Saturday, August 29, 2009

Pinball, Makan dan B*rak.

Tok Yah sedang bermain pinBall di laptopnya.
Cucu Syahman di riba beliau, passionate tentang game itu. 99% jiwanya kuat mengatakan dia lebih handal daripada Tok Yah.Dia umur 6 tahun.

syahman: kanan..kanan! kanan! kiri!!kiri!!

Tok Yah terkial2 kial antara konsentrasi dan Cucu.

Syahman
: Kanan!! Kanan la..awak tak pandai main!!kanan2!!

Tok Yah: kanan belah mana (saja menguji si teruja kerdil itu)

Syahman:( mata tepat di screen,tanpa memandang Tok Yah) Mana-mana awak suka la!!

definasi Cik Da: mana-mana awak suka nak guna mana satu untuk makan atau basuh berak.maafkan bahasa saya.Im a very bad person.

esok2, aku ajar dia buat gaya makan nasi untuk tahu belah kanan.Macam yang makciknya practik sekarang..u r not alone, baby boy

La Tahzan, deary

It breaks my heart to see her, and knowing her at this kind of situation and problem. Ya Allah, tolonglah bagi yang terbaik buatnya dan bahagiakanlah dia. She deserves so much better of life rather than just bitter. Amin.

Magicnya Make-up

Hari minggu ni, bersempena cuti Hari Kemerdekaan, aku lawat kawan aku kat UiTM s.Alam. BUkan apa, dah lama tak bertemu muka. Seingat aku, kali terakhir aku jejak kaki ke kampus diorang pada tahun lepas, juga pada bulan Ramadhan. Kalau tak aku yang gerakkan badan,kiri dan kanan, ikot irama peratau ke tempat diorang, gamaknya terputus gitu je la persahabatannya.Kiranya, akulah Hero dalam enrty hari ini.
( disebabkan reunion buka puasa yang tak jadi tu)

Apa yang aku nampak pada situasi pertukaran atau penghijrahan aku ke UiTM sebentar cuma ini ialah sebagaimana seorang peniaga melihat market baru, aku melihat market teruna yang baru daripada market teruna UIA yang aku agak2 dah ramai yang status 'married' ataupun'its complicated'.Like h**l.

PeRjalanan ke sana aku redah dengan penuh semangat persahabatan dan kesukanan.Perut dan otak dah lama protest perjalan aku ni, Jiwa je yang kental.Aku naik lrt dari stesen Putra ke KL Central, aku tukat naik KTM ke S. Alam, aku tunggu dan naik bas T529 ke syeksen 2,sampai,aku naik bas t603 untuk masuk Uitm,berhenti kat stesen bas mawar,MAsuk kolej mawar, pegi blok 2b, naik tingkat 3,pegi bilik no 15, amik kunci, masuk bilik 16.Tamat.

PETANGNYA

Kawan aku ajak pegi bazar kat seksyen 7.

Memang la sekarang bulan pose tapi jiwa aku masih jiwa remaja.aku bayangkan ramai teruna2 yang berkongsi jiwa remaja dengan aku kat bazar sana.So, aku pakai bedak tebai2..tudung kasi fashion sikit, pakai blusher warna oren kat pipi tembam, lipgloss tak ley pakai.Terlanjur jilat bibir, harus batal pose.

Alkisahnya, kami pergi dengan harapan dan keyakinan setinggi Himalaya, aku hit the road dengan mulut memainkan lagu Lucky from Radiohead.aku dah sedia tukar character jadi seorang yang mature dan berkarisma.Kami pergi cucuk duit dulu.Dompet aku tinggal 2 hinggit dengan kad Ic yang gambar muka buruk tahap gampang.Bukan sume IC camtu ke,manal?

Sampai kat ATM machine,aku dah hit satu jackpot.Tinggi leh tahan,cam pelakon one three hills tu, pakai baju hijo,matching ngan kaler slipper jepunnya. Aku da control habis, berlagak cool. Yakin dengan make-up tebal bakal meraih perhatian si perawan.aku masuk queu depan dia.Dia tengah tunggu rakan gamaknya.HAtiku bicara.

tetiba, dia pandang mata aku..badan tegap menghadap kau.Aku pasti mulutnya ingin berbicara. Make up aku menjadi magicnya hari ini.Tak seperti selalu.

" kak,saya dalam line".garau suaranya
.Sebenarnya, aku tak dengar lagi perkataan selebihnya selepas 'KAK'!!!(gema..gema)
KAK?!! for God sake, people! You just ruin someone's day today!
"ok" aku menjawab laju.Who am i kidding.

In the end, aku pergi ke bazar dengan perasaan bagai dipenyek2 tapi masih penuh maruah seperti biasa.Dan nak penyek sapa2 yang pakai baju hijo hari tu.Dendam semacam.Tah ape2.

next week aku pergi bazar UIA lagi.

Nampaknya, teruna UIA masih boleh menarik nafas lega..

kiri,kanan atau mana2 saja

Wednesday, August 26, 2009

Sumpahan of The Century

Aku malas nak cite panjang pengalaman Sek.Men aku yang aku clarisikasi kan sebagai bercampur baur atau bercampur aduk..Banyaknye gembira ,tapi terpalit jugak pahitnya dimerata-rata.

tapi yang paling aku ingat, sementelah habis SPM, bersama kaki kiri melangkah keluar pintu pagar besar sekolah, sambil melambai galak kat pakguard yang tengah jaga entrance, jiwa aku berkata kuat
" selagi aku tak kurus,aku tak akan jejak kaki kat sekolah ni atau attend mana2 reunion." yakin dan bersatu ayat tu. SEnada,seirama.

Seperti biasa, semangat aku tak la berkobar-kobar mana. Api ciput macam api yang kat mancis je,sekali penyek ngan ibu jari dan jari telunjuk,mampus.
tak sampai 10 minit perjalanan,aku dah lupakan hal tu and very looking forward nak jumpa geng balik..rindu siot..makan,minum,study,ngumpat, 'projek' sama2 dekat 24 bulan..kalu tak rindu gak, memang level frenship ko tahap tak ley buka frienster atau facebook ar..malu kat cicak kat dinding bilik aku dengan gaya akrobatiknya..ok,melalut.

nak dijadikan cerita, Allah lebih mengetahui dan aku rasa aku dah kene sumpahan.
Sumpahan Kalu Tak Kurus Tak Ley g Reunion

Reunion 1
Ada reunion kat sekolah bersempena majlis kecemerlangan SPM budak2 batch aku.Bukan aku, budak2 batch aku la yang dapat. Aku cam biase, kalu tak menepuk tangan,menonton cuma.
sepatut tiba kol 11 pagi, Bas rosak tepi jalan..sampai kol 3 petang.Sampai kat sekolah,suma dah settle dan yang pasti 99.9% khalayak dah balik.Tinggal cikgu 2-3 orang tengah panaskan enjin keta, nak bailk jugak. D**n

Reunion 2
Dah plan ngan kawan ada majlis makan2 kat umah dia dan dia ajak sume budak sekolah.kira ala2 berjumpa kembali.Semua dah on,sehari sebelum hari kejadian,kakak aku ajak pegi KL esoknya(hari kejadiannya). Family comes first no matter what. Da*n

Reunion 3

Yang ni memang tak bley elak. Hari reunion tu hari aku kawin. Memang susah nak percayakan diorang so aku lantakkan lah sahaja diorang tu. memang susah nak cayakan korang, so aku lantakkan jugak korang.

3 hari lepas, kawan aku call..

Faris: da, nanti ada buka puasa kat shah alam..jom turun.Ajak geng ko sama (summery)

Aida: ok.best2.tq faris

Aku da call Bariah and Jian, Sabtu ni kalu jumpe aku budak2 sekolah menengah tu, ada dua kemungkinan je..satu, kuasa sumpahan da berkurang 50% sebab bulan Ramadhan Karim ataupun..dua, aku da kurus..Kite tgk la dulu.Budak faris tu tak de reply pulak ,aku tanya details tempat buka pose.damn

nota kaki :kat arab, kalu orang cakap " Ramadhan Karim" ko balas " AllahuAkram". Macam Ramadhan mulia tetapi Allah lebih mulia. camtu la Ustaz Eliza cakap.Berilmu sungguh beliau.

UPDATE

Hari Sabtu tiba.Semua dah sedia termasuk Bariah dikerah oleh aku untuk meneruskan niat murni aku.perjalanan 2 jam daripada Gombak ke S.Alam menggunakan public transport dirasakan bagai hampeh pabila mendapat msg daripada faris setelah berkali2 aku call tak dapat.Berbunyi

"Tanya Aisyah Mardiah.Event mula esok.Bukan hari ini" sebab sekarang bulan pose, I save the D**n word for later.Ake diet 3 hari tau!dammit!

Yang Menjadikan Kita Hidup : 4

Jiwa yang lemah seperti Microskop yang memperbesar-besarkan hal yang kecil, tetap tidak boleh menerima hal-hal yang besar

-LOrd Chesterfield

When a baby is born, relatives and friends gather around smiling and laughing while the baby cries. At the end of our life, it should be our friends and relatives crying while we are smiling in grave. It should always be a way of living live.
- Lim Yan Chang

Tuesday, August 25, 2009

I got my first real six-string
Bought it at the five-and-dime
Played 'til my fingers bled
It was summer of '69

Me and some guys from school
Had a Band and we tried real hard
Jimmy quit and Jody got married
I shualda known we'd never get far

Oh when I lock back now
That was seemes to last forever
And if I had the choice
Ya - I'd always wanna be there
Those were the best days of my life

(CHORUS)

Ain't no use in complainin'
When you got a job to do
Spent my evenin's down at the drive in
And that's when I met you

Standin on a mama's porch
You told me that you'd wait forever
Oh and when you held my hand
I knew that it was no or never
Those were the best days of my life

(Chorus) Back in Summer of '69

Man we were killin' time
We were young and restless
We needed to unwind
I guess nothin' can last forever, no

And now the times are changin'
Look at everything that's come and gone
Somethimes when I play that old six-string
I think about ya wonder what went wrong

Standin' on a mama's porch
You told me it would last forever
Oh the way you held my hand
I knew that it was now or never
Those were the best days of my life

(Chorus) Back in summer of 69

esok2 turn bryan adams pulak dengar aku nyanyi TROPICAL OF '09 sedekad lagi..

standing on ur Mama`s porch~~
You told me it would last forever~~
yeah!!

Sunday, August 16, 2009

Motivasi seorang Gadis Terpinggir

Kalau aku ingat balik sebab2 aku belajar walaupun untuk SPM dulu, aku rasa keji dan. Kalau aku menang Anugerah Pelajar Bestari Kampung Pulai Chondong pun belum tentu diorang akan kagum dengan jawapan aku jika aku ditanya motivasi aku sewaktu belajar..

Cik penemuramah: Apakah motivasi anda sehingga berjaya mendapat anugerah ini?

Jawapan orang2 bermaruah: dorongan daripada keluarga dan kawan-kawan. Guru-guru turut memainkan peranan bla..bla..bla..

Jawapan Aidayati Che Ya : motivasi saya ialah perhatian dan...
(sigh*) malu saya nak terus terang..

ceritanya macam ni..Setelah berpindah ke sekolah menengah di Terengganu, saya telah menceburi banyak bidang mainan dan bukan pelajaran mahupun ilmiah. Maka hasilnya, saya menjadi bengap dan markah saya yang secukup makan,ada la 2,3 subjek.Yang lain tak cukup makan. Saya selesa dan tak sedar diri yang itu ,saya pasti. Tetapi saya tetap selesa menjadi antara yang slow dalam pelajaran asalkan saya bahagia.kata hati (bukan otak) saya.

Namun, tidak lama kemudian, saya tak bahagia.bak kata orang ' langit tak selau cerah'.Di dalam kelas,saya diampit oleh seorang budak lelaki yang boleh tahan dan pandai(dihadapan) dan seorang budak perempuan yang pandai..

Agaknye dah give up kalu tanya soal, jawapan saya.." tak tahu la..(kelip-kelip mata)" , beliau mengambil anisiatif sendiri. Dia tanya budak pompuan belakang saya. Seperti yang dijangka, budak tu boleh jawab dengan betul dan full marks lagi..dah budak tu top student, ko nak banding ngan aku yang markah nyawa2 ikan..memang tak masuk akai, beb..

Sekali ,dua diketepikan, orait lagi..dah masuk 6 bulan, kalu ada soalan @ kerja rumah..main tanye je budak tu..tak pandang pon saya..terase hati berulam jantung jugak gua..mentang2 saya bengap..bengap sikit je..( the next year, saya masuk kelas last skali dalam form 5)..



Menjelang akhir form 4, disaat saya layan blues(muhasabah diri) di atas katil bercadar pink, berbantal kekabu dari kampung Pulai Chondong, saya buat kesimpulan.."saya perlu belajar demi maruah dan perhatian yang bakal aku terima ( daripada boys :P)....dan ibubapa(slow je volumenye)" sambil mata bersinar-sinar memandang ke arah masa depan yang cerah bak suria pagi.begitulah ceritanya, cik penemuramah.

cik penemuramah: .....



nota kaki: gila susah nak lukis kat Paint tanpa tetikus..rasa nak shout kat sape2 yang lalu-lalang

Wednesday, August 12, 2009

Yang Menjadikan Kita Hidup :3

If you cant pleased people, at least make yourself pleased without hurting them..

PS: mmg aku emo sikit dua, tiga hari ni..ada la incident sikit...adakah fikiran dan perasaan aku semata ataupun sememangnya begitu?

Allah je tahu, yang aku tahu aku emo sekarang dan aku tak suka aku emo.

Monday, August 10, 2009

Yang Menjadikan Kita Hidup : 2

I dedicate this one to my SESTER frends..Memang la koman and cliche` bt always true

" Freinds come and gone but good buddies stay :) "
aku da ubah sikit2 supaya ses-wai dengan stail aku..hoho

He who don’t date his students

Aku amat harap korang takkan rasa bosan dengan penulisan aku yang aku rasa 70% daripadanya berkisar tentang lelaki. Kalaupun korang kisah, aku tak kisah sebab ni belog aku, aku punya suka.

Hujung minggu lepas aku telah berlansungnya kelas Presentation Skills and Critical Thinking aku yang pertama buat sem ini setelah dua kelas sebelumya dibatalkan tanpa sebarang notis. Apa yang aku tahu daripada pembantu instructor aku, instructor itu seorang peguam. Itu sahaja. Abang aku yang nombor 3 merupakan loyer jugak dan pada pengamatan aku, beliau seorang yang berisi tapi fit sebab he is so into football,tiap2 petang main bola. Perutnya kedepan tetapi atas dasar jasa abang kepada adiknya, aku rasa abang aku masih hensem .

Maka,otak lincah dan boleh dipercayai milik aku ini pun membuat assumption yang instructor aku ini adalah:

1.Gelap/hitam( tapi abang aku agak putih,tah macam mana untuk instructor ini, imaginasi aku berkata “hitammm...”)
2.Pendek
3.Gemuk dan perut buncit ke depan
4.Skema dan tidak menyeronokkan
5.Pakai kot kitam dan songkok seperti di mahkamah sebagaimana dipaparkan di kaca
televisyen, ataupun dalam kes2 seperti Abby-Norman-Memey punya kes.
6.Aku takkan jatuh hati punya..

Semua ini berpunca daripada umurnya yang masih rahsia , maka aku agak dalam pertengahan 40-an. Seperti kebanyakkan lecturer.

Tiba hari berkenaan, aku datang lambat ( sebab hantar assignment via email kol 6.30 pagi, n then tido balik, bangun kol 9.43, kelas kol 10..perjalanan ke kelas kena turun tangga batu caves), dengan baju tak bergosok, tak sempat mandi tapi gosok gigi, takut kaviti dan nafas macam hapak.

Aku kuak pintu kelas perlahan..peluh jantan di dahi, baju dah lencun kat belakan dengan peluh dan muka berminyak macam nak m*p*s. Aku mengorak langkah ke kelas.Damn.Dia dah ada dalam kelas. Yea, memang aku tak jatuh hati...just yet. Aku Drop my jaw dulu.OMG!!!

He is soooo my type...mine!mine!mine!

1.Dia berambut kerinting. Come on la people..kerinting,beb. Boleh ke korang tak
jatuh hati kat orang rambut kerinting? Aku tak paham wanita2 sekarang. Rambut
kerinting tu....syarat pertama da lepas.
2.Cool habis, pegi kelas pakai jeans dan baju t-shirt kaler koko.My colour..
3.Speaking gaya sempoi. Straight forward and know what he want. Did not talk
ridiculous.
4.Tinggi dan tidak terlalu kurus.
5.Kerja dengan government, ok la tu..
6.Paling penting, kulit gelap2 sikit dan kelakar2, sinis tapi sikit2 je sinisnya,
7.Pendek kata aku suka..dan usia pertengahan 20-an

Selepas kitorang perkenalkan diri, it’s his turn to tell details about himself. Dalam dia bersoal tentang namanya, tempat tinggal,latar belakang pendidikan, pekerjaan dan bla..bla..bla.., apa yang aku dengar melalui otak geliga aku ialah.”status..status..status...” , Tiba waktu bersoal jawab, jiwa aku menggelepur nak tanya “status..status..status..” tapi diselamatkan oleh seorang student international. Outspoken mereka2 tuh.

Budak international : just for the sake of ladies(tunjuk kea rah kami,the ladies), what is ur status?

Instructor rambut kinting
: I’m pretty much single, but I don’t date my student. It won’t be professional.

Aku bangun sambil bediri dan terus melulu ke arahnya. Semua mata mengekori aku,.. aku pandang tepat pada matanya dan berkata dengan nada penuh passionate and desire “ I don’t give a damn about professional, I want you” sambil jari telunjuk tepat mengena dadanya. Aku tahu Syahirah melopong di tempat duduk dan Anis pandang aku dengan tak berkelip. Aku tak peduli. Aku tarik kolernya semakin rapat padaku dan dia tidak pula menolak,ikut sahaja rentak aku.pandangan kami bersatu. Lantas, tanpa buang masa,aku..........aku, TIPU!!! Hahaha

Situasi sebenar: Aku rasa lega jugak memandangkan untuk satu semesta panjang aku perlu bercakap dihadapannya dan aku agak sure aku akan gagap kalu aku present depan orang aku suka.Sekurang-kurangnya, aku tak gugup pabila buat perbentangan nanti.

Dan aku rasa semesta ini akan berakhir cepat. Tak mahu aku mengambil dia sebagai lecturer lagi. Tidak minat lagi bergelar studentnya. Bukan kerana dia tidak hebat bersyarah ataupun mengajar tapi sebab lain yang aku rasa, aku dan korang semua pun tahu kenapa..hehe..

Wednesday, August 5, 2009

Harga sebuah Paru-paru Lama Ialah Seringgit

Dan kerana taknak menjadi antara student UIA yang menyalahkan universitinya tidak mengambil langkah UiTM, aku mengambil anasiatif sendiri and the result is....TADAAA!




Siapa-siapa sahaja yang menegur aku sebagai mak cik cleaner mahupun cik misi mahupun pambantu makmal, aku dengan coolnya akan menjawab “ ko tak sayang nyawa dan peparu ko, itu ko punya pasal”. Aku sayang peparu dan hidup aku kerana kesihatan dan mampu bersukan adalah nikmat.

Prevention always better than cure.

Somehow, setelah menghabiskan se-hinggit untuk satu topeng yang bakal membuatkan orang mistaken aku for a Medical Assistant atau Cik Misi Aida, aku dapati topeng ini banyak manfaatnya.

Korang perlu berfikiran luas dan merapu macam aku dan hasilnya...Kelebilan Bertopeng!

1. Memandangkan masalah jelebu sekarang dah kronik, topeng ini ada potensi mengelakkan peparu ko mengalami nasib yang sama.

2. Tak kira seburuk/gampang mana muka ko, ko masih berdiri di muka bumi dengan keyakinan yang setinggi gunung.Seperti ini..



3. Ko hanya perlukan 15 minit untuk bersiap ke kelas, kerana make-up tidak lagi diperlukan

4. Bagi orang-orang yang apabila dia makan makanan pedas, air hingus akan keluar dan somehow, wujud bendasing putih (mucus) di corong hidong korang, korang tak perlu risau sebab orang tak nampak, kecuali banyak sangat sampai lencun topeng tu..lebey tu,dey~.Kalaupun korang sedar, korang boleh lap je ngan topeng tu...Akhirnya,ramai gadis2 menarik nafas lega dengan penyelesaian aku ni..korang dah boleh makan pedas mase dating.Hebatkan topeng ni..Yeah...

5. (ini untuk orang dah kahwin sahaja) Kalau korang kissing lebey2 ke ngan pasangan korang pada malamnya, esok hari korang masih maintain ke kuliah mahupun ke tempat kerja.Terima kasih kepada otak ini, kita tak boleh lihat orang da kahwin pakai topeng dengan fikiran dan pandangan jernih lagi..hoho

6. Untuk bulan puasa, perempuan2 yang uzur ( mana2 Jejaka Kurang Kacak (JKK), jangan cuba2 implement cara ini dan menjadi Jejaka Kurang Akhlak (JKA) pula), boleh makan di dalam kelas kalu mengantuk, n then pura2 berbicang dengan kawan.aku sarankan bawaklah banyak2 sikit stok coklat,kasi kat kawan2 uzur yang lain. Bulan Ramadhan, bulan bersedekah.Plastik pembalut jangan buang merata, potensi menjadi evidence kalu kene tangkap. Walaupun korang tak bersalah,buruk jugak lakunye makan dikhalayak pada bulan pose.

7. Kalu korang banyak musuh atau banyak hutang, dengan pemakaian baju berbeza daripada hari-hari lain, dan suara yang sengau daripada biasa..korang boleh jalan2 di ruang legar dan lapang dengan aman.Berjalan, bukan berlari atau berjalan sambil nyorok.

8. Yang ini highlightnya, kalu korang ada kawan bau mulut macam bangkai, hadiahkan satu topeng kepadanya. Katakan saja kamu ikhlas, InsyaAllah, lepas2 ni dia berus gigi dan kumurlah dengan Listerine tu.. kalau tak jugak ko terus terang je la kat dia. Tu tak makan kiasan dah tu. Semenjak pakai topeng tu, aku sendiri rasa nak mintak maaf bebanyak ngan geng2 aku,lama korang derita yea.. esok2 aku beli Listerine Cool Mint, ANTISEPTIC MOUTHWASH.Good for killing germs that cause bad breath, plaque and gums problems.Hidu bau nafas sendiri boleh kire sebagai muhasabah diri tak? busuk rupanya mulut ak..

Monday, August 3, 2009

Yang membuatkan Kita Hidup: 1

Andaikata jatuh, berpautlah pada dahan yang kuat, tidak pada ranting yang rapuh


-Ustaz Zawawi

Sunday, August 2, 2009

Aku Tidak Miliki Lelaki ini

“ Bagai perigi mencari timba” merupakn perumpaan yang sangat kerap aku gunakan dalam hal soal bercinta-cintun. Seingat aku, sepanjang ranjau perjalan aku sebagai Hamba Allah dimuka bumi ni, tak pernah walau sekalipun kaum Adam yang memulakan perkenalan kearah ‘itu’.Mungkin disebabkan suratan,takdir ataupun aku yang sememangnya berani (tak reti malu) dalam hal2 hati ni.

.Seperti dara-dara bujang lain, aku memang banyak crushes.Tambah pula,sepanjang hayat aku tinggal di hostel, keadaan nak-boyfriend-tapi-tak-dapat melahirkan paling kurang 10 crushes. Yea,paling kurang 10 dan Yea, aku memang tak ada kerja waktu tu.
Memandangkan hari ini hari Jumaat, tiba-tiba hal crush(lelaki yang amat diminati) tidak lagi dalam katogari Personal. Mungkin juga sebab aku tak pernah serius dengan any of them. Bukan tak nak, tapi seperti yang aku cakap, mereka adalah golongan yang tak dapat aku miliki sebagai boyfriend .So, title diorang samada crush atau ex-crush sahaja. Elevator ke tahap boyfriend belum lagi aku bina. Tak berkesempatan, kalau kita fikir secara positivenya. Cakap pasal ex-crush pula, somehow it is very hard for me to get rid of the crush feeling. Dan aku end up suka kat The Crush for many-many years.Pathetic you might say but, whatever.

Jom kita menyingkap denau Crushes of Siti Aidayati binti Che Ya sepanjang perjuangannya dalam dimensi cinta yang beliau tak kisah sangat pun sebenarnya..

1) NA*M

Jarak Masa: Antara darjah lima hingga tingkatan 3
Lokasi :bermula dirumah. Pada hari raya ke-2 dirumah terbuka. Dia memiliki rambut
Kerinting yang kali pertamanya aku perasan pada waktu itu.Di meja makan.
Sebab suka: dia baik dan dia ada rambut kerinting yang cool.Even sampai sekarang.
Sebab tak Berjaya: Aku tak pernah cuba sebab anggap dia macam abang sahaja akhirnya. Dan dia masih memiliki rambut kerinting.Lagipun kami kezen jarak dekat.Abang sulung dia memang hot habis wa cakap lu.Tak tipu punya.Tapi abang sulungnya tak berambut kerinting.

2) MOHS*N

Jarak masa: tingkatan empat sehingga.....
Lokasi: Dalam dewan perhimpunan aku dah notis dia. Tambah pula kami sama-sama
Menyertai drama pementasan. Basically, kat sekolah la..
Sebab suka: Muka dia seperti Ariel Peter Pen, at least pada mata aku. Waktu itu,
lagu- lagu daripada seberang menjadi kegilaan ramai.Walaupun aku
tak layan sangat, ada juga effect pada aku akhirnya.Syabas Peter
Pen.Pada aku dia baik dan sweet. Gila bermulut manis. Among the reason
the feeling stays still.
Sebab tak bejaya:Dia suka best friend aku dan aku rasa dia boleh dapat je mana2 awek
(yang tak kisah soal ketinggian.hahaha).Kawan baik aku sangat
cantik dan feminine.Aku adalah antara orang yang pertama dia bagi
tahu dan aku tolong sampaikan kat kawan baik aku tu.Kawan baik aku
biliknya sebelah sahaja dengan bilik aku. Mereka couple
tak lama kemudiannya . Love is about letting go,kan ? (sudut
positivenya).Dah dia tanak kat aku, (sudut negativenya). KOrang
pilih la sendiri.

3) ACHEM*D

Jarak :tingkatan lima sahaja
Lokasi : di padang sekolah kot.
SEbab suka : dia berkulit gelap dan nampak macam penjahat. Amat
gangster dan cool pada pengamatan aku.Merupakan lelaki
paling tinggi di sekolah dan berjalan ala model
(kakinya yang panjang membantu).
Sebab tak Berjaya: dia terlalu gangster yang aku takut nak tegur. Kalau dia hambur
aku camne? Dahla maruah aku sememangnya tinggal sekeping
je..takut benar aku dilempengnya jika buat silap sekiranya aku
menjadi girlfriend dia kelak.Aku batalkan niat.

4) SY*D

Jarak masa: semasa masuk matrik sehingga keluar matrik (setahun setengah)
Lokasi :Dalam satu dewan. Dia tengah setting computer untuk kegunaan lecturer bagi
programme orientasi.
Sebab suka: Mukanya seperti Hans Isaac.
Sebab tak Berjaya : Aku buka friendsternya dan kakaknya mengucapkan tahniah atas
kejayaan beliau mendapat girlfriend dan tak sabar nak dapat adik
ipar.Dia reply dengan ceria.Dan aku pantang kacau line orang.
Bukan apa, wat u give u getbback. Esok2, sapa kacau line aku, aku
sepak je kat muka.Serius.


5) AM*N
Jarak masa : Tahun pertama, semesta kedua sehingga sekarang(kot)
Lokasi: Dirumah Silat Cekak Hanafi.
Sebab Suka: Yang ni aku pon tak leh diagnosis sebab aku suka dia. Dah jenuih aku
piker tetapi belum temuin jawaban. Yang aku pasti, ianya crush at a
first sight. Dia pakai baju pagoda dan berkain pelikat pada waktu
itu..sungguh authentic dan aku sukakannya.Cool hair.
Sebab tak bejaya : Dia tak reply messages aku. Macam mana aku nak teruskan usaha aku
kalau dia tak balas msg aku. Walaupun aku ini perigi mencari
timba, aku boleh baca sign2 begitu. And i learn my vow. No harm
made sebab aku boleh cari crush2 yang lain.Aku memang tak ada
kerja.


Kepada crushes aku yang terbaca post ni, sila jangan freak out atau benci aku. Kitakan dah adult. Biarkanlah aku dengan crush2nya. Thanks for adding some spice to the boring and hopeless chapter of my life 
BTW, aku enjoy my life alot, tak ada la pathetic sgt yang macam dalam telahan korang tu :P
XOXO <3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails