Thursday, October 14, 2010

bila aida melukih : rock climbing

Okeh, cerite ni memang real life experience aku masa aku first year kat IIUM. Masa kat IIUM dengan spirit adventurous aku, aku telah join satu club yang sungguh adventure bernama Adventure and Recreational Club, dah namanya adventure pon. Ok, kira ada berapa adventure dalam ayat2 diatas? tolong jangan kira. Buat jugak? korang memang suke buang masa.

Nak dijadikan cerita, diorang menganjurkan satu kem trip ke Gua Musang di kawasan budak2 PLKN berlatih. Di Gua Musang jugaklah aku pertama-tama kalinya mencuba Rock Climbing




ROCK CLIMBING, ya allz~!

Berborak sal rock climbing ni, secara asasnya, korang perlukan beberapa perkara. Kalau tak de mende2 ni tak apa, cuma hidop korang susah la sikit dan korang aku menyumpah-nyumpah sepanjang korang climbing. Secara amaturenye, korang perlukan:

1. TANGAN- Pastikan tangan, lengan dan bisep korang adalah terbaeek punya. Tujuannya adalah untuk menampung anda dan menghayunkan badan anda. Kalau anda berat ala-ala penulis/pelukis, mungkin anda kena tingkatkan kekuatan otot tangan anda ke 150% lagi.

2.KAKI-Korang juga memerlukan kaki yang berotot dan kuat. Baca sekali lagi: berotot dan kuat. Berbeza dengan berlemak dan besar. Itu adalah profile kaki, paha dan betis penulis/pelukis.

3. BELAY MAN-Anda perlukan belay seperti gambar diatas. Belay yang hensem dan kuat adalah individu cool yang akan menjaga tali anda semasa anda sedang terkial-kial climbing the rock. mati dia, matilah jugak korang.

4. CHALK BEG- Beg yang mengandungi serbuk kapur. Serbuk kapur mempunyai kebolehan menyerap peluh dan menjadikan tangan anda kesat semasa berpaut di batu. Bagi yang bermasalah kalenjar peluh, aku rekomen, pakai lah serbuk kapur ni.

5.  GEAR-Peralatan atau Gear untuk climbing seperti senarai ini

 6. BRAIN- Jangan lupa bawa otak dan deria. Anda kena pikir dan cari dimana untuk bertapak. Tambah pula kekuatan mental yang tinggi.

7. Gut atau bahasa melayunya "KEBERANIAN".

Bila dah ada semua ni, boleh la korang start. Aida sebelum start dia dah baca segala habis surah kat dalam otak die yang dua, tiga kerat je.


 Perkenalkan semua, belayman saya yang cool ialah Din Ganu. Dia adalah trainer kitorang. Buat pengetahuan semua, Din penah masuk paper Kosmo dalam seksyen Variasi(kalau tak silap aku la)*clap2!*. Pun begitu, aku masih rasa tak selamat. Din, say hi to eberibodi. Hi~ (^o^)v


Satu benda masa climbing ialah kau tak akan nampak mana2 kecuali yang kat depan mata kau which is permukaan batu je. Hanya orang yang kat bawah akan cakap kat kau "kiri ada tempat hold". Atau, "kanan boleh pijak". Selebihnya korang kena la meraba-raba dan mendongak2.

 Bila dah namanya penakut, insecure, setiap langkah aku ambil, aku mesti nak jerit nama baley man aku supaya " jaga saya, brother!", " pegang kuat" dan sebagainya. Bukan aku tak percaya tetapi the image of jatuh 'gedebab' macam nangka buruk daripada tempat tinggi memang bukan sesuatu yang indah ya, ma fellow friends.

owh! no!!

silap percaturan akan membawa padah. Malangnya aku, entah silap dimana (banyak!), aku tergelincir dan hilang pautan. Dengan itu, rasmilah aku tergantung di' awangan'. Horror sangat! Aku punya "TULUNN" tu sampai mampu meng'pause'kan budak2 PLKN daripda kawad. Apo ko hel nyo eh? You wanna know PLKN boys? I almost die,man!! Hanging!!Sapa nak jaga, berkasih mesra future hubby n anak2 aku? >.<


However,

Hakikatnya,bukanlah tinggi sangat aku panjat.SO,jangan lah letak expectation tinggi sangat.Kau boleh hilang maruah dan coolness dengan mudahnya. Tapi aku betul-betul rasa nak mati! (T_T")

yeah, now what have I told you about GUT?

ps: suke tak entri berlukis i? :p
 

3 comments:

mehmed said...

wow AIDA..
cerite yg menarik
*clap2*

contengconteng said...

yeay! dah baca. hu. klaka! pakai sticky yang mane eh? rasanya kita pakai yang lebih kurang sama je. hu.

aida cy said...

mehmed: mekasih..mekasih..saya akan berusaha lagi

conteng2: sama je kot. Tapi saya tak suka pakai sticky note yang sticky tu sebab susah nak lukis bila dah lekat2.Saya lebih suka guna yang tak sticky kat belakang.
CC thanks for being so cool w/pun saya sah2 amik caragaya awak untuk entry ni.he...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails