Wednesday, July 8, 2009

ma aku hilang barang LAGI

Pagi ini mak aku pulang daripada rumah kawannya dengan muka menggelabah.
sampai dimuka pintu, sliding door ditolak kasar, langsir ditepis ligat..
Kaki tuanya melangkah laju ke'opis' kecil beliau dipenjuru kecil sebelah kanan, berbelakangkan tv,diruang menonton tv sekeluarga.

Tak sempat duduk, tangan beliau ligat membelek2 barang yang ada.Berselerak.Sekali pandang memang sukar nak percaya lokasi tu merupakan opis mak aku.sacred semacam..
jangan harap la nak suka2 main batu seremban kat situ.maunye kene sekeh kepala.

mak aku memandang aku,aku pandang dia balik.

"adik ada nampak file ma?" ada elemen suspen disitu.

"tak" pendek je aku jawab.
Bukan aku tak peduli tapi memang aku tak terjumpa mahupun ternampak file biru yang mengandungi dokumen2 penting mak aku dengan tokey barang kemasnya,Kembang Jaya.Mak aku claim file tu nyawa.So, aku rasa ia penting.Aku rasa la.

Well,well.Aku dah agak dah.Tiada yang baru dengan tindak tanduk mak aku ni.Mak dan abah memang sinonim dengan situasi Hilang Barang.Berbanding dengan mak, ayah aku punya kes lagi parah la.Almost setiap kali nak hidupkan enjin kereta, satu rumah kena cari kunci kereta.Dalam sehari paling kurang 3 kali hidupkan engine kereta.Bayangkan kalau hari2.Pasal kunci motor lain hal pulak.Tu tak buka kisah mencari spek mata abah pula.Pendek kata kat rumah aku, acara treasure hunt dah common sangat.Macam makan nasik je.Long John Silver dan Jack Sparrow pun salute lah.Kat parents aku la.

Disebabkan ayah aku selalu sangat hilang properties, mak aku memang kerap bebel hal yang sama kat abah.Pada waktu2 lapang, mak ngumpat pulak sal abah dengan ak.Aku tolak,tapi kadang2 best jugak dengar cerita.Ada ketika pedas jugak bebelan mak aku kat abah.Bukan isu barang misplace je,pasal baju,burung peliharaan,ayam,durian dan macam2 lagi.aku kesian kat abah tapi bebelan mak aku membina.Aku rasa la.

Paling best,mak aku tahu kenapa dia boleh hilang barang.

" abah mana? panggil abah kejap." mak berkata

Abah aku tiba dengan baju pagoda, berkain pelikat.

Mak lihat abah.Mak berkata " Abah marah kat ma ke?"

Abah aku puzzled. Kenapa pula dengan isteriku?

"tak.kenapa?"

Malu aku nak tulis dialog diorg.Geli pun ada.Pendek cerita, mak aku mintak maaf ngan abah aku kalau dia ada terkasar bahasa,yang aku rasa memang ada.Yeala,mana tahu balasan Allah terhaddap ketelanjuran kata mak aku terhadap abah datang dalam rupa kehilangan file Kembang Jaya.

Abah senyum dam menggeleng kepala laju.
Kiri,kanan,kiri dan kanan balik.Isyarat bisu dia tak marahkan mak aku.

" kan awak letak dalam kereta hari tu" abah jawab slamber.Rasa cool pulak mak aku boleh fikir sejauh itu.Tak la jauh sangat aku rasa sebab syurga Isteri pada Suami,kan? Aku rasa la..

Mak aku laju ke kereta.

notakakitangan: ada satu blog membahasakan mak dan ayah dengan penggunaan nama.Contohnya ' Cik Rahmah(mak beliau) pergi ke pasar tadi'. Mula2 aku rasa cool..tapi kalau aku bahasakan mak dan abah aku dengan Che ya dan Siti,then keluarga aku baca, aku tak rasa cool lagi.Almaklumlah,keluarga kampung,memang la tradisional.Mahunye disinherit-nye aku.Aku batalkan aja niat aku tu.Antara faktor blog aku kurang menarik dan kurang follower.Tak cukup dirty.Panjang la pulak nota kaki ni.boleh buat satu entri baru.Cess..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails