Thursday, November 25, 2010

Strictly for beginners and Simple Minded Cook: kek Pisang..

Tak tahu la pisang ni bermusim atau apa tapi banyak bebenor pisang kat rumah kami sekarang ni..Iyalah, kalu 3,4 sikat tu boleh la tahan tapi dekat2 belasan sikat dan berbagai2 jenis pulak. Nak mengabihkan nye menjadi satu masalah pulak. Simpan lama2 bukannye boleh kalu pisang ni. Burok, busuk kang..sayang pulok.

Mulanya mak aku buat kuih dia yang paling cikai berkaitan pisang. Buat cekodok pisang. Tapi dah hari2 berjamu cekodok sampai muke dah nak jadi macam cekodok, aku browse la intrnet. Jumpe la satu resipe : KEK PISANG.

Aku pun OONNN! la..hehe

bahan(s) nye
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur



mula2, set temperature pada  180C / 350F / Gas Mark 5 dan preheat oven.


1. pukul gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi sampai lebam. Eh, bukan.Kembaaangg..
2. Ditempat yang lain juga, penyek pisang. Then, masukkan dalam mixture juga. Pukul lagi.

3. Di tempat lain, ayak tepung sama baking powder sama soda bikarbinat. Then masukkan dalam pemukul. Pukul lagi.
4. dah kembang dan teradun baik punya, masukkan minyak ke dalam mixture. Pukul.
5.Done, masukkan bahan mixture tadi ke dalam talam yang bergris.
6. masukkan dalam oven, 180C / 350F / Gas Mark 5 for 40 to 1 hours.






Yang Golap sikit la best.Hitam manis gituww..
********************


Tengok bukti betapa ahli rumah ni sangat pasif a.k.a malas nak membakar2 kek ke apa. Pemutar kat tingkat atas dan berhabuk bagai ! >.<


Tuesday, November 23, 2010

S.U.N.A.T

Sunat.

musim2 cuti sekolah ni, selain daripada memenuhi undangan kenduri yang belambak2 setiap hari, yang sinonim sangat ialah sunat. Bukan apa, masa cuti sekolah ni la proses penyembuhan dia berjalan. Kalu tak mau amik cuti berminggu2 kan. Nak kene ketuk kepala dek PK HEM sekolah, try la..

Tahun ni, abang Man masuk darjah 3 dah. Selalunya time cuti ni sibuk kalut lah cikgu2 kat SK Bukit Jelutung termasuklah mama Abang Man dengan persiapan bersunat beramai2. Tiap2 tahun.

Balik rumah tu, sambil minum2 petang, Abang Man tarik hujung baju mak dia. Mak dia angkat kening, isyarat " apo hel?"

" Mama, saya nak sunat la. Ustaz slalu suruh saya duduk baris belakang bila solat Zohor. Saya nak satu baris dengan kawan2 kat depan."

So, be it. That's the very day, abang Man bersunat


Beratur dan pakai SMART sebelum di..zaapp!..sunaat

Posing dulu..hal dalam bilik sunat tu belakang kira..hehe

BOMBA take part untuk mandi kan candidate2 sunat ni..Mana nak cari sungai oii..kat tengah2 bandar S.Alam

 Di balai menunggu dengan mama.Having second thought,Man?  too late!

 Muka toye bila dah abih sunat. The small (coz masih baru darjah 3) who dream big..ngeh3



Seminggu KEMUDIAN....


Back to business....

Strictly for beginners and Simple Minded Cook: Caramelized Pineapple

Ok, Caramelized Pineapple yea sahabat-sahabatun. Ataupun dalam bahasa Melayu kita Pacheri Nenas.hehe..Ada rasa familiar dah sikit bunyinye..aha!

Pacheri Nenas ni ada dua version. 1 yang kuah jernih dan satu lagi kuah macam kari. Mak aku tak ler mahir sangat buat yang second version tu so aku buat la yang first version tu..kang post resipe yang kitorang tak mahir, shilap hari bulan, kene pelengkung dengan periuk orang yang try. Lain yang nak, lain benor yang dapat.

Okeh, kita nak tenot bahan2 dulu. Frankly, kalu kita baru2 nak berjinak dengan rempah, resepi ni la aku rasa ses-wai. Tak banyak sangat bilangan dan kuantititnya.

Kayu manis (1 batang)
Bunga Lawang (2 biji)
Bunga Cengkih (8 biji)
Biji Lada Hitam (15 biji)
Pelaga Hindi (1 biji)
5 biji bawang merah (dimayam/slices nipis)
2 biji bawang putih (dimayam/sliced nipis)

4 helai daun pandan
1/2 sebiji Pineapple
gula (1 cawan)


Cara buat pulak yea..ha.yang ni korang tak boleh buat macam resipe lain yang tiba2 start baca kat tengah, pastu balik kat atas dan tak baca ending..main teka je..yang penting kena jaga api..besarnya,keciknya..

masukkan sedikit minyak untuk menumis. Dah panas, masukkan semua bahan kecuali Pineapple, daun pandan dan gula. Tumis sampai gelap. I mean lebih sikit daripada goleden. Tapi kalu nak berenti kat Golden tu pun dah ok.
PERLAHANKAN API, masukkan daun pandan dan gula. Kendian Pineapple, tak yah tunggu gula larut. JANGAN TAMBAH AIR..stay dengan api low..

lama2 dalam 10-15 mins, air Pineapple tu akan keluar dengan banyak.Dah agak2 banyak, korang boleh kuatkan api balik. Tutup api bila nenas dah nampak macam dah layu sedikit dan kuah dah likat n pekat. Nak lama pun boleh tapi rasa Pineapple nanti kurang la..rasa kuah masuk dalam Pineapple. Individu-lah kan? tepuk dada, tanya selera..

 TADA!!

 bon appatite!!

trick :pastikan tumisan betul glden hampir2 ke koko dan gelap. Ala2 dah masuk burned sikit..

Sunday, November 14, 2010

sketsa Cuti: Kucingku Kecing

Senarai watak

Che ya sebagai Abah
Cikgu Siti sebagai Ma
Aidayuti sebagai diri sendiri

masa: 3.55 pagi
lokasi: garaj kereta

Tirai dibuka.
Lampu kereta memancar masuk ke dalam garang menyuluh terang ke arah dinding garaj. Semakin menghampiri dinding dan akhirnya mengecil dan fokus kepada kucing yang berada di depan dinding garaj dengan kereta. Kereta berhenti.

Ma: huh, tu dio kucing nyo dok nikuh-nikuh.Takut la tuh..

Abah: bakpo takut-takutnyo.

Ma: Kucing kecing atah lembek smale..habih hacing. Geghe la

Abah: Oo..

Aida yang hanya mendengar perbualan daripada tempat penumpang keluar daripada kereta dan menbawa beg. Diikuti dengan Abah dan Ma. Ketiga-tiga memasuki rumah.

Tirai ditutup diiringi music latar " oo..o..balik kampung".
 
********************

welcome home,aida ;)

Monday, November 8, 2010

Aku nak saman Achik


Ni aku nak berkongsi kemarahan dan ketidak puasan hati aku nih.
kalau korang budak Kuliyyah of Economics and Management Science kat UIA korang tahu la betapa bengangnye aku.

Korang teka aku kat mana?
Aku kat LAB ECONS
adakah aku patut berada disini dikala musim2 exam dan sedangkan aku ada wireless kat bilik?
TIDAK!!

Tapi yea aku masih kat lab..blogging dan web browsing.
kenapa?
Kerana ACHIK!!!
ACHIKK!!
bukan arwah Achik spoon(AL-fatihah), ni
Achik Photocopy and Printing Centre.

Achik Photocopy and Printing Centre

Patutnya pukul 2.30 dah bukak boleh la amik ketas aku fotostate tadi, tapi tak. Katup rapat dengan pintu besi. Tak pasal2 kena tunggu mende alah ni bukak.

Nak kata pegawai kerajaan,tak. Kedai persendirian, swasta. Patutnya tinggi la sikit  motivasi nak keje.
Tutup kedai untuk lunch, awal..sharp..
Bukak lambat haremm..kol 3.30petang belum bukak.
5.30 dah nak tutup.

computer 2 bijik untuk print, masyaAllah..virus!!!
nama je sume ada, trojan,worm,siti,minah,ahmad..ada semua!
menjahanamkan pendrive budak2..cucuk sekali je,habis jadi shortcut
short curcuit tol la lu computers Achik

Geram tahu tak, geram!!
mentang2 bergantung hidup kat sana untuk photostate..

boleh saman tak Kedai  Achik Photocopy and Printing Centre ni?
sapa yang sudi jadi lawyer aku?
comfirm kite menang..
jangan risau, aku mesti bayar ribu-ribu punya....
RUPIAH.

*****************************************
ok, *jenguk kat luar lab*..
tak bukak lagi.................serius aku nak saman.
Aku tak pernah seserius ini.


WARGGHH!! MARAH



Friday, November 5, 2010

bila aida melukih : Solat isyak tiket ke Neraka Weil, nak ke kita? sedia?

dalam banyak malam, ada ketika malam saya macam ni.

8pm-10pm : 
tengok Movie yang kawan recommend masa musim Exam. Tak tahu kenapa masa musim exam akan jadi tempting sangat, SO, bila dah free, tonton ramai. Hollywood,bollywood,malaywood,Tamil..layan..

10pm-11pm++
kitorang akan borak pasal movie tadi. Bagi komen yang mana munasabah, yang mana munaserawak. ok, tak. yang mana tak munasabah. Kadang-kadang kami bincang issue2 dunia. Kadang-kadang la. Issue dunia..wi..

11pm - letih dan penat & mata dah tak larat.
Buat assignment. Tidak. Main Fesbuk dan blogwalking dan chatting sampai gambar kat laptop dah jadi samar2, 2+2=7. Time ni kalau tak tido lagi boleh putus fius. So, tido.

5.15am++
Biological alarm atau handphone bunyik. Aku on the spot akan terjaga and the only thing in my mind will be " ISYAK!" tak solat lagi.
Then masa tu la nak berkejar amik ke toilet amik air sembahyang. Aku rasa kalau ada hantu menyakat otw aku ke toilet, aku sergah die balik. Nama pun makhluk haluskan. Halus je..
by the time aku habis solat Isya', azan Subah pun masuk.


Aku kadang2 naik menyampah dengan dri sendiri. Sedeh pun ada. Kalau aku tak terjaga Isyak tadi macam mana? kalau aku bangun pukul 5.50 dan dah masuk Subuh macam mana?

Banyak sangat dah bende kat dalam dunia ni yang aku mintak Allah bagi. Tak terkira sampai aku selalu sangat dah lupa dan jadi ungrateful. Tu yang aku mintak, yang aku tak mintak lagiii la banyak Allah bagi. MAsya-Allah

Aku, 
Nak solat Isyak 5-10 minit pun tertangguh2 sampai nak terlepas.
Memalukan dan tak bersyukur betul.

Takut yang sebetulnya. 
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Banyak lagi pasal
1.Seksa meninggalkan solat
2. Seksa neraka bagi yang menghimpunkan 2 solat (yang orang kita selalu buat sebab kononnya mudah)
3. Seksa Neraka bukan kepalang
4.Cuai solat 5 waktu

Dosa yang lebih teruk daripada berzina ialah tak solat,Cakap pasal zina, jijik..solat tanak..buat rugi je,

lepas baca artikle tu, kalau korang tak takut lagi tak tahu la aku. Maybe aku boleh tolong refresh sesuatu yang memang pasti akan berlaku. Lambat dengan cepat je.

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan 
tahu takut...
bottomline: jom solat dan jom solat awal :)





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails