Saturday, July 11, 2009

A Little too late

Bismillahirahmanirrahim.

Aku tahu dalam dunia ni, banyak perkara yang kita nak faham tapi memang tidak ada penjelasan untuk itu.Itu aku tak kisah.Contohnya hal2 bende ghaib, memang tak boleh soal.Kang jadi dosa pulak dah berkewajipan percaya tanpa banyak soal.'soal cakap boleh bohong,soal rasa tak bole bohong'kan?

Hari Ahad lepas, aku tumpang tidur kat umah kakak aku yang sorang ni. Beliau seorang doktor, maka beliau tegas dengan hampir semua orang especially aku. Resepi kejayaan katanya.So, memang wajar la aku takut-takut kucing dengan dia.Ok,paginya setelah bekfas, kami menaiki Myvi putihnya dan hit the road to Pulai Chondong.Aku senyap je sepanjang jalan.Layan bleus..Modal nak cakap tak banyak.Kelompok kawan kami berbeza.Bukan salah aku.Tapi aku sayang la dia.Jangan suka2 je nak judge eh..

sunyi je waktu tu.Aku behave cam biasa.Duduk pun kepit je.Sopan.

"makan tadi pinggan,mangkuk basuh tak?". pendek dan lancar je ayat tu keluar dari mulut dia.

Buat pengetahuan semua,dah lebih 20 minit kami meninggalkan perkarangan rumah sewa akak aku dan baru sekarang dia buat check list.

"dah" pendek je aku jawab sambil otak aku terbayang pinggan mangkuk kat sinki yang masih ada saki baki nasi dingin.Aku ada pilihan ke? Menipu adalah satu2nya option yang aku ada.Jauh disudut hati aku harap sangat housemate dia tolong basuhkan pinngan sebelum dia balik sana keesokkan harinya.Amin.

***

Hari minggu biasanya mak aku akan ke Kota Bharu.Dan menjadi kebiasaanya aku akan 'follow you' mak aku. This time lain sikit ceritanya kerana aku ada janji temu dengan kawan.Mak aku tak halang cuma dia pergi dulu ke sana.Aku dah cakap dalam kol 11.30 aku akan bertolak.Pukul 11 mak aku keluar.Kami bawa haluan masing2 hari itu.

pukul 11.30 pagi, aku tahan teksi dan terus ke destinasi.Jumpa kawan,borak bergembira,shopping..

pukul 12.30 tghari,tetiba telefon berbunyi ring..ring..ring

nama di sreen :Mummy
Aku angkat "Hello,Assalamualaikum ma.Bakpo ma (kenapa ma)?

mak aku balas "tak ada apa2. Adik, tadi keluar rumah kunci pintu tak?"

"dah" aku balas laju.Aku memang tak fikir panjang dah kalau soalan macam tu.

"ok.bye" mak aku girang dan lega.

"bye" slow aku jawab.Tangan aku tekan punat kiri warna hijau pada hanset dengan hati bergema "tawakkal tualallah" kuat dalam hati.


why oh why people..why..!! ada apa2 perubahan ke aku boleh buat kalau tanye dikala itu.Dah terlambat semuanya.Tanya banyak tak guna dah~ Tolong la kesian kat orang2 yang tak mampu berkata 'tidak' macam aku ni. Buat la checklist tu awal skit. Masa itu emas,beb.

Tolong jangan pandang remeh hal aku utarakan ni.Jangan ingat ini luahan emosi tanpa pengisian.Cuba bayangkan kalau big boss korang tugaskan korang uruskan satu project jutaan ringgit.Siap semua benda, beberapa saat sebelum majlis pelancaran baru dia buat checklist done/undone stuffs dengan kamu. Buka kes aniaya ke tu? Memang tak logic sikit tapi ada rasionalnya kan?

notakakitangan
: Cerekarama malam ni sangat crap sampai aku rasa nak saman je TV3. Dengan Astro2 skali.Dok ulang cerita sama.Tu pasal sekarang dah tak ada iklan Astro MAX.hampeh

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails