Monday, July 19, 2010

kaitan tapir, dan tapai..oh, dia mek kelantan!

Selalu sangat dah aku dengar orang Kelantan ni asobiah (berpuak2 macam zebra dalam magadasca 2)..muak dah kot.. :p

Selalu jugak aku dengar speculation liar tentang orang Kelantan yang aku kadang2 rasa kelakar dan 'what?!'
contohnya :) :

1. Orang perempuan Kelantan rajin, orang lelaki malass...( sian bapak aku tau~). Rate: kelakar
2. Orang kelantan banyak main ilmu hitam. Rate : what?!

Okeylah..aku tak marah pon..lantak korang la. Satu yang aku tak boleh sangkal ialah bahasa kami ni ada sedikit lainlah daripada bahasa kebangsaan atau bahasa yang kita sentiasa dengar di TV.

Tapi, sama jugak macam tempat2 lain, kami di Kelantan suka makan tapai..lagi tua korang, lagi suka la korang kat tapai.

Tapai kat kelantan ni, orang panggil tape .Bukan 'tape' untuk dengar kaset orang putih tu..haih~ aku rakam suara karang..tapai..tapai..
tengok kiri kanan korang, ada orang kelantan tak? tanya dia..

tapai : tape ( the 'e' is pronouce as if in 'ekor'

Walaupun tapai banyak dijual di Kelantan, kat luar negeri Kelantan pon banyak jugak dijual. So, kalau dah kamu berusia, suka makan tapai, tapi tinggal kat luar Kelantan contohnya Ipoh, kamu boleh lagi meratah tapai diberanda rumah.

Masalahnya sekarang, kalau dah lama dipanggil tape..bila nak convert kepada bahasa melayu standart mulalah masalah. Seperti kisah dibawah:
-------------------------------------------- ^_^ ----------------------------------
Satu petang di pasar, somewhere in Ipoh (If I'm not mistaken). Cik Yah and hubby ronda2 cari makan. Pendek kata, Cik Yah ter'spot' few bunches of tapai di pasar itu. Selalu nya Cik Yah makan TAPE di Kelantan tapi kali ini Cik Yah nak beli dan makan Tape kat Ipoh jugak. Tapi Cik Yah lupa..

Cik Yah : Cik..

Mak Cik: Yea,..nak beli apa?

Cik Yah : Tapir sebungkus ni berapa?

Hubby : (Dengan menyergah dari belakang, menyampuk.Ada unsur suspen disitu) TAPIR NUN, KAT HUTAN~! TAPAI la Yah oi..hahahaha (ok, aku tak reti tiru gelak Ayah zie aku)

Cik Yah: (gigit bibir dan gelak jugak) oh yeah..(tersipu-sipu)

Mak Cik: Tapir...(?!)

Akibatnya kalau tak refresh bahasa selepas holiday di kampung.



+

=


PS: Mok Zah at my hometown Pulai Chondong makes the best tapia one that can value best tapai can have, ever!!

2 comments:

fatihah said...

haha..serius klaka!

Anonymous said...

hahaha.kelakar....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails