Saturday, September 11, 2010

Ma balik raya

Malam raya, mak aku balik daripada Mekah setelah sebulan bertapa kat sana. Rindu weh..rindu gila.

Mungkin sebab aku bongsu taupun manjadi anak ajelah kot, dah cukup membuatkan aku sedeh dan sayu sepanjang pemergian mak aku ke Tanah Suci sana.Malam pertama mak ke Mekah, aku dah tidur berendam air mata. Esoknye, tok sah cerita la. Bengkak mata macam kene tumbuk gengster. Nak pulak mak cik aku cakap " macam tu la rasa yatim piatu. Tunggu2, tak balik". Maunye tak meraung aku. Kakak aku lagi la kronik.

So, mak balik pada malam raya-nya.

Macam biasa, bila di dapur kami borak2. Mak aku menghadap peti dan aku menyandar ke dinding. Setentang dengan belakang maka aku.

 " ma, adik rindu giler kat ma. Lega ma dah balik."

" Iyalah. Mak yang tak ada. Kalau ayah tak ada tak apa lagi"

Aku dengar dan digest ayat mak aku. Aku nak kata mak aku perasan pun tak kena. Betul benar dah.


Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepada saya k. Kepada kami untuk bersama ma :)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir  Batin dari Gorjes de Moresssss...

p/s: tetiba rasa macam durhaka kat abah sebelum tekan button 'publish post' untuk enrie ni

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails