Seminggu mak aku kat sana, Masyaallah..sunyi gile kot umah ni. Aku rasa nak merajuk ade dengan mak aku. Buat ape kat Sarawak sampai hampir seminggu. Tak tahu ke kat Kelantan ni anak dia yang paaaaliiing adorable ada. That is priceless, ma fren! Dan aku menjadi sunyi dan sunyi dan rindu kat mak aku..sukar aku nak bayangkan bila mak aku dah tak ada nanti macam manalah gayanya aku nanti...Takpe2, mati tu pasti..lambat laun tak akhirat jumpa lagi, kan?? okeh..positive..positive.. *lap2 air mata dengan hujung lengan baju*
Okeh, ssrrreeeeeeeeeeeeeeettttt~! >.<*hembus hingus kat baju*
Okeh, pagi ni mak aku balik rumah. Aku punya la gumbira.. Aku rasa kalau ada la sapa2 sabotaj baling batu kat aku and jerit2 panggil aku "GEMUK!! GEMUK!!" sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja pun aku masih boleh balas dengan senyuman manis lagi..Aku gembira ni..Masa tu la, kalau korang buat sekarang, memang aku bantai..
Ironicnya, petang balik kerja, aku dah mula berselisih pendapat dengan mak aku. Ada la sesuatu yang mak aku buat aku tak berkenan,aku cakap aku tak suka dan begitulah seterusnya..Bertegang urat la pulak..Kalau dekat ni, bende kecik pon rasa besar. Tak salah pun nak jadi salah.
Aku penah dengar," Jauh dimata, dekat dihati". Betul.
Yang aku tak penah dengar, "Dekat dimata, jauh dihati." Tapi macam betul jugak..
Entah la. Aku dengan kawan aku dah boleh baca dah pattern parents ni.. Mostly nye lah. Kalau ada 3 minggu cuti. Ia akan terbahagi kepada begini.
Minggu 1: Oh, sayangnya anak aku. Dah lama tak balik..Okeh, layanan 1st class.
Minggu 2: Ok, natural..dah lama tak balik, dan dah seminggu jugak dah balik.
Minggu 3: BILA KAU NAK BALIK KOLEJ HAH!!!
Ahahaha..inilah yang orang kata
Kalau berjauhan, buat apa pun wangi...
Kalau dekat memanjang, tak kentut puuunn..BUSUK!
Sila jangan salah paham..ini entri melawak je.. i love mummy!!! dan juga satu reply kepada satu peribahasa yang dah lama aku tak puas hati.. sapa suruh buat
"sayangkan anak tangan2kan.."
2 comments:
pattern parents ke pattern anak2?
minggu 1: yay!!best balik rumah
minggu 2: ok. just fine
minggu 3: bila nak stat balajar nih..
haha
pattern anak2 macam ni
minggu pertama:ok, dah lama tak balik. Kene rajin tolong mak.
minggu 2: baring2 jap lepas basuh baju.
minggu 3:ZZZzzzz.....
Post a Comment