Monday, October 25, 2010

bila aida melukih : dye rambut

Dalam banyak-banyak insiden di dalam hidup aku, salah satunya berlaku semasa fasa ‘darah muda’ dan ‘ ingin mencuba segala’. Tahun pertama tinggal kat Kuala Lumpur.

Banyak benda yang baru aku ‘spot’. Ada yang menarik, ada yang exciting, ada juga yang aku tak hingin lansung dan ada juga yang sangat tempting untuk ditiru. Antaranya ialah  dye rambut. Rata-rata kami kat kampong tak ada yang berambut coklat, blond, kuning atau pink bagai. Tapi bila jejak kaki kesini, tak kurang daripada 5 orang yang aku kenal dye rambut. Tu yang kenal, yang tak kenal tok sah cite la. Belambak.

One day aku tengok kawan aku buka tudung dan rambut die kaler brunette. Lama aku tenung rambut die. Aku ingat-ingatlah pilihan2 warna rambut menarik yang aku selalu Nampak kalau outing kat kota Kuala Lumpur atau supermarket. Aku terfikir, why not?

So, aku consult la seorang individu yang sangat boleh dipercayai (dalam bab kaler rambut). Dia cakap guna Loreal lah. Aku pon belilah sekotak yang warna coklat-coklat terang ala2 perang. Sangat tak ber-agak aku.

Mulakan, letak dan bungkuskan kepala dengan towel lama.


 Tada!!! 

lawakan aku..ok, tipu. Wajah tak berubah jadi mat Salleh eh walaupun rambut dah nak sama pesen. Ingat ni transformer ke ape? Kalu ada pakej macam tu, akula orang pertama yang beratur beli kat super market.

Jadilah aku aida the brunette. Kalau tengok dari belakang, memang dah mistaken sebagai Hermoine dalam Harry Potter.


Tapi tak ramai la yang mistaken sebab aku pakai tudung,kan. Kalau kat dorm tu adalah sorang dua mintak autographs. Heh.

Tapi, berdasarkan analisa dan penilaian aku, parents aku, Cikgu Hajah Siti and Cikgu Hj Che Ya bukan peminat sangat budak brunette2 ni. Apatah lagi yang ber ‘dye’ rambutnya. Hermoine lagi la tak kenal. 2 bulan aku tak balik kampong. Last2 rindu, aku balik jugak. Mana tahan,beb. Bukan dok obersea pon.

Seperti yang dijangka.
Abah:Haih..ni culture shock la ni..culture shock..sekali ni je buat, tahu?
Aku: Orait, ma, abah 
inilah trick nye. Jangan melawan. Go with the flow~ Bukan diorg marah sangat pon :P alah, bukan diorang tak penah muda. Kan, abah? Ma? *tolong jangan report diorng aku cakap camni. Tak nak kena pulas telinga T_T*

***********************************

Aku tak tahu menjadi brunette celup adalah berisiko. Risiko daripada penduduk kampong dan setempat kau especially kalau daddy kau regular customer kat masjid.

Kenalah aku pakai kain key kat rumah untuk cover rambut aku daripada mulut2 manusia dan saudara2 yang mampu men-judge aku. Mulut belanga boleh tutup, beb. Mulut manusia, mana boleh control2.

**********************

Satu petang, kakak aku dan keluarga balik kampong. Kami anak beranak bersama sepupu sepapat pakat tengok Astro kat rumah aku sambil bedal pisang goreng. Aku macam biasa pakai costume kepala, kain key untuk tutup rambut kaler aku tu.

Ingatkan da selamat. Tapi iyalah, manusia boleh merancang je, Allah yang menentukan.

“tarik kain kepala Cik Da.  Yeay!” lalala~

Yup! Ada la 3, 4 mak cik cancel reservation aku sebagai menantu.

Haih, bertuah punya anak buah. Ei~!
 

5 comments:

budakoreo said...

da,gane cte rambut leni?
already back to original?

aida cy said...

ori balik dow..
mujur ma aku tok gunting mase aku tido je..hahaha

Anonymous said...

insaf2.
jangan buat lagi!
haha.

Double-Eleven said...

ade x dye for men? nk try gop r.. hehehe

Najah Abdullah said...

aku pun nak dye jugok rambut pahni wna meroh siap. hehe..tau la song ke dok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails