Saturday, April 23, 2011

Berbaloi-baloi! : Jambu ke Jozan? ke Jambu?? Jozan la..Jozan..

Ok, sila jangan panic. Walaupun brutalsolo cakap aku punya omputih tahap makam tinggi, aku tetap akan tulih dalam bahasa melayu. Kenapa? kerana...kerana yea...

Kerana i dont " feels stupid when I speak in Malay"..Okeh, tu dia.Dah selak buku lama.

Disini dengan rasminye aku menyatakan, walaupon sesaat saje lagi selepas baca ayat dibawah, korang akan memandang rendah pada aku walaupun obviously aku lagi tinggi dari korang wahima korang pakai kasut tinggi sekalipun, dan korang mungkin akan tutup page aku terus, aku perlu jugak menyatakan kebenaran ini. Ianya..*drum roll please...* ..bahawasanya aku...aku....AKU!!!

AKU PEMINAT MAHARAJA LAWAK, JOZAN DAN JAMBU!!!!

THERE!! i've said it. Memang betul la kata Justin Beiber dan anak Will Smith..Never say Never..Aku dulu yang penah kata "Raja Lawak ialah cerita bodoh dan aku tak akan tengok. Mencemar kredibility aku sebagai pakar tengok Tv!", sekarang elok  tertunggu2 hari Jumaat jam 10 malam depan tv. Hah, sapa yang jilat ludah sendiri sekarang ni, Aida..? Hak tuih! Gile tak ayu gadis meludah. >.

Korang nak kutuk aku? ok..takpe2 takpe..kutuk je..aku tak kesah pon..korang cakap depan laptop bukan aku dengar pun. Tak de la aku ni saikik sangat boleh telepati dengan komputer. Gile technology sazzy bomoh kalu camtu. Dan kalau korang komen lebey3, aku delete je.. Aku ni simple je..Dah belog gua kan..Suke hati..........ha, korang sambung sendiri.

Tapi kalau boleh dapat orang yang sama2 suka, sama2 "yang penting kita enjoy!", perrgghh..laaagi aku suke!
Senang je nak suke rajalawak ni..korang kene tengok. Korang nak tengok, lagi senang.Aku dah sediakan kat bawah. Tunggu korang kelik "Play"..Aku dah sediakan hidangan, tunggu korang makan je..NGAP! terus.. Bukan ape, bende elok, tak elok makan sorang. Lawak2 ni, kalau ramai baru meriah.

Moh la santap..



Dan duet ni. Kalau korang tak kenal, tak payah dok Malaysia lah. Tak payah susah2 langggan Astro. Astro pun tanak langgan korang..




Amacam? Nak masuk geng?..aku dah agak dah...

Notakaki: Frust bila tak dapat tengok Astro Warna yang baru langgan smalam. Man U lawan..pastu Liverpool la pulak..Takkan la kita nak lawan channel dengan orang yang taja kita Astro..kan? haih..(T____T')  

4 comments:

medi said...

minggu ni jambu best. jozan kurang sikit la

budakoreo said...

jozang!

aida cy said...

medi. what the hek? i lap jozan..yea farah, zizan orang ganung..orang pantai timur gok..he.he

medi said...

minggu lepas lagi ok la jozang. tp minggu ni dia wat konsep lain sket.
bukannye x bgs..

minggu depan jozang the best la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails