Saturday, August 21, 2010

Ingin Memikat Kekasih Idaman Anda?

Hari ini, selepas Subuh Aida tak tidur. Hari ini Aida buka Email kerana beliau bosan. Kebiasaannya, waktu pagi dan hening membuatkan Aida lonely. Lonely.

Pun begitu, semasa Aida meneliti senarai kemasukan kotak emailnya, dia ter'spot' satu tajuk yang menepati jiwa lonely-nya pada pagi yang hening itu.

Email yang berbunyi : Fwd: Ingin Memikat Kekasih Idaman Anda?

Aida jawab "ya" dalam hati. Aida buka emailnya.

Buka.
Baca.

---------- Forwarded message ----------
From: x.pherox.phero
Date: 2010/8/16
Subject: Fwd: Inign Memikat Kekasih Idaman Anda?
To:


---------- Forwarded message ----------
From: Phero X
Date: 2010/8/13
Subject: Inign Memikat?
To:


Hormon Pemikat Wanita

Saintis Rusia telah berjaya menghasilkan hormon yang dapat memikat wanita
Hormon tersebut telah dibotolkan di dalam sejenis pewangi berjenama Phero-X

Kelebihan pewangi berhormon ini adalah,

1. Hormon tersebut dapat membuatkan wanita jadi tenteram dan aman.
2. Psikologi wanita yang terlalu stress dapat dikurangkan.
3. Wanita akan terpikat kepada lelaki yang menggunakannya seperti magnet.


Sila klik link google di bawah untuk maklumat lanjut!
http://www.google.com/#hl=en&q=hormon+pemikat+wanita&start=0&

Hormon Pemikat Lelaki
Jika anda wanita dan ingin menggoda lelaki, sila gunakan Hormon Pemikat Lelaki Mystique Swiss

Sila klik link google di bawah untuk maklumat lanjut!
http://www.google.com/#hl=en&safe=off&q=hormon+pemikat+lelaki+mystique+swiss&

Tambahan:
Gel Untuk Tahan Lama Ketika Seks...
Search "Libido Gel"

Agak kurang ajaran ini punya email bagi Aida. Sungguh dia lonely pagi2. Tidur lagi bagus.

Tapi nak juga Aida tahu isi kandungan email itu kalau bukan berkenaan ubat guna2 daripada SaintisRusia yang berkaitan dengan hormon, agak2nya bagaimana ya?

susah nak memikat kekasih idaman anda.. Setakat buka email, Aida rasa tak padan. Kan?

Tidurlah,da..

Wednesday, August 18, 2010

Kalau bukan mengorat, apa lagi?

Zuriyati merengus kuat sebelum menghempas badan diatas kerusi. Duduk dekat bersebelahan Gina, Farah dan Jay. Mereka semua satu geng. Dompet pun dibiarkan menghentak laju di atas meja kantin. Menghasilkan bunyi kuat lantas menarik perhatian beberapa pasang mata yang peka. Masam mencuka mukanya.

Farah: Kenapa kau ni? Hempas sana, hempas sini. Buang tebiat ke apa?

Zuriyati: huh! Menyampah betul la aku dengan abang jual air tu. Dah keje jual air, jual air je. Gatal nak mampos!

Gina angkat kepala. Aha! gossip!

Gina: Apadia? Apadia wei! Dia ‘ayat’ kau eh? Pegang-pegang? Cubit-cubit? Ke dia mintak nonbor? Cute apa abang tu.

Zuriyati: Mana ada. Tapi dia punya loyar buruk tu menyampah la aku. Orang serius dia main-main.

Gina: Cerita la betul-betul. Sekat-sekat, separuh-separuh. Bosan la aku.

Zuriyati: Tadi, abang tu la. Aku nak beli Milo yang kat dalam jag tu. Aku tanya la, “ Air milo satu ni berapa ringgit?”. Dah tu boleh pulak dia main-main cakap “dik, ni bukan air Milo la, ni air koko.” Pastu, tersengeh-sengeh. Milo dengan koko same je la. Tak da cara lain ke nak ngorat? Lame. ( mengangkat dua belah tangan keatas sambil ber’rolling eyes’). Ada hati!

Tiga sekawan tarik muka bosan mendengarkan penjelasan Zuriyati tu. Sinonim sangat dah dengan Primadona kampong itu.

Zuriyati memang cantik dan lawa. Dalam seluruh Sekolah Menengah Tunku Ali, dalam seluruh gadis tingkatan tiga Delima, kecantikan Zuriyati memang tak tersangkal. Bibir merah bak delima, hidung mancung, mata besar berwarna hazel, bentuk muka bujur sirih. Body, solid. Cukup lengkap semuanya. Tak pelik jejaka-jejaka suka benar mengorat Zuriyati.

Farah: Dah la, aku dah habis makan. Jom masuk kelas. Homework Sains aku tak siap lagi. Nak tiru kau! (memandang Jay dengan penuh harapan)

Jay angguk saja. Bukan rugi apa-apa pun.

Gina: Oih, ikut timing kau je. Tunggu la jap. Aku nak beli Milo. Terliur la pulak. Hehehe. Teman aku beb. Kang tak pasal-pasal aku kena ngorat

Zuriyai: Takkan lah.

Berempat mereka ke kaunter menjual air. Zuriyati terus juga dengan muka masam dan angkuhnya. Berpaling muka daripada abang jual air. Tak kuasa!

Farah: Bang, bagi air Milo satu.

Abang jual air: Dik,ni bukan air Milo la. Ni air koko .. Tak paham-paham jugak budak-budak ni.

Abang jual air jual jugak air koko kat Farah walaupun dia pelik kenapa budak-budak dihadapannya tertahan-tahan gelak. Dan kenapa Zuriyati keluar dari kantin, tergesa-gesa dengan muka merah padam. Lantaklah. Keje dia jual air je pun.

Selesai hulurkan air, dia lap-lap jari basah ke seluar lusuhnya. Dicapai sisa punting rokok dan diletakkan dibibir hitamnya. Sambung hisap rokok.

Monday, August 16, 2010

the First, Hikayat Cari Jodoh

Korang semua tahu dan ingat kan betapa aku cakap susahnya nak masuk teater dan ataupun berlakon drama kat UIA ni..Susah umpama mengidam makan durian yang masih ada kat pokok (perumpamaan sempena musim buah) ..kau tahu durian itu ada, tapi kau mampu tunggu je la buah tu jatuh bergulik2..kalu tak, puteh mata je la..tak pon, dicuri orang duriannya..pun puteh mata jugak.

Same thing, kalau orang tak ajak ko audition, selama tu la ko hanya mampu telan air liur tengok orang lain perform.. tu tak kira kalau production tu tak buat audition n pilih kawan2 je..tak buka untuk Public. Well guess wat. Dian Sira is not among those jerk..hehe.. dan terima kasih kepada mereka2 yang seangkatan, aku dapat jadi cast untok HIKAYAT CARI JODOH.. hehe..ai laik, bak kata fesbuk.

Pedia? perumpaan durian  tak leh pakai? tak penah tahu pasal impian karut aku tu? Rasa aku ni syok sendiri? tak de keje? Rasa macam nak kutuk blog aku n belah sekarang?

BACE JE BOLEH TAK??...tak~ aku tak marah~ Suka hati aku la!! baik korang baca..aku bagi kang! Ha.kang dah terpakai baju terbalik..korang la ni...( sambil betulkan balik baju)

Anyway,(kembali menaip)
HIKAYAT CARI JODOH  :) 


Ni la, aku nak bagi summery pasal teater ni. Ini berkenaan anak muda nama Adam yang mengembara ke bandar untuk cari awek dia yang berpindah kesana setelah cinta mereka dilarang oleh ibu bapak aweknya. Pun begitu, dia ditemani kawan lamanya, Farouk n ex-GFnya, Shira. OTW diorang kesana, diorg telah menolong seorang nenek kebayan (aku!) dan as repayment, aku membolehkan diorag jumpa 3 lagenda melayu agung yang akan ceritakan kisah cinta diorang, Puteri Gunung Ledang, Tanggang and Hang Tuah.
Moral of story, mesti lah line aku

Nenek Kebayan: Suke hati Adam la..~ Tapi ingat pesan nenek. Jangan dikejar bende yang jauh~ kalau apa yang kita perlukan ada didepan mata kita (tengok ex-GF Adam)..he~he~he

Ok, kita cerita fuck-ta pulak. Guna nombor la..aku da malas nak mengarang ni

1. Ni adalah teater yang paling best dialognya pada aku. Aku tahu la aku tak banyak tengok teater sangat tetapi banyak je aku tengok teater yang dialog macam crap~!. Credit, DIAN SIRA. Sumpah, kalau booleh nak je aku kongsi n taip scrip die kat sini. Takut kene sekeh kat scrip writer je..huhu


PGL: Cinta tak wujud! yang wujud hanya nafsu. Dan manusia sanggup mati kerana nafsu.

Tanggang : Hamba tidak punya akal. Tidak punya perasaan. Hati hamba keras. Keras! Keras seperti batu. Dan akhirnya, batu juga yang menamatkan segalanya.

Hang Tuah :h ahahaha..Jangan katakan semati, sehidup pun tidak pernah. Cinta kami terlarang.

Ni sebahagian yang line aku suke la.besh kan?!

2. There was a time when aku down, seorang 'jejaka' cakap kat aku : Jangan la tension, kaulah sumber kekuatan aku. Sumpah aku terharu. Little dat I know , dia cakap kat sume orang camtu. Damn . Ok, dia Ungak.

3. Aku act, tak suka Adam masa mula2..dia asyik cakap aku tak tengok Syira masa kena tengok SYIRA (Atas stage)..Aku tengok la!!! turned out, he's ok..

 4. Aku rasa keje crews cool gile. Next time aku nak turun bidang tu la.

 5. The guy yang aku cakap aku suke tengok dia coz cute, dengan tanpa segan silunya cakap : AKU TAK SUKE  NENEK KEBAYAN. DAmn la u , Farhan..hek eleh..

6. Terrified and shock when Tok Dalang said : Aku gairah bila tengok SITI ( bukan nama sebenar untuk menjaga maruah) menari. Then, he literally menari depan SITI sambil bukak kot. MasyaAllah *.*'
penah tengok kartun yang jatuh sambil hidung berdarah..ha, camtu la aku hari tu

7.Aku suke2 mereka! nanti kita keje lagi yea! diorang ni la..aku suke la diorang ni, korang paham tak??!!


8. Masa gimmick, menjerit mintak tolong kat econs cafe, aku telah menjadikan bahagian belakang cafe sebagai tempat persalinan..tak senonoh u might say..but u have no idea!!! sob..sob..it was horrible..but yet, oh so..exciting :)

9. Untuk make up kena guna telur..seminngu lekat bau telur..hamik kau!




The three legends and nenek kebayan yang cool..read : aku











 mekasih la beb..aku tak boleh cakap banyak, ini bukan hak milik aku. Im just an element of this owesome and thumbs up play..

 Then again..thanks a lot, cucu sume..


hehehehheHEHEhehehhahahahHHAAHAHhahahhehehe~ ( spookiest style on stage :))

NAK NAIK STAGE LAGI!!!!

credit pictures: Bad, Dian, n SHREk.
 Aku tak de camera, handset aku zaman batu..

21 dah? mengundi? leceh~ ^_^"

yayayaya~


SELAMAT HARI LAHIR GORJES..eh, AIDA>>


Terima Kasih ma dan abah kerana melahirkan saya



Terima kasih Allah kerana memilih saya ( dan memberi peluang kepada saya, masih)

Terima Kasih kawan2 kerana terima saya seadanya


Terima kasih lelaki kerana tak muncul2 jugak..haih~ (lain macam...)

Terima kasih semua kerana menghargai saya walaupun difesbuk

ehem..ehem..sampai seratuih noification..mekasih la..

jarang chek rasa femes macam ni..takat lalu Famous Amos ade la..ekekekek ..ok, lawak cheap.

 apapun, tada!!

 ape? tak nampak?..ha..kalau ikot firasat P Ramlee tak lame la tu..nak kiok..hehehe

 Yea lah..kalu org putih memang wajib tanya la birthday wish apa..tapi kita orang Melayu, tak amik port pon :p..


 Jikalau kata orang putih terserempak dengan aku, bukan orang putih pakai bedak sejuk macam kakak aku tu! Mat Salleh ( bukan Mat Salleh bin Mat Jenin!!) la..aku nak kata, BIRTHDAY WISH-BLOGWISE aku;


 "Boleh tak nak bertambah follower? Ada dalam setahun dah follower aku 11 orang yang setia tu, trimas Santa~"


Tapi, dengarnya, kalau kita bagitau birthday wish, wish kita takkan kesampaian..burn~ puss~ keudara, sia-sia..hilang bersama udara..

Aiseymen!! rugi je aku bold ayat atas..buang letrik! Buang karan!

 Takkpe la..I sayang you jugak readers walaupun u r loud ataupun silencer..

 Selamat Hari Jadi, aida..hehehe

 P/S: ma kat Mekah~ waa!!!!

Wednesday, August 4, 2010

Do we shit ourself?

OK, sebelum korang ingat aku nak buka cerita tentang 'kisah saya berak dalam kelas' zaman sekolah rendah dulu, sucikan minda korang..Sow-rie..I bukan macam korang yea..tak cool betul berak dalam kelas then kena pinjam seluar sukan kawan yang sama saiz..hoho..did I ring anyone's bell? em? manal? g-ha? mengaku je la..

Anyway, hari ni we had our quiz. The 1st quiz for this sem, subject Business Finance. Yo, kalau kau amik accounting kat UIA, korang tahu la betapa killernye subject ni. Saban sem, ada la dalam separuh populasi penduduk kelas yang fail. Kalau pun lulus, survive2 atas air je. Korang dah boleh bayang betapa seriusnya suasana pada waktu tu?

Ok, bukan classmate aku..aku main google je ni :p..Pegawai peperiksaan pun bukan

Nak tengok satu muke senyum pun susah. Kalau kate ade sorang budak buat lawak bodoh kehapa, memang kena bantai. Tak pon kitorang stare ramai2 sampai ko rasa macam serba salah. Ko rasa ko tak zip seluar pun ada. Ha..camtu la tahap keseriusan waktu itu.

Lunch hour tiba (ya! kami quiz masa lunch :( ) dan assistant lecturer masuk dengan tahap keseriussan yang matching. Kertas diedar.

Ha..time ni otak aku dah tak peduli kiri kanan..formula..formula..
That time ko boleh tengok la muka sorang2 berkerut. Worse, ada yang ' Wat the heck? tak penah belajar pun part ni..'


Habis edar semua kertas soalan, beliau, the petite lecturer assistant berjalan megah kedepan. Dengan muka berlagak aku-da-amik-subject-ni-dan-aku-da-lulus-ko-belum punya type (ke perasaan aku je?!).

Then dia buka mulut, ayat wajib kalau nak start quiz atau exam. Cuma yang ni lain sikit. Sikit tapi besar impaknya bagi aku.. Relax je butir2 warning datang dari mulut kecil beliau.

 " please, no 'shitting' "

Silence. Awkward stare from the class. Not for long!!

Oh God, daymn aku gelak gila2. The boys even bisik dengan kuat "shitting!".."shitting!"

What kind of rule?, 'no shitting, or else you can be expelled'..ngeh..ngeh..ngeh..

 And that's how I forgot all the formulas and jalan kira for Time Value of Money during the quiz this superb*rolling eyes* afternoon. Thanks to the lawak bodoh n gelak maut aku. That's the real  Sh*T!!

but still, no shitting!! hahahahahahahahaha *guling2 atas lantas sambil ketuk2 kepala*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails