Wednesday, August 26, 2009

Sumpahan of The Century

Aku malas nak cite panjang pengalaman Sek.Men aku yang aku clarisikasi kan sebagai bercampur baur atau bercampur aduk..Banyaknye gembira ,tapi terpalit jugak pahitnya dimerata-rata.

tapi yang paling aku ingat, sementelah habis SPM, bersama kaki kiri melangkah keluar pintu pagar besar sekolah, sambil melambai galak kat pakguard yang tengah jaga entrance, jiwa aku berkata kuat
" selagi aku tak kurus,aku tak akan jejak kaki kat sekolah ni atau attend mana2 reunion." yakin dan bersatu ayat tu. SEnada,seirama.

Seperti biasa, semangat aku tak la berkobar-kobar mana. Api ciput macam api yang kat mancis je,sekali penyek ngan ibu jari dan jari telunjuk,mampus.
tak sampai 10 minit perjalanan,aku dah lupakan hal tu and very looking forward nak jumpa geng balik..rindu siot..makan,minum,study,ngumpat, 'projek' sama2 dekat 24 bulan..kalu tak rindu gak, memang level frenship ko tahap tak ley buka frienster atau facebook ar..malu kat cicak kat dinding bilik aku dengan gaya akrobatiknya..ok,melalut.

nak dijadikan cerita, Allah lebih mengetahui dan aku rasa aku dah kene sumpahan.
Sumpahan Kalu Tak Kurus Tak Ley g Reunion

Reunion 1
Ada reunion kat sekolah bersempena majlis kecemerlangan SPM budak2 batch aku.Bukan aku, budak2 batch aku la yang dapat. Aku cam biase, kalu tak menepuk tangan,menonton cuma.
sepatut tiba kol 11 pagi, Bas rosak tepi jalan..sampai kol 3 petang.Sampai kat sekolah,suma dah settle dan yang pasti 99.9% khalayak dah balik.Tinggal cikgu 2-3 orang tengah panaskan enjin keta, nak bailk jugak. D**n

Reunion 2
Dah plan ngan kawan ada majlis makan2 kat umah dia dan dia ajak sume budak sekolah.kira ala2 berjumpa kembali.Semua dah on,sehari sebelum hari kejadian,kakak aku ajak pegi KL esoknya(hari kejadiannya). Family comes first no matter what. Da*n

Reunion 3

Yang ni memang tak bley elak. Hari reunion tu hari aku kawin. Memang susah nak percayakan diorang so aku lantakkan lah sahaja diorang tu. memang susah nak cayakan korang, so aku lantakkan jugak korang.

3 hari lepas, kawan aku call..

Faris: da, nanti ada buka puasa kat shah alam..jom turun.Ajak geng ko sama (summery)

Aida: ok.best2.tq faris

Aku da call Bariah and Jian, Sabtu ni kalu jumpe aku budak2 sekolah menengah tu, ada dua kemungkinan je..satu, kuasa sumpahan da berkurang 50% sebab bulan Ramadhan Karim ataupun..dua, aku da kurus..Kite tgk la dulu.Budak faris tu tak de reply pulak ,aku tanya details tempat buka pose.damn

nota kaki :kat arab, kalu orang cakap " Ramadhan Karim" ko balas " AllahuAkram". Macam Ramadhan mulia tetapi Allah lebih mulia. camtu la Ustaz Eliza cakap.Berilmu sungguh beliau.

UPDATE

Hari Sabtu tiba.Semua dah sedia termasuk Bariah dikerah oleh aku untuk meneruskan niat murni aku.perjalanan 2 jam daripada Gombak ke S.Alam menggunakan public transport dirasakan bagai hampeh pabila mendapat msg daripada faris setelah berkali2 aku call tak dapat.Berbunyi

"Tanya Aisyah Mardiah.Event mula esok.Bukan hari ini" sebab sekarang bulan pose, I save the D**n word for later.Ake diet 3 hari tau!dammit!

2 comments:

Basuh Baju said...

peh- reunion apa yg kejam smpai tak nak pegi kalau tak kurus? haha

aida cy said...

btw, basuh baju..
aku tak attend reunion buka puasa tu,
aku silap tarikh..acara esoknya..hampeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails