Monday, March 15, 2010

mak cik cleaner itu salah faham sudey T_T'

block D Sumayyah ( kolej kediaman saja, bukan 'rumahku,shorgaku') mengadakan tayangan pacak cerita 'UP' dan BBQ pada malam jumaat lepas.

Kami kena saman esoknya sebab buat bakar ayam kat tempat yang tak dibenarkan. Since rebellious is in our blood and keep pounding. Been pumping since jr. highschool. setakat langgar peraturan bakar ayam bukanlah hal yang nak digembar-gemburkan disini.

highlightnya disini..
semasa aku sedang kalut basuh ayam dalam 9 ekor kat singki untuk dibakar pada malam itu, aku terserempak dengan seorang makcik cleaner. MAcam biase, aku..mesraaaa..

Aida: Salam mak cik..sapu sampah?

Makcik : tak lah..tgh main rugby.tak nampak?! OK. aku melawak..dia takkan reply camtu punya..makcik2 cleaner ni best2, dan aku tak puji diorang sebab diorang ada anak lelaki ensem dan tepati citerasa kat Indonesia nun, aku ikhlas..
Dia reply " haah,dik..ni apa nih? basuh2 ayam? untuk apa?" lebih kurang la dailog dia

Aida : Oh..ni nak bakar2 ayam sikit..dah habis belajar ssse... ( aku nak sambung sem ni) tapi dia potong ayat aku baaiiikk punyaaa..)

Makcik : dah habis belajar?! ALHAMDULILLAH!! ( tangan angkat ke langit dan lepas tu pegang kat bahu aku..mate die,puhh!!jernih menusuk kalbu).Then makcik tu blah je dengan senyuman yang juga, menusuk kalbu.

Aida : haha..yea..(senyum separa mati dan terkulat2 sebab kena tinggal in the middle of conversation)

macam mana aku nak cakap kat makcik tu yang bahawasanya aku habis belajar sem ni je..aku ada lagi 2 tahun nak menagih khidmat makcik tu seumpamanya, kadang2 susun selipar depan bilik aku,angkat baju aku yang jatuh dari ampaian dan sebagainya.. muak dah ke makcik tu nengok muka aku..

yang dia potong ayat aku kanapa?

bayangkan kalau orang nak minang anak dia n dia potong cakap jejaka kurang kacak tu kat " saya datang nak meminang mak cik puu." dan terus terima pinangan mamat tu tanpa sedari ayat penuhnya " saya datang nak meminang mak cik punya anak yang cun tu"..
naya wei~ cian mamat tu dapat calon bini muka nak sama, tambah kedut dengan umo je..aku tak ada masalah. im not agains Ashton Kutcher dan Demi Moore.

mak aku suruh aku betulkan kefahaman mak cik tu yang aku akan ada disini 2 tahun lagi. Aku malas nak musnahkan fantasi makcik tu..lantak la..boleh pulak mak aku side dengan makcik tu..haaiihh..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails