Friday, November 5, 2010

bila aida melukih : Solat isyak tiket ke Neraka Weil, nak ke kita? sedia?

dalam banyak malam, ada ketika malam saya macam ni.

8pm-10pm : 
tengok Movie yang kawan recommend masa musim Exam. Tak tahu kenapa masa musim exam akan jadi tempting sangat, SO, bila dah free, tonton ramai. Hollywood,bollywood,malaywood,Tamil..layan..

10pm-11pm++
kitorang akan borak pasal movie tadi. Bagi komen yang mana munasabah, yang mana munaserawak. ok, tak. yang mana tak munasabah. Kadang-kadang kami bincang issue2 dunia. Kadang-kadang la. Issue dunia..wi..

11pm - letih dan penat & mata dah tak larat.
Buat assignment. Tidak. Main Fesbuk dan blogwalking dan chatting sampai gambar kat laptop dah jadi samar2, 2+2=7. Time ni kalau tak tido lagi boleh putus fius. So, tido.

5.15am++
Biological alarm atau handphone bunyik. Aku on the spot akan terjaga and the only thing in my mind will be " ISYAK!" tak solat lagi.
Then masa tu la nak berkejar amik ke toilet amik air sembahyang. Aku rasa kalau ada hantu menyakat otw aku ke toilet, aku sergah die balik. Nama pun makhluk haluskan. Halus je..
by the time aku habis solat Isya', azan Subah pun masuk.


Aku kadang2 naik menyampah dengan dri sendiri. Sedeh pun ada. Kalau aku tak terjaga Isyak tadi macam mana? kalau aku bangun pukul 5.50 dan dah masuk Subuh macam mana?

Banyak sangat dah bende kat dalam dunia ni yang aku mintak Allah bagi. Tak terkira sampai aku selalu sangat dah lupa dan jadi ungrateful. Tu yang aku mintak, yang aku tak mintak lagiii la banyak Allah bagi. MAsya-Allah

Aku, 
Nak solat Isyak 5-10 minit pun tertangguh2 sampai nak terlepas.
Memalukan dan tak bersyukur betul.

Takut yang sebetulnya. 
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Banyak lagi pasal
1.Seksa meninggalkan solat
2. Seksa neraka bagi yang menghimpunkan 2 solat (yang orang kita selalu buat sebab kononnya mudah)
3. Seksa Neraka bukan kepalang
4.Cuai solat 5 waktu

Dosa yang lebih teruk daripada berzina ialah tak solat,Cakap pasal zina, jijik..solat tanak..buat rugi je,

lepas baca artikle tu, kalau korang tak takut lagi tak tahu la aku. Maybe aku boleh tolong refresh sesuatu yang memang pasti akan berlaku. Lambat dengan cepat je.

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan 
tahu takut...
bottomline: jom solat dan jom solat awal :)





2 comments:

budakoreo said...

haha..da,da,,
weh,mcm terbalik je ayt mu,abes solat isyak,azan subuh br dgr..pembetulan essay dr cg. farah...hee

aida cy said...

hahaha..ye ke? aku dok pasan pom..teliti sungguh cikgu fawah..okeh,sekarang jugak aku betulkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails