Tuesday, August 23, 2011

not really an entri but better than none

Ada satu ketika dalam hidup aku, aku gila update entri untuk blog. Believe it or not aku boleh buat 3 entries dalam satu hari. Macam waktu makan la pulak. Breakfast, lunch and dinner. Those time, aku tak percaya aku akan sangat malas untuk post entri.

4 months later................

Aku sangat malas update. I even hate to type..I dont even make posts about my graduation from intership, puasa, Hari Raya or driving license.

Did i said driving license? and how i beg the JPJ officer..shamelessly?

hah! next entry would be on my pursuit to driving license..

Sunday, June 19, 2011

Pi Mai Pi Mai Tang lain dah..

Sebelum bukak cerita, Al-Fatihah buat arwah Zami Ismail a.k.a Pak Uda yang meninggal dunia pagi ini di IJN.

Aku tak pernah ingat dalam hidup aku, masa aku kecik ..kalau malam Sabtu, kitorang tak layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Pergi pasar malam,beli burger dan coconut shake. Balik rumah dan bukak makanan masing-masing depan TV, dan layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu sambil makan. Diikuti dengan rancangan HMI (Hiburan Minggu Ini). Kalau korang umur ala-ala 20-an, mungkin korang share childhood moment macam aku jgk. Which brings you to our next point. Korang mesti kenal Pak Uda. Kalau tak, samaada korang dibesarkan di Africa ataupun korang ikot parents korang ke Papua New Guine. Lainnye, tiada maaf bagimu..

Satu bende yang aku ingat tentang Pak Uda selain daripada ketinggian yang tak berapa tinggi ialah,beliau mesti pakai baju salah butang! korang tak perasan? Kitorang perasan :) Mak aku, kalau aku atau abah atau sapa2 je pakai baju, tersalah butang..laju je die bagi " eh, bakpo pakai baju macam Pak Uda nih??"

Setiap yang hidup mesti menghadapi mati. Pak Uda pada usia 67 tahun disebabkan pelbagai komplikasi jantung. Aku sepatutnya tahu lebih banyak la tentang Pak Uda kalau aku browse kat internet tapi tak. Seciput je aku dapat. Yang aku tahu, beliau pernah menang anugerah Pelakon Komedi Terbaik FFM -9 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM -11.

Walau filem apa pun beliau diberi pengikhtirafan, pada aku, Pi MAi Pi MAi Tang Tu adalah sitcom,series yang paling cemerlang yang aku pernah tonton. So light,sinical and everything to make a sitcom work. Dan aku 'pretty sure' yang Pak Uda adalah tulang belakang kepada sitcom ini.

Dan aku bangga mengetahui hingga akhir hanyatnya, dia tidak dipersiakan dan masih melakukan sesuatu yang masih digemarinya, berkomedi. Terima kasih Mamat Khalid. Watching Zombie Kampung Pisang dan Hantu Mak Limah Balik Rumah will never be the same again.

Pak Uda dalam Shh..Dia Datang.. Aku boleh pilih gambar passport beliau, gambarnya di perkuburan. Tapi aku nak tengok gambarnya yang aku masih boleh gelak waalupun beliau sudah tiada. Aku harap korang pun sependapat dengan aku :)

Fun fact:
1. Flat Sri Wangi sebelum ini adalah Kampung Sri Wangi.
2.PMPMTG suatu ketika dijadikan siri komik strip mingguan di dalam akhbar Berita Minggu.
3. PMPMTG pernah diadakan dalam versi musical pada tahun 2006.

Kelasss..siott!
Sekali lagi, Al-Fatihah buat Allahyarham dan salam takziah buat keluarga allahyarham..

                        

Wednesday, June 15, 2011

I-City, here we come!!

Malas aku nak tulis ayat bunga-bunga (okey, memang ko tak penah buat ayat bunga-bunga pun sebelum ni). aku nak letak gambar dan eleborate cikit-cikit je.

I-city yang kat Seksyen 7, Shah Alam. Aku tak tahu lebih2 lagi dah kat mana tempat tu. Korang google map la sendiri. Aku tanya Jajan die cakap " dekat gile dengan rumah aku, weh!" . Aku tak paham. Aku kan tak penah pegi umah die..So..camne tu?

 Ini dua orang babysitters yang tak boleh 'sit' langsung time tu.Ponat eh jago budak2 ni sampai berpeluh2..



Inilah hero-heronya yang posing bagai nak sakan. Bila berjalan berterabur sorang-sorang. Camne la Cik Da and Cik Sha tak crack!


Light trees. Sila jangan makan buah atau daun dia kalau tak nak kene kejutan electrik. Sila jangan petik pun.
See the light alongside the road? Fantastico!

"Ibrahim stop touching the squirrel! u'll get buuzzz! *electrict shock*"

Cik Da yang dah exhausted buat adegan Police and Thief dengan anak2 sedara beliau. Forget the double chin and nostril. Focus on the light, guys!


Hiyyak. Ong Bak 4



We didnt manage to capture our whole faces but the eyes shows that WE HAD FUN YA'LL!

Okey, da abis....forgive the quality of the pictures. Only mobile camera ma..If ur planning to go the I -City, please proceed with ur plan. It's worth it. But be sure not to ask Jajan for directions. She sucks on this one >.<

Wednesday, May 25, 2011

Kehamilan luar nikah

Ya'll know kan aku praktikal kat satu firm accounting yang majority employees adalah berbangsa Cina. No. That's not the point here. This is faaaaaaar from racist. Will you just listen first! Geezzzzzzzzz~

Aku tak tahu macam mana non-Muslim deals with sex before marriage. Yang aku tahu, Islam haram kan..Kalau Cristian tak silap aku salah jugak tapi tak tahu la yang kat TV dan love novels macam mana kesnya. Kalau Buddha atau Chinese atau agama2 lain, lagi la aku tak tau.................*senyap dan hening sejenak* Ok, tetiba rasa ilmu cetek dan nak baca buku sekarang jugak..

Anyway, sepanjang hidup aku, inilah kali pertama menghadapi kes kehamilan luar nikah . Selalu nengok kat TV je kan..tak pon baca berita. Real life, tak penah pulak alami. Baik menghamili mahupun jumpa mana2 anak luar nikah. Bukan aku la! aih..ade yang jadi lempeng jugak hari ni. Salah seorang pekerja pompuan berbangsa Cina yang belum kahwin lagi pregnant sekarang ni and her tummy keep showing la kan. And she keep hiding it, I notice. Dengan file ke, dengan beg ke..

Disini timbul persoalan dekat otak aku. Which is good sebab aku sangaaat jarang menggunakannya. Ini kira warm-up la. Apa pandangan diorang (non-Muslim) terhadap perkara kehamilan di luar nikah. Boleh ke tak boleh? Kalau dia malu, segan atau cuba menyorokkannya, ada kah kerana dia punya agama,culture atau pun hanya kerana dia tinggal di Kelantan?

Lagi yang tak best, orang Melayu. Ade je isu, nak take part. Nak kecoh. Tak sempat apa2 dah ade sorang akak bukak cerite dah. Dah borak2 mengumpat dah. " Eh, tahu tak XYZ tu mengandung sekarang ni. Hey, awak tak tahu ke die tu tak kahwin lagi ? "Aku tak paham betul la.Die orang bukan Islam, tak ape la nak buat apa pun..bukan ada dosa pahala. Yang awak tu, mengumpat tu berdose, tahu tak? Pandang serong..tak boleh ke pandang lurus je...ni yang meningkat kes buang bayi ni..awak meyumbang, tahu?

Tapikan, boleh ke tak boleh sebenarnye mengumpat kat non-Muslim? sebab diorang bukan saudara Se-Islam kita kan? kan?

Ok, tak boleh jawab lagi. Aku betul2 rasa nak mentelaah sekarang ni..

off-topic: Aku sakit hati gile dengan cicak kat umah aku. Elok2 awak main melabur suke2 hati je ek..kat atas dapur la, kat meja, kerusi. Ko buasir ke ape ni? Silap haribulan aku berak jugak kat umah cicak nih...!

Wednesday, May 4, 2011

Who Would Boo Aida?

Budak2 bawah umor 13 tahun, sila jangan tengok gambar dibawah. Yang dah cukup umur pun, dah lopah nengok tu boleh la bawak2 mengucap dan amik2 wuduk.


"New York magazine's fashion blog the Cut was the first to report Beyoncé Boogate, tweeting from the red carpet, "OMG Beyonce and Jay-Z are being BOOED at the #MetGala for not posing for pictures! Yes, boo!"

 "Beyonce's Pucci dress was so tight she could barely walk up the stairs as she failed to stop for the photographers."

"Camera-phone footage confirms B struggled to take even a few steps in her slinky black-and-gold gown -- she even required assistance from Jay-Z and another fella for the walk up the stairs"

Kalau aku, kalau aku lah pakai baju camtu. Aku rase, bukan setakat boo aje..Ade yang kene baling dengan kasut time tu. Kalau bukan orang lain, mak aku yang dulu2 nye angkat kasut, aim tepat kat kepala aku




Ha Ha HA!! Hilla~riousss!!


**ayat2 kat atas tu aku copycat copy paste je dari Yaaho..yang benarnya aku malas amet update ;. Yea, aku layak di boo..hahaha

Saturday, April 30, 2011

I hate like button!!

Malu, siot. Orang lain dah follower beribu-ribu lemon, aku kurang dari 30, dah nah letak like button. Hah, jadinye. asyik

" Aidayati likes her own post.Be the first to like it"

Ade setahun static macam tu. T_T

Alih2 aku amik pendekatan yang aku rasa tak de la nak 'dekat' kan sangat. Menjauhkan ada. Tapi paling rasional la..ok, bukan rasional tapi layak. Eh, ingat tak malu ke like post sendirik. Kalau ramai2 berebut nak like jugak sampai tolak2, bergaduh2 nak 'like' saje, tu ok jugak. Yang ini , tuan punya post tercongok kat situ, like sorang2. Gue malu dong! 

Korang tahu tak leceh nak buat 'like button' tu..Tekan sana sini. Kalau tak computer sazzy jangan mimpi la nak letak. Ok tipu. Saje je nak salahkan system bila gagal. Hehehe

Last-last, aku remove je 'like button' tu. Sonang. Habih cite. Lantak la. Korang nak suke ke..tak suke ke..hal korang la. Yea la, belog kite ni tak ada tips-tips. Tak ada gossip2, tak ada lukih2 sebab aida tu pemalas, MasyaAllah!, tak kelakar, tak de update recipe sedap2 hari2..huh!

Ini belog pasal Aida je! 

Wait a minit.........................*pikir sejenak sambil pegang dagu*

Patut la tak ramai follower...ciss!..




 

Thursday, April 28, 2011

Perkakas Lucah

Minggu lepas on the same day aku dapat sms daripada Prof yang assist aku during my practical training period.

"Assalamualaikum, been planning to visit you on next Thursday. Around 11 am. Is it OK with you?"

Aida, cool kan. " Ok, sir." tambah lagi " No problem".

Puuff! no problem, my butt..

GULP!

Today the day come. Nak tunggu sir tu datang pukul 11, aku dari pukul 9 asyik nak dok keluar masuk toilet. Vounching * check perkara dalam ledger atau account to supporting document such as invoice or receipt* expenses pun macam nak tak nak je buat. Last2 sir tu datang.

Borak-borak. prom preng prom preng...Dia nak jumpa Mr. L. I dont know but I have a bad feeling about Mr L. He can be racist sometimes. Maybe just my feeling. Tapi yealah.Aku sambung la vouching. Nak tahu berdebar ke tak aku. Masa tengah gelabah2 vouching kat resit syarikat Heng Seng,

Syarikat Heng Seng.
Membeli Perkakas Lusoh


Aku dah baca
Syarikat Heng Seng
Membeli Perkakas Lucah.

Emm..Elok sangat la tu. Matching dengan headline Utusan hari ni.

Siri kedua rakaman video seks dimuat naik ke Youtube.

Tak payah. Tak usah search . Video tu dah tak de dah kat Youtube. Dah buang dah. Surat khabar cakap video tu dah dibuang dari Youtube. Bukan aku search. Surat khabor cakap. Paham?  Boleh tak bersangka baik sikit kat aku?

Aku tak amik side. Cuma bila Shazryl Eskay bagi DNA dia untuk siasatan video seks tu, aku cuba nak cari connection antara DNA dengan video seks tu. DNA? Video?Aku termiss part tu dalam CSI kot..

Sunday, April 24, 2011

Strictly for beginners and Simple Minded Cook: Meatball Spagetti dump-it-all

One of my babe ask me this morning

"Assalamualaikum Aida, eh, I miss la spagetti yang kita buat hari tu. Ko buat macam mana dah? aku nak buat tapi dah lupa la..."

Petang tu dia call aku. "Aida, aku dah kat pasaq. Ape bende nak beli?"

MasyaAllah, tak bersabor kawan aku sorang ni. As you wish, darling....



Skip la ingredient. Daripada recipe pun boleh dapat kan..kire sambil menyelam minum ayaq la ni..

1. Tumis bawang besar sebijik dan bawang putih beberapa ulas yang dicincang sampai naik bau..jangan lupa taruk minyak dulu.

2. Masukkan daging cincang dan meatball. Goreng sampai separuh masak. Taruk garam secukup rasa lah.

3.Masukkan Prego plus tomato puree.. kalau ada cendawan butang, ko campak je dalam tu.

4. Last stage, masukkan keju KRAFT seketuil. Kalau ada herba-herba macam Oregano, Thyme ke Rosemary ke. Korang bedal je tabur kat dalam tu. Kasi rasa2 Italy sikit.

Kasi masak lama sikit.

Rebus spagetti tu jangan lupa masukkan minyak dalam setitik due. Kang die lekat2 tak syok makan. Orang cakap, kalau nak sedap lagi, air rebusan spagetti tadi tu masukkan sikit dalam tomato gravy di atas. Pun begitu, atas citerasa masing2 la.

Ok Anis, I wish u best of luck. hehehe. And everybody else 2 :) *gambar ihsan dari imaginasi maseng-maseng*

Saturday, April 23, 2011

Berbaloi-baloi! : Jambu ke Jozan? ke Jambu?? Jozan la..Jozan..

Ok, sila jangan panic. Walaupun brutalsolo cakap aku punya omputih tahap makam tinggi, aku tetap akan tulih dalam bahasa melayu. Kenapa? kerana...kerana yea...

Kerana i dont " feels stupid when I speak in Malay"..Okeh, tu dia.Dah selak buku lama.

Disini dengan rasminye aku menyatakan, walaupon sesaat saje lagi selepas baca ayat dibawah, korang akan memandang rendah pada aku walaupun obviously aku lagi tinggi dari korang wahima korang pakai kasut tinggi sekalipun, dan korang mungkin akan tutup page aku terus, aku perlu jugak menyatakan kebenaran ini. Ianya..*drum roll please...* ..bahawasanya aku...aku....AKU!!!

AKU PEMINAT MAHARAJA LAWAK, JOZAN DAN JAMBU!!!!

THERE!! i've said it. Memang betul la kata Justin Beiber dan anak Will Smith..Never say Never..Aku dulu yang penah kata "Raja Lawak ialah cerita bodoh dan aku tak akan tengok. Mencemar kredibility aku sebagai pakar tengok Tv!", sekarang elok  tertunggu2 hari Jumaat jam 10 malam depan tv. Hah, sapa yang jilat ludah sendiri sekarang ni, Aida..? Hak tuih! Gile tak ayu gadis meludah. >.

Korang nak kutuk aku? ok..takpe2 takpe..kutuk je..aku tak kesah pon..korang cakap depan laptop bukan aku dengar pun. Tak de la aku ni saikik sangat boleh telepati dengan komputer. Gile technology sazzy bomoh kalu camtu. Dan kalau korang komen lebey3, aku delete je.. Aku ni simple je..Dah belog gua kan..Suke hati..........ha, korang sambung sendiri.

Tapi kalau boleh dapat orang yang sama2 suka, sama2 "yang penting kita enjoy!", perrgghh..laaagi aku suke!
Senang je nak suke rajalawak ni..korang kene tengok. Korang nak tengok, lagi senang.Aku dah sediakan kat bawah. Tunggu korang kelik "Play"..Aku dah sediakan hidangan, tunggu korang makan je..NGAP! terus.. Bukan ape, bende elok, tak elok makan sorang. Lawak2 ni, kalau ramai baru meriah.

Moh la santap..



Dan duet ni. Kalau korang tak kenal, tak payah dok Malaysia lah. Tak payah susah2 langggan Astro. Astro pun tanak langgan korang..




Amacam? Nak masuk geng?..aku dah agak dah...

Notakaki: Frust bila tak dapat tengok Astro Warna yang baru langgan smalam. Man U lawan..pastu Liverpool la pulak..Takkan la kita nak lawan channel dengan orang yang taja kita Astro..kan? haih..(T____T')  

Thursday, April 21, 2011

Getting Started: Paperbag

Well, my family and I are setting up a shop in KOta Bharu name Al-Iksr *God know whatever it mean ;)*, InsyaAllah. WE are selling healthy drinks and food from Middle East. Iran to be exact.

My current task now is to make us paper bags and plastic shopping bags. The Grand Opening will be on THIS 2nd May 2011. It's like 2 weeks from now!! * freaking out and pulling hair*

I have car but i dont have driving licence. I leave for work at 7.40 am, back at home at 7 pm. I have only Friday for weekend. How the hell am i gonna design and print paper bags?

Left me with one and only choice.
 
ONLINE SHOPPING.

When they say..technology makes the world at your fingertips, they mean it.

Wednesday, April 20, 2011

Kentut pun wangi!

Minggu lopeh mak aku pergi Sarawak dengan keluarga kakak aku. Dengan bapak aku sekali lah..buang tebiat ape nak tinggal bapak aku bujang kat Kelantan dan mak aku elok bercanda ria kat Sarawak. TApi kadang2 aku rasa tak pe jugak. Yea la, ayah aku ni ada hobi baru bela kambing. Hobi orang pencen, boleh la main ciku cak dengan ' anak kambing saya' tu..Tapi still, aku rasa masih kuang hajau kalau kakak aku tempah tiket murah ke Sarawak untuk mak aku aje.

Seminggu mak aku kat sana, Masyaallah..sunyi gile kot umah ni. Aku rasa nak merajuk ade dengan mak aku. Buat ape kat Sarawak sampai hampir seminggu. Tak tahu ke kat Kelantan ni anak dia yang paaaaliiing adorable ada. That is priceless, ma fren! Dan aku menjadi sunyi dan sunyi dan rindu kat mak aku..sukar aku nak bayangkan bila mak aku dah tak ada nanti macam manalah gayanya aku nanti...Takpe2, mati tu pasti..lambat laun tak akhirat jumpa lagi, kan?? okeh..positive..positive.. *lap2 air mata dengan hujung lengan baju*


Okeh, ssrrreeeeeeeeeeeeeeettttt~! >.<*hembus hingus kat baju*

Okeh, pagi ni mak aku balik rumah. Aku punya la gumbira.. Aku rasa kalau ada la sapa2 sabotaj baling batu kat aku and jerit2 panggil aku "GEMUK!! GEMUK!!" sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja pun aku masih boleh balas dengan senyuman manis lagi..Aku gembira ni..Masa tu la, kalau korang buat sekarang, memang aku bantai..

Ironicnya, petang balik kerja, aku dah mula berselisih pendapat dengan mak aku. Ada la sesuatu yang mak aku buat aku tak berkenan,aku cakap aku tak suka dan begitulah seterusnya..Bertegang urat la pulak..Kalau dekat ni, bende kecik pon rasa besar. Tak salah pun nak jadi salah.

Aku penah dengar," Jauh dimata, dekat dihati". Betul.

Yang aku tak penah dengar, "Dekat dimata, jauh dihati." Tapi macam betul jugak..

Entah la. Aku dengan kawan aku dah boleh baca dah pattern parents ni.. Mostly nye lah. Kalau ada 3 minggu cuti. Ia akan terbahagi kepada begini.

Minggu 1: Oh, sayangnya anak aku. Dah lama tak balik..Okeh, layanan 1st class.
Minggu 2: Ok, natural..dah lama tak balik, dan dah seminggu jugak dah balik.
Minggu 3: BILA KAU NAK BALIK KOLEJ HAH!!!

Ahahaha..inilah yang orang kata

Kalau berjauhan, buat apa pun wangi...
Kalau dekat memanjang, tak kentut puuunn..BUSUK!

                                     **********************************************
Sila jangan salah paham..ini entri melawak je.. i love mummy!!! dan juga satu reply kepada satu peribahasa yang dah lama aku tak puas hati.. sapa suruh buat

"sayangkan anak tangan2kan.."

Tuesday, April 12, 2011

Dan dia pun manusia jugak

Manusia pada aku, sebusuk2 macam mana pun manusia jugak. Insan jugak. Bernyawa, bernafas elok macam kita jugak. Selagi manusia itu tidak membuat jenayah yang membahayakan dirinya, keluarga dan masyarakat sekeliling, tak kira apa kerja mereka, asalkan halal, mereka berhak dihormati. Penagih dadah yang dah insaf dan pulang ke pangkal jalan pun kita berikan peluang kedua,

Apalah hinanya seorang mak cik cleaner?

Mak cik cleaner kat tempat aku kerja ni dah tua. Around 54 tahun and plus2. Masih bekerja di ofis aku dan juga di sebuah tempat yang lain pada waktu petang. Kurus tapi penuh dengan kudrat. Rutin? cuci 6 bijik toilet, kosongkan berpuluh bakul sampah, mop 3 tingkat lantai ofis yang luasnya boleh tahan, lap berpuluh tingkap, susun kotak2. Dan makan lunch bekal lebihan daripada braekfast dalam bilik sembahyang. Kalau beruntung, boleh la makan berteman dengan budak2 trainees yang bawak bekal jugak. Tapi selalunya berseorangan je. Masuk waktu, sembahyang zohor.

I dont know about you, but me? I cant do it. At that age, I pretty sure I just want to lay back and bersantai with my anak-anak and cucus. But she cant afford it. She needs money. Everybody needs money, but she left only with that choice only. Work as a cleaner.

Yang aku tak paham *dan tahan*, di kalangan staff yang lepasan ijazah dan ada antaranya daripada university luar negara, akal punyela cetek. Humanity tahap negative.

Last month harijadi Kak Mah and few good staffs nak celebrate birthday Kak Mah. So diorang pun belilah kek and buat surprise kat Kak Mah. Love the moment but i couldn't help noticing few people yang pandang sinis2 dan gelak2 sama sendiri kat Kak Mah. Lucu sangat ke surprise party untuk mak cik cleaner? kalau untuk bos mesti korang control gile kan. Smiling so charmingly and couldn't stop wishing happy birthday. You make me wanna puke!

Last two week, a senior auditor tergamak cakap kat Kak Mah something that sound like this:
" Yea la, tapi duduk la jauh sikit. Awak tu kotor. Nanti dengan saya sekali berjangkit". KOtor? berjangkit? where the hell are you from. Mak cik tu bukannya baru keluar tandas. She just walking around. Not even mopping the floor. If so pun, pedulik apa? Badan yang kotor is nothing compared to mulut dan hati kau yang busuk. Unlike kotoran, It cant be washed with some detergent. Shame on you.

This morning, somebody raised her voice at Kak Mah. And Im pretty sure it was for some silly and sicko excuse. One of the toilet dah loose kepala paip. Tandas ni, memang selalu orang keluar masuk. Kot la korang tak tahu macam seorang ttuuuttt.. ni. Ah so, arrogant! Dah kepala paip tu dah loose, ia jadi sengat la..kan?loosee...Kak Mah masuk pantry and she spotted Kak Mah. Dah terus, dengan suara yang maha tinggi.

"Siapa yang buat kepala paip ni senget!! tengok sekarang dah jadi loose dah. Kak Mah tak tengok ke siapa yang buat macam ni?!"


" mana la saya tahu..saya tengah mop lantai kat luar nun"


" Mana boleh tak tahu!! saya tak suka ni paip ni senget macam ni. Ni saya nak marah ni..heeyyy!".

 Wahai mak cik yang tak ada budi bahasa, kepala paip tu memang dah loose 3 bulan lepas, sebelum aku masuk kerja lagi la, mangkuk! I did warn you yang this is silly and sicko rite?

Tak ada kerja ke kak mah tu nak monitor setiap orang yang keluar masuk toilet tu? Baik kau buat katil je terus dalam toilet tu untuk kak mah. Tak pon letak CCTV, biar tak berak kencing sume orang. Kan, dah sayang sangat kat kepala paip tu, peluk cium la..

Aku tak paham betullah manusia nie. Kat dunia ni memang la kau kaya, kau la yang lebih, kau la yang mulia. Kat akhirat nanti kita tengok sapa yang kaya, sapa yang miskin. Sapa yang wangi, sapa yang busuk.



Toilet Guard
"Hoi!! kepala paip tu senget ke dah betul?"
 HA..ada baru la senget dengan kau-kau sekali kan..hahaha

Tuesday, March 15, 2011

the second half

Suku masa kedua internship..

I am so...

TIRED

tiredness and boredom is just a state of mind
yeah..whatever!

Saturday, February 26, 2011

A knight in a shining armor


It is a Monday morning and you are standing at the side of the road the quite road. It is 8.15 am and you are most probably will be late to work.

Few  vehicles come and go but none of them fulfill your requirement. None of these fancy, expensive and imported cars that catch your hearts. All of them are of no meaning unless with a taxi sign stuck at the very top of the car. Yup, you need a taxi. Desperately.

Car 1…………..no
Car 2…………..no
Another one …...no
Argh! For God sake, Please! Only one freaking taxi. Your heart cries*

As you begging God for a taxi, you spot that red vehicle with that familiar taxi sign on top, moving ahead towards your side of road. Your heart smiles. You, smile. You wave your hand up and down through the air. Making sure that the driver spots you. It works! The light signal on the right beaming and the taxi drove fast approaching you. Disturbing some resting pageants on the road. Making them fly away.

 Then, the taxi stop in front of you. You are glad because after all, it is already reaching 8.30 am. Right now with the desperation heavy in your heart and mind, everything seems so surreal.

The red Mercedes taxi look like the most strong and tall white horse. Most proud and pure. With its white tail and hair waving softly on its body and you'd began to wonder how such a blissful creature could exist in this almost forgotten village*, Pulai Chondong.

The load roaring sound of the engine that invades the quietness of the village is nothing more than the sound of that great white horse breathing. It draws attentions of some old folks at the street but that sound is nothing more than a music to your ears.

Everything is so extra ordinary!
You need to talk to your savior. The man that holding the sword*it is actually a cigarette* at the driver seat. Looking at you.Oh, so casually. From your eyes, this man is your knight in a shining armour suit. Your are my angel, may savior and everything in between. 

You open the door slightly and carefully. Afraid you might hurt the white horse and bring anger to the knight. After all, he is your hero.
You mean to speak first.
"Oh, gentleman. You are the most kind to stop your white horse for me to ride."
 But nothing comes out from your mouth.
So, he speak first.

" Nak pergi mano, mek?"

"Kota Bharu" You said and put your right feet into the cab, start to enter it*start climbing the horse*

"Ohh, maaf..maaf..Kota Bharu tak pergi..ingat nak pergi Kok Lanas je.."

You pull back your feet and feel very much annoyed. You slam the door hard*old taxi need to be slammed hard or else it will not close* and hope that the car DID fall apart. You  think back and decide that just now was the most ugly taxi driver and the taxi so ancient that can only survive few trips before joining the Junk Club.

You glanced at your watch.Sigh. Right now, you are most definitely late to work.

You walk weakly back to the sidewalk, waiting again for your next knight in a shining armour. Riding a white horse.

Finally, I rode the white horse!! 

Friday, January 14, 2011

Banglow di blog saya

Kalaulah blog aku ni boleh betul-betul bersawang, labah-labah lah yang paling gumbira.

Dah boleh dapat banglow dah sorang satuu..


LeLabah 1: Susah betul la nak ada tempat tinggal yang selesa. Kalau ada pon, asyik diselenggara oleh tuan blogger..kecoh tol. Kejap update sal makan la, sal boyfriend la,sal datuk menikah la...aku tak tenang me"nyawang"

LeLabah 2: Lor..awat tak habaq aku..perumahan aku, "Short but Sweet" ni syok gile me"nyawang"..blogger die malas nak mampus update ape mende pun..kompem!! ..ada satu lot kosang..semi-D..nak?

Labah 1: molek benar lah tu Labiah*nama labah 2*.. Ada lagi dak lot kosang kat sana..aku ada kawan labah nak satu tempat me"nyawang"yang gile hampeh tak update..die kata nak privasi..


Labah 2 : Alrite!! mane kawan labah ko? kite tengok site prumahan tu jap. Kalu suke kita buat pinjaman bank terus..

Labah 1: Sat eh... SPIDEEERRRR!!! ooo...SPIIDERRRR!!...hehe..dah mai dah.kena cakap omputih.

Spider : ??

Labah 1: I've got home for uu........hehe

Spider:

Heeell,yeeaahhh~!


me"nyawang" = perbuatan bersawang. Selalunya diguna pakai oleh labah-labah merujuk kepada membuat tempat tinggal.

TAMMAT

Bottomline: Blog aku dah bersawang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails