Aku tak pernah ingat dalam hidup aku, masa aku kecik ..kalau malam Sabtu, kitorang tak layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Pergi pasar malam,beli burger dan coconut shake. Balik rumah dan bukak makanan masing-masing depan TV, dan layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu sambil makan. Diikuti dengan rancangan HMI (Hiburan Minggu Ini). Kalau korang umur ala-ala 20-an, mungkin korang share childhood moment macam aku jgk. Which brings you to our next point. Korang mesti kenal Pak Uda. Kalau tak, samaada korang dibesarkan di Africa ataupun korang ikot parents korang ke Papua New Guine. Lainnye, tiada maaf bagimu..
Satu bende yang aku ingat tentang Pak Uda selain daripada ketinggian yang tak berapa tinggi ialah,beliau mesti pakai baju salah butang! korang tak perasan? Kitorang perasan :) Mak aku, kalau aku atau abah atau sapa2 je pakai baju, tersalah butang..laju je die bagi " eh, bakpo pakai baju macam Pak Uda nih??"
Setiap yang hidup mesti menghadapi mati. Pak Uda pada usia 67 tahun disebabkan pelbagai komplikasi jantung. Aku sepatutnya tahu lebih banyak la tentang Pak Uda kalau aku browse kat internet tapi tak. Seciput je aku dapat. Yang aku tahu, beliau pernah menang anugerah Pelakon Komedi Terbaik FFM -9 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM -11.
Walau filem apa pun beliau diberi pengikhtirafan, pada aku, Pi MAi Pi MAi Tang Tu adalah sitcom,series yang paling cemerlang yang aku pernah tonton. So light,sinical and everything to make a sitcom work. Dan aku 'pretty sure' yang Pak Uda adalah tulang belakang kepada sitcom ini.
Dan aku bangga mengetahui hingga akhir hanyatnya, dia tidak dipersiakan dan masih melakukan sesuatu yang masih digemarinya, berkomedi. Terima kasih Mamat Khalid. Watching Zombie Kampung Pisang dan Hantu Mak Limah Balik Rumah will never be the same again.
Fun fact:
1. Flat Sri Wangi sebelum ini adalah Kampung Sri Wangi.
2.PMPMTG suatu ketika dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.
3. PMPMTG pernah diadakan dalam versi musical pada tahun 2006.
Kelasss..siott! |