Wednesday, October 20, 2010

bila aida melukih : Mulanya, Miss Lula

Setelah beberapa post (baru dua je pon) yang berlukis, ada dapat banyak feedback yang positif. Pun begitu, aku masih rasa mutu aku dengan orang yang aku adopt conceptnya, Mr. Conteng conteng.com masih sangat jauh. Aku mula having second thought. Boleh survive ke aku ni?

Seperti biasa, bila having second thought, kita mahu orang re-sure kan balik yang kita buat tu betul. Tepat. Berbaloi dah. Aku tanya Miss Lula* Bukan nama sebenar*. Sila jangan tanya kenapa nama dia Miss Lula.

Aida: Miss Lula, kau rasa aku boleh berjaya macam conteng dan zack (blogger melukis jugak) tak?
  " Yea, kau boleh " *basi-basi macam malas layan*

Miss Lula tak pandang pon aku. Pandang laptop je. Aku rasa dia tak amik port atau dengar pon yang aku cakap.

Aku tanya lagi: Miss Lula, kau rasa aku buang masa tak buat bende ni?

" Yea, yang tu aku lagi setuju. Ahahahah"

GGrrr... 


************************
Itulah Miss Lula, kawaan-kawan. Aku tahu dia mengusik je dan selalunya menyokong aku dalam banyak perkara kecuali perkara tu sah2 berdosa, haram atau realitynya 'memang buang masa'. Terima kasih Miss Lula(s) out there yang selalu menjadi tulang belakang saya.

Jom tepuk ala-ala pengakap remaja sekolah untuk Miss Lula(s). 

Tepuk sekali 'PAP!"
Sekali lagi "PAP!"
Tepuk tiga kali :PAP! PAP! PAP!

YEEEAAHH~ !


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails