Cadangnye aku nak letak banyak gambar2 event supaya menarik la sikit entri kali ni. Class la sikit. Tak power pon tak dak la korang sakit hati sangat baca tulisan aku yang kurang sastera ni. Lain lah kalau aku ni Pipi Yapong yang femes dengan cerpen pendek die tu. Lain la. Masalahnye, aku malas gile nak upload gamba. Korang guna vision sendiri je boleh? Guna imagination. Boleh rrr....
Anyway, majlis Convocation UIA 2010 daripada 1-4 oktober 2010, masa weekend. Aku tak tahu la U korang macam mana tapi kalau kat UIA, asal convo je, jam..jam,jam!jam! asal jam je convo.eh,tak! tak masuk. Ha..daripada jalan nak masuk Gombak, saaaampaaailah ke depan gate mahallah aku. Kereta slow je. Parking jangan cite la. Kalau buatnye nak terkucil masa on the way tu, aku cadangkan bawak la back up plan. Botol ke, apa. Tak sempat!
Tengok2 dekat CAC, banyak muka2 yang famier, ceria dan gembira.
Tak sangka pulak ramai senior2 aku dah grad. Best la diorang. Aku ni bersengkang lagi mata
*****************************
Stabaz? oh, yeah kawan2. Setiap kali Convocation akan ada Stabaz dan setiap Stabaz, mesti ada konsert. Last time Amy Search, kali ini ada konsert Ramli Sarip dan Aizat AF pula.Untung wei dok UIA, jumpa artis macam jumpa sedara jauh bak bau-bau machang. Stabaz ni aku tak tahu la short die untuk ape tapi rasanye 'baz' kat belakang tu 'bazar' kot. Kenapa diorg tak buat Conbaz tau Convobaz, itu aku tak tau. Anyway, sangatlah legend dan meremang bulu roma aku masa dengar Ramli Sarip nyanyi lagi fav aku, Camellia. Suara serak2 basah, main gitar pulak. Hensem dan mude habis lah Ramil Sarip kalau aku tutup mata time tuh. Siap bagi dua lagu bonus tuh. Memang i lap u-lah abang Ramli. Aku rasa Aizat ada banyak kalah la dengan Ramli Sarip. Maybe sebab Aizat masih mude ataupun aku memang tak minat Aizat. Dan sebab banyak tersilap tutur bicara. (ade ke cakap" time kasih UiTM jemput saya"! putus angin aku! UIA la!!). Overall, Ramli Sarip masih mempu menggoncang iman aku dengan Camelia.huhu.
******************************
Ingat tak masa kecoh2 yang Maher Zain datang Malaysia. Apa? tak kenal Maher Zain? korang google la sendiri. Aku malas nak suap korang dengan info. Tooolongla belajar cari sendiri.hehehe. Bayangkankah betapa ramainya budak2 perempuan yang histeria masa sesi fan meeting and signing tu.. Haih, tak sangka2 budak2 UIA boleh se-frantic macam tu. Tak salah diorang jugak. Kalau Westlife datang UIA, aku pon angkat kain kot kejar Mark, Shane...ngeh3. Turn out, masa nyanyi, suara die tak dengar sangat coz music kuat sangat..Rugi tol. Yet, sebagai komiti aku sempat la berborak panjang dengan Maher Zain. Kerana ketidak cekapan aku, makanan lambat siap, dan berlakukah borak
Aida: sorry for the wait *senyum manis + gedik*
MAher Zain: It's ok :)
hahaha..tolong la jeles, dalam kegusaran (sebab makanan tak siap lagi), ada peluang (aha!)
****************************
Then, the next week, Dil daripada production club call aku.
" Aida, ko nak belakon Iklan tak? 3 min"
"nak.nak..jadi apa?"
" jadi mak"
".................."
"nak tak?"
"nn.....naak......."
Sedeh tol asyik jadi mak cik, mak, dan nenek je..aku jiwa remaja oo.. takpe la..nanti aku berlakon bawah arahan Afdlin Shauki, aku nak jadi " ahlii~ silaap mata!".still, thanks Dil sebab call I. I tak mind, I suke belakon :)
Itu ajalah setakat ni. Kalau nak sambung lagi, dah jadi cerita pasal presentation, assignment, midterm exam, test dan final exam. Kang ngantok pulak korang. Kita sambung sal cuti final la, baru syok..ape barang blogging sal exam. huh!
1 comment:
stabaz tu stands for stall and bazaar la
Post a Comment