"

Ade setahun static macam tu. T_T

Alih2 aku amik pendekatan yang aku rasa tak de la nak 'dekat' kan sangat. Menjauhkan ada. Tapi paling rasional la..ok, bukan rasional tapi layak. Eh, ingat tak malu ke like post sendirik. Kalau ramai2 berebut nak like jugak sampai tolak2, bergaduh2 nak 'like' saje, tu ok jugak. Yang ini , tuan punya post tercongok kat situ, like sorang2. Gue malu dong! 

Korang tahu tak leceh nak buat 'like button' tu..Tekan sana sini. Kalau tak computer sazzy jangan mimpi la nak letak. Ok tipu. Saje je nak salahkan system bila gagal. Hehehe

Last-last, aku remove je 'like button' tu. Sonang. Habih cite. Lantak la. Korang nak suke ke..tak suke ke..hal korang la. Yea la, belog kite ni tak ada tips-tips. Tak ada gossip2, tak ada lukih2 sebab aida tu pemalas, MasyaAllah!, tak kelakar, tak de update recipe sedap2 hari2..huh!

Ini belog pasal Aida je! 

Wait a minit.........................*pikir sejenak sambil pegang dagu*

Patut la tak ramai follower...ciss!..




 

Thursday, April 28, 2011

Perkakas Lucah

Minggu lepas on the same day aku dapat sms daripada Prof yang assist aku during my practical training period.

"Assalamualaikum, been planning to visit you on next Thursday. Around 11 am. Is it OK with you?"

Aida, cool kan. " Ok, sir." tambah lagi " No problem".

Puuff! no problem, my butt..

GULP!

Today the day come. Nak tunggu sir tu datang pukul 11, aku dari pukul 9 asyik nak dok keluar masuk toilet. Vounching * check perkara dalam ledger atau account to supporting document such as invoice or receipt* expenses pun macam nak tak nak je buat. Last2 sir tu datang.

Borak-borak. prom preng prom preng...Dia nak jumpa Mr. L. I dont know but I have a bad feeling about Mr L. He can be racist sometimes. Maybe just my feeling. Tapi yealah.Aku sambung la vouching. Nak tahu berdebar ke tak aku. Masa tengah gelabah2 vouching kat resit syarikat Heng Seng,

Syarikat Heng Seng.
Membeli Perkakas Lusoh


Aku dah baca
Syarikat Heng Seng
Membeli Perkakas Lucah.

Emm..Elok sangat la tu. Matching dengan headline Utusan hari ni.

Siri kedua rakaman video seks dimuat naik ke Youtube.

Tak payah. Tak usah search . Video tu dah tak de dah kat Youtube. Dah buang dah. Surat khabar cakap video tu dah dibuang dari Youtube. Bukan aku search. Surat khabor cakap. Paham?  Boleh tak bersangka baik sikit kat aku?

Aku tak amik side. Cuma bila Shazryl Eskay bagi DNA dia untuk siasatan video seks tu, aku cuba nak cari connection antara DNA dengan video seks tu. DNA? Video?Aku termiss part tu dalam CSI kot..

Sunday, April 24, 2011

Strictly for beginners and Simple Minded Cook: Meatball Spagetti dump-it-all

One of my babe ask me this morning

"Assalamualaikum Aida, eh, I miss la spagetti yang kita buat hari tu. Ko buat macam mana dah? aku nak buat tapi dah lupa la..."

Petang tu dia call aku. "Aida, aku dah kat pasaq. Ape bende nak beli?"

MasyaAllah, tak bersabor kawan aku sorang ni. As you wish, darling....



Skip la ingredient. Daripada recipe pun boleh dapat kan..kire sambil menyelam minum ayaq la ni..

1. Tumis bawang besar sebijik dan bawang putih beberapa ulas yang dicincang sampai naik bau..jangan lupa taruk minyak dulu.

2. Masukkan daging cincang dan meatball. Goreng sampai separuh masak. Taruk garam secukup rasa lah.

3.Masukkan Prego plus tomato puree.. kalau ada cendawan butang, ko campak je dalam tu.

4. Last stage, masukkan keju KRAFT seketuil. Kalau ada herba-herba macam Oregano, Thyme ke Rosemary ke. Korang bedal je tabur kat dalam tu. Kasi rasa2 Italy sikit.

Kasi masak lama sikit.

Rebus spagetti tu jangan lupa masukkan minyak dalam setitik due. Kang die lekat2 tak syok makan. Orang cakap, kalau nak sedap lagi, air rebusan spagetti tadi tu masukkan sikit dalam tomato gravy di atas. Pun begitu, atas citerasa masing2 la.

Ok Anis, I wish u best of luck. hehehe. And everybody else 2 :) *gambar ihsan dari imaginasi maseng-maseng*

Saturday, April 23, 2011

Berbaloi-baloi! : Jambu ke Jozan? ke Jambu?? Jozan la..Jozan..

Ok, sila jangan panic. Walaupun brutalsolo cakap aku punya omputih tahap makam tinggi, aku tetap akan tulih dalam bahasa melayu. Kenapa? kerana...kerana yea...

Kerana i dont " feels stupid when I speak in Malay"..Okeh, tu dia.Dah selak buku lama.

Disini dengan rasminye aku menyatakan, walaupon sesaat saje lagi selepas baca ayat dibawah, korang akan memandang rendah pada aku walaupun obviously aku lagi tinggi dari korang wahima korang pakai kasut tinggi sekalipun, dan korang mungkin akan tutup page aku terus, aku perlu jugak menyatakan kebenaran ini. Ianya..*drum roll please...* ..bahawasanya aku...aku....AKU!!!

AKU PEMINAT MAHARAJA LAWAK, JOZAN DAN JAMBU!!!!

THERE!! i've said it. Memang betul la kata Justin Beiber dan anak Will Smith..Never say Never..Aku dulu yang penah kata "Raja Lawak ialah cerita bodoh dan aku tak akan tengok. Mencemar kredibility aku sebagai pakar tengok Tv!", sekarang elok  tertunggu2 hari Jumaat jam 10 malam depan tv. Hah, sapa yang jilat ludah sendiri sekarang ni, Aida..? Hak tuih! Gile tak ayu gadis meludah. >.

Korang nak kutuk aku? ok..takpe2 takpe..kutuk je..aku tak kesah pon..korang cakap depan laptop bukan aku dengar pun. Tak de la aku ni saikik sangat boleh telepati dengan komputer. Gile technology sazzy bomoh kalu camtu. Dan kalau korang komen lebey3, aku delete je.. Aku ni simple je..Dah belog gua kan..Suke hati..........ha, korang sambung sendiri.

Tapi kalau boleh dapat orang yang sama2 suka, sama2 "yang penting kita enjoy!", perrgghh..laaagi aku suke!
Senang je nak suke rajalawak ni..korang kene tengok. Korang nak tengok, lagi senang.Aku dah sediakan kat bawah. Tunggu korang kelik "Play"..Aku dah sediakan hidangan, tunggu korang makan je..NGAP! terus.. Bukan ape, bende elok, tak elok makan sorang. Lawak2 ni, kalau ramai baru meriah.

Moh la santap..



Dan duet ni. Kalau korang tak kenal, tak payah dok Malaysia lah. Tak payah susah2 langggan Astro. Astro pun tanak langgan korang..




Amacam? Nak masuk geng?..aku dah agak dah...

Notakaki: Frust bila tak dapat tengok Astro Warna yang baru langgan smalam. Man U lawan..pastu Liverpool la pulak..Takkan la kita nak lawan channel dengan orang yang taja kita Astro..kan? haih..(T____T')  

Thursday, April 21, 2011

Getting Started: Paperbag

Well, my family and I are setting up a shop in KOta Bharu name Al-Iksr *God know whatever it mean ;)*, InsyaAllah. WE are selling healthy drinks and food from Middle East. Iran to be exact.

My current task now is to make us paper bags and plastic shopping bags. The Grand Opening will be on THIS 2nd May 2011. It's like 2 weeks from now!! * freaking out and pulling hair*

I have car but i dont have driving licence. I leave for work at 7.40 am, back at home at 7 pm. I have only Friday for weekend. How the hell am i gonna design and print paper bags?

Left me with one and only choice.
 
ONLINE SHOPPING.

When they say..technology makes the world at your fingertips, they mean it.

Wednesday, April 20, 2011

Kentut pun wangi!

Minggu lopeh mak aku pergi Sarawak dengan keluarga kakak aku. Dengan bapak aku sekali lah..buang tebiat ape nak tinggal bapak aku bujang kat Kelantan dan mak aku elok bercanda ria kat Sarawak. TApi kadang2 aku rasa tak pe jugak. Yea la, ayah aku ni ada hobi baru bela kambing. Hobi orang pencen, boleh la main ciku cak dengan ' anak kambing saya' tu..Tapi still, aku rasa masih kuang hajau kalau kakak aku tempah tiket murah ke Sarawak untuk mak aku aje.

Seminggu mak aku kat sana, Masyaallah..sunyi gile kot umah ni. Aku rasa nak merajuk ade dengan mak aku. Buat ape kat Sarawak sampai hampir seminggu. Tak tahu ke kat Kelantan ni anak dia yang paaaaliiing adorable ada. That is priceless, ma fren! Dan aku menjadi sunyi dan sunyi dan rindu kat mak aku..sukar aku nak bayangkan bila mak aku dah tak ada nanti macam manalah gayanya aku nanti...Takpe2, mati tu pasti..lambat laun tak akhirat jumpa lagi, kan?? okeh..positive..positive.. *lap2 air mata dengan hujung lengan baju*


Okeh, ssrrreeeeeeeeeeeeeeettttt~! >.<*hembus hingus kat baju*

Okeh, pagi ni mak aku balik rumah. Aku punya la gumbira.. Aku rasa kalau ada la sapa2 sabotaj baling batu kat aku and jerit2 panggil aku "GEMUK!! GEMUK!!" sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja pun aku masih boleh balas dengan senyuman manis lagi..Aku gembira ni..Masa tu la, kalau korang buat sekarang, memang aku bantai..

Ironicnya, petang balik kerja, aku dah mula berselisih pendapat dengan mak aku. Ada la sesuatu yang mak aku buat aku tak berkenan,aku cakap aku tak suka dan begitulah seterusnya..Bertegang urat la pulak..Kalau dekat ni, bende kecik pon rasa besar. Tak salah pun nak jadi salah.

Aku penah dengar," Jauh dimata, dekat dihati". Betul.

Yang aku tak penah dengar, "Dekat dimata, jauh dihati." Tapi macam betul jugak..

Entah la. Aku dengan kawan aku dah boleh baca dah pattern parents ni.. Mostly nye lah. Kalau ada 3 minggu cuti. Ia akan terbahagi kepada begini.

Minggu 1: Oh, sayangnya anak aku. Dah lama tak balik..Okeh, layanan 1st class.
Minggu 2: Ok, natural..dah lama tak balik, dan dah seminggu jugak dah balik.
Minggu 3: BILA KAU NAK BALIK KOLEJ HAH!!!

Ahahaha..inilah yang orang kata

Kalau berjauhan, buat apa pun wangi...
Kalau dekat memanjang, tak kentut puuunn..BUSUK!

                                     **********************************************
Sila jangan salah paham..ini entri melawak je.. i love mummy!!! dan juga satu reply kepada satu peribahasa yang dah lama aku tak puas hati.. sapa suruh buat

"sayangkan anak tangan2kan.."

Tuesday, April 12, 2011

Dan dia pun manusia jugak

Manusia pada aku, sebusuk2 macam mana pun manusia jugak. Insan jugak. Bernyawa, bernafas elok macam kita jugak. Selagi manusia itu tidak membuat jenayah yang membahayakan dirinya, keluarga dan masyarakat sekeliling, tak kira apa kerja mereka, asalkan halal, mereka berhak dihormati. Penagih dadah yang dah insaf dan pulang ke pangkal jalan pun kita berikan peluang kedua,

Apalah hinanya seorang mak cik cleaner?

Mak cik cleaner kat tempat aku kerja ni dah tua. Around 54 tahun and plus2. Masih bekerja di ofis aku dan juga di sebuah tempat yang lain pada waktu petang. Kurus tapi penuh dengan kudrat. Rutin? cuci 6 bijik toilet, kosongkan berpuluh bakul sampah, mop 3 tingkat lantai ofis yang luasnya boleh tahan, lap berpuluh tingkap, susun kotak2. Dan makan lunch bekal lebihan daripada braekfast dalam bilik sembahyang. Kalau beruntung, boleh la makan berteman dengan budak2 trainees yang bawak bekal jugak. Tapi selalunya berseorangan je. Masuk waktu, sembahyang zohor.

I dont know about you, but me? I cant do it. At that age, I pretty sure I just want to lay back and bersantai with my anak-anak and cucus. But she cant afford it. She needs money. Everybody needs money, but she left only with that choice only. Work as a cleaner.

Yang aku tak paham *dan tahan*, di kalangan staff yang lepasan ijazah dan ada antaranya daripada university luar negara, akal punyela cetek. Humanity tahap negative.

Last month harijadi Kak Mah and few good staffs nak celebrate birthday Kak Mah. So diorang pun belilah kek and buat surprise kat Kak Mah. Love the moment but i couldn't help noticing few people yang pandang sinis2 dan gelak2 sama sendiri kat Kak Mah. Lucu sangat ke surprise party untuk mak cik cleaner? kalau untuk bos mesti korang control gile kan. Smiling so charmingly and couldn't stop wishing happy birthday. You make me wanna puke!

Last two week, a senior auditor tergamak cakap kat Kak Mah something that sound like this:
" Yea la, tapi duduk la jauh sikit. Awak tu kotor. Nanti dengan saya sekali berjangkit". KOtor? berjangkit? where the hell are you from. Mak cik tu bukannya baru keluar tandas. She just walking around. Not even mopping the floor. If so pun, pedulik apa? Badan yang kotor is nothing compared to mulut dan hati kau yang busuk. Unlike kotoran, It cant be washed with some detergent. Shame on you.

This morning, somebody raised her voice at Kak Mah. And Im pretty sure it was for some silly and sicko excuse. One of the toilet dah loose kepala paip. Tandas ni, memang selalu orang keluar masuk. Kot la korang tak tahu macam seorang ttuuuttt.. ni. Ah so, arrogant! Dah kepala paip tu dah loose, ia jadi sengat la..kan?loosee...Kak Mah masuk pantry and she spotted Kak Mah. Dah terus, dengan suara yang maha tinggi.

"Siapa yang buat kepala paip ni senget!! tengok sekarang dah jadi loose dah. Kak Mah tak tengok ke siapa yang buat macam ni?!"


" mana la saya tahu..saya tengah mop lantai kat luar nun"


" Mana boleh tak tahu!! saya tak suka ni paip ni senget macam ni. Ni saya nak marah ni..heeyyy!".

 Wahai mak cik yang tak ada budi bahasa, kepala paip tu memang dah loose 3 bulan lepas, sebelum aku masuk kerja lagi la, mangkuk! I did warn you yang this is silly and sicko rite?

Tak ada kerja ke kak mah tu nak monitor setiap orang yang keluar masuk toilet tu? Baik kau buat katil je terus dalam toilet tu untuk kak mah. Tak pon letak CCTV, biar tak berak kencing sume orang. Kan, dah sayang sangat kat kepala paip tu, peluk cium la..

Aku tak paham betullah manusia nie. Kat dunia ni memang la kau kaya, kau la yang lebih, kau la yang mulia. Kat akhirat nanti kita tengok sapa yang kaya, sapa yang miskin. Sapa yang wangi, sapa yang busuk.



Toilet Guard
"Hoi!! kepala paip tu senget ke dah betul?"
 HA..ada baru la senget dengan kau-kau sekali kan..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails