Monday, August 10, 2009

He who don’t date his students

Aku amat harap korang takkan rasa bosan dengan penulisan aku yang aku rasa 70% daripadanya berkisar tentang lelaki. Kalaupun korang kisah, aku tak kisah sebab ni belog aku, aku punya suka.

Hujung minggu lepas aku telah berlansungnya kelas Presentation Skills and Critical Thinking aku yang pertama buat sem ini setelah dua kelas sebelumya dibatalkan tanpa sebarang notis. Apa yang aku tahu daripada pembantu instructor aku, instructor itu seorang peguam. Itu sahaja. Abang aku yang nombor 3 merupakan loyer jugak dan pada pengamatan aku, beliau seorang yang berisi tapi fit sebab he is so into football,tiap2 petang main bola. Perutnya kedepan tetapi atas dasar jasa abang kepada adiknya, aku rasa abang aku masih hensem .

Maka,otak lincah dan boleh dipercayai milik aku ini pun membuat assumption yang instructor aku ini adalah:

1.Gelap/hitam( tapi abang aku agak putih,tah macam mana untuk instructor ini, imaginasi aku berkata “hitammm...”)
2.Pendek
3.Gemuk dan perut buncit ke depan
4.Skema dan tidak menyeronokkan
5.Pakai kot kitam dan songkok seperti di mahkamah sebagaimana dipaparkan di kaca
televisyen, ataupun dalam kes2 seperti Abby-Norman-Memey punya kes.
6.Aku takkan jatuh hati punya..

Semua ini berpunca daripada umurnya yang masih rahsia , maka aku agak dalam pertengahan 40-an. Seperti kebanyakkan lecturer.

Tiba hari berkenaan, aku datang lambat ( sebab hantar assignment via email kol 6.30 pagi, n then tido balik, bangun kol 9.43, kelas kol 10..perjalanan ke kelas kena turun tangga batu caves), dengan baju tak bergosok, tak sempat mandi tapi gosok gigi, takut kaviti dan nafas macam hapak.

Aku kuak pintu kelas perlahan..peluh jantan di dahi, baju dah lencun kat belakan dengan peluh dan muka berminyak macam nak m*p*s. Aku mengorak langkah ke kelas.Damn.Dia dah ada dalam kelas. Yea, memang aku tak jatuh hati...just yet. Aku Drop my jaw dulu.OMG!!!

He is soooo my type...mine!mine!mine!

1.Dia berambut kerinting. Come on la people..kerinting,beb. Boleh ke korang tak
jatuh hati kat orang rambut kerinting? Aku tak paham wanita2 sekarang. Rambut
kerinting tu....syarat pertama da lepas.
2.Cool habis, pegi kelas pakai jeans dan baju t-shirt kaler koko.My colour..
3.Speaking gaya sempoi. Straight forward and know what he want. Did not talk
ridiculous.
4.Tinggi dan tidak terlalu kurus.
5.Kerja dengan government, ok la tu..
6.Paling penting, kulit gelap2 sikit dan kelakar2, sinis tapi sikit2 je sinisnya,
7.Pendek kata aku suka..dan usia pertengahan 20-an

Selepas kitorang perkenalkan diri, it’s his turn to tell details about himself. Dalam dia bersoal tentang namanya, tempat tinggal,latar belakang pendidikan, pekerjaan dan bla..bla..bla.., apa yang aku dengar melalui otak geliga aku ialah.”status..status..status...” , Tiba waktu bersoal jawab, jiwa aku menggelepur nak tanya “status..status..status..” tapi diselamatkan oleh seorang student international. Outspoken mereka2 tuh.

Budak international : just for the sake of ladies(tunjuk kea rah kami,the ladies), what is ur status?

Instructor rambut kinting
: I’m pretty much single, but I don’t date my student. It won’t be professional.

Aku bangun sambil bediri dan terus melulu ke arahnya. Semua mata mengekori aku,.. aku pandang tepat pada matanya dan berkata dengan nada penuh passionate and desire “ I don’t give a damn about professional, I want you” sambil jari telunjuk tepat mengena dadanya. Aku tahu Syahirah melopong di tempat duduk dan Anis pandang aku dengan tak berkelip. Aku tak peduli. Aku tarik kolernya semakin rapat padaku dan dia tidak pula menolak,ikut sahaja rentak aku.pandangan kami bersatu. Lantas, tanpa buang masa,aku..........aku, TIPU!!! Hahaha

Situasi sebenar: Aku rasa lega jugak memandangkan untuk satu semesta panjang aku perlu bercakap dihadapannya dan aku agak sure aku akan gagap kalu aku present depan orang aku suka.Sekurang-kurangnya, aku tak gugup pabila buat perbentangan nanti.

Dan aku rasa semesta ini akan berakhir cepat. Tak mahu aku mengambil dia sebagai lecturer lagi. Tidak minat lagi bergelar studentnya. Bukan kerana dia tidak hebat bersyarah ataupun mengajar tapi sebab lain yang aku rasa, aku dan korang semua pun tahu kenapa..hehe..

2 comments:

ma.n.al said...

ahahhahaa..
girl,u have read toooooo much novel and boleh tak aku tolong kaw angkat buku masuk klas kaw this saturday,so that i can see him and tarik collar dia jugak??

^_____________________^

maira humaira said...

aidaaaaaa. hahahha. bodo laaa. xD

i wanna see him!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails