Wednesday, September 15, 2010

entri bertema : Hari Malaysia

Hari ni aku nak tulis entry ikot tema.
Tema: Hari Malaysia, Hari Cuti
Selama in kalau raya ke, puasa ke, merdeka ke, Datuk Sosilawati ke, apa2 ke, tak adanye aku nak up-to-date buat entry bertema.
Contoh: Hari Raya di Kampung Saya

Individu2 yang rajin je mampu keep up dengan aktiviti2 kemasyarakatan macam tu. Aku individu malas...

Pun begitu, aku individu cool. So, inilah dia julung2 kalinya.

Selamat Hari Malaysia 
err..emm..
Apa nak caakp yae? Ni la, tak biasa tulis entry bertema, nak gatai tulis jugak. Sekarang dah tak ada kata-kata.

Bukan, bukan tak sayang. Sumpah aku sayang Malaysia. there's too much to be said that nothing comes out right anymore. Yang aku tahu, bernafas di Tanah Melayu ini merupakan antara permulaan kepada perkara yang paling baik dalam hidup aku.

. Kalau pun orang nak tukar kewarganegaraan aku ni dengan puluhan ribu ringgit sekali pun, relax je tangan halus aku hinggap di pipi gebu insan berkenaan. Pang! Tak hingin aku!
ok, sekali lagi :

SELAMAT HARI MALAYSIA



megah, perkasa
dijajah,
berjuang, bertumpahan darah
bergabung
bercerai
bersatu
14
Malaysia

Kita tak pernah sempurna, politik kita masih terumbang-ambing. Jenayah masih bermaharajalela, sistem pendidikan yang masih kaku. Akta2 yang masih 'copy-paste' dan carik disana sini.
Sayang tak bermakna tak boleh dikritik, hanya ditatang saja. Lagi kritik, lagi besarlah sayangnya.


Parameswara,
Dato' Onn,
Tunku Abdul Rahman,
Dr Mahathir,
TERIMA KASIH

dan juga semua cikgu-cikgu Sejarah.


ending: Ya Allah, sejahterakan lah Bumi Malaysia dan jadikanlah kami diantara orang2 yang mendapat rahmat dan beriman kepada-MU. Amin.

2 comments:

- ilham - [5] said...

dan smue cikgu2 sejarah...

hahahahahhahahah tibe2 aku tergelak. even u had a point there tapi kelakar gile bunyi die..hahaha aku suke post nih. well done ;)

budakoreo said...

sememangnya,saya bangga mempunyai rakan yang berjiwa patriotik seperti saudari..hahah..bravo da!rindu mu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails