Bila dah masuk bulan Oktober, tiap-tiap tahun, korang rasa siapa yang paling gundah gulana?
Ok,salah. Bukan Awie atau Ziana Zain. Zero mark.
Budak-budak SPM dan mak bapak diorang. Silap2 haribulan, mak bapak diorang yang lagi panik daripada budak2 ni. Siap hantar tuisyen bagai. Aku rasa kalau hantar mak bapak amik SPM, sure flying colours diorang punye resul. " like eating peanut", mak cik dan pak cik tu cakap.
Aku ni dah lama tinggalkan SPM. Ada la dalam 4 tahun lepas. Yea, aku masih muda dan selamanya akan muda di jiwa. Sapa berani sangkal, moh tampil kedepan, kita lawan wresling tangan.
SPM aku amik masa tahun 2006 di Sekolah Sains K. Terengganu (SESTER). Kalau dah namanya duk kat asrama, satu benda yang kita (budak2 asrama) selalu kongsi ialah STAY UP. Yea, stay up sampai 2,3 pagi untuk study sampai mata naik eyebeg macam kena tumbuk gengster. Nampak macam rajin kan,hoho. Dont be deceived by the statement. Kami golongan last minit. Last minit, minit terakhir,paham?. Tak pernah nak apply "berakit2 kehulu, berenang2 ketepian. Bersakit2 dahulu, bersenang kemudian" Kitorang punya moto
" bersenang2 dahulu, bersakit2 kemudian bagai nak mati sebab stress".
Cakap pasal SPM dan stay up juga buat aku teringat masa aku SPM dulu. Kami kat asrama, tinggal dua orang je satu bilik. Kalau kau nasib tak baik, duduk la dalam bilik tu sorang2. Ku tengok dinding, dinding tengok kau balik. Saaam-pai-lah! kau bosan dan squatting ke bilik kawan.
Tak silap aku inciden ini berlaku masa aku stay up untuk exam subjek fizik. Fizik ialah paper killer bagi individu2 slow macam aku ni. So aku stay up la. Baca mana yang patut. Mana yang masa cikgu mengajar, aku tidor, berborak,berangan dan sebagainya. Kena la cover balik. Itulah cost-nye.
Suddenly,
Pintu bilik aku diketuk "Dum !" "Dum! " Dum !". Okey, aku kaget. Pukul 2.30 pagi ni. Makhluk2 halus tengah dahaga buat version
" cu,cu buka tingkap nenek kat jendela..huhu" .
Aisey man!
Then dengarlah " Da, bukak pintu, aku takot~"
Aku bukak.
Siannye kawan aku, siap bawak bantal selimut segala turun dari tingkat dua ke bilik aku. Aku tanya kenapa? Dia cakap:
Aku tengah study sambil dengar radio. Then tiba-tiba keluar lagu baru radio. Mana tahu lagu hantuuu~
" MANA HANTU".
Seram...
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Hantu,mana hantu
ada hantu,mana-mana
Ada hantu jangan nak merapu
Mulut cabul kena baru tahu
Ku nampak kulihat gelap depan mataku
Mengilai-gilai meremang bulu tengkuk ku
Jembalang jin,iblis dan setan
Semua ada dan jangan jadi ikutan
Mulut cabul kena baru tahu
Ku nampak kulihat gelap depan mataku
Mengilai-gilai meremang bulu tengkuk ku
Jembalang jin,iblis dan setan
Semua ada dan jangan jadi ikutan
Jangan dikawan nanti kau pula di makan
Dengan siulan cepat lari lintang pukang
Dengan siulan cepat lari lintang pukang
Dengar lirik macam tu, mana tak kecut perut kawan aku. Hisy, stesen radio pun pasang la pasal bende lain kalu dah pukul 2,3 pagi kan. Pasal awek ke, cinta ke, mak ayah ke, siput ke, ayam ke. Ape2 je la asalkan jangan cari hantu. Kawan aku pun satu, tak reti2 bukak ayat Quran kalau dah penakut sangat.
Hantu nama penyangak-suka-menyakat. Selagi tak putus sahabat, selagi itulah aktiviti kurang akidah ni berleluasa kat asrama. Mana-mana asrama pon.
Mula2 memang la aku gelakkan dia. Then, aku la pulak seram. So, terbungkamlah kami tidoq.
Tido dengan kawan, berhimpit2 la best. Selagi tak kena tangkap, kena marah dek warden mahupun disaman, ha~ selagi itu la tido berkongsi katil. Tak jugak. kalau sakit badan, pandai2 lah dia balik bilik balik. Macam tounge twister "balik bilik balik". hahaha.
SPM ni macam tu-lah. Masa kene jawab tu memang la korang benci. Tapi bila dah habis, korang rindu pulak nak tido sama2 kawan, study sama2, ngumpat sama2, dan sebagainya.
Menjelang SPM, korang akan
Lebih rapat dan lebih kebergantungan kepada Tuhan,
Rapat dengan kawan-kawan,
Bersabar dan Tawakal
Belajar mengurus masa
Belajar bertenang dan menangani stress
Dan hormati Guru dan Ibubapa
Rapat dengan kawan-kawan,
Bersabar dan Tawakal
Belajar mengurus masa
Belajar bertenang dan menangani stress
Dan hormati Guru dan Ibubapa
See, SPM goes beyond grades :) Semuanya akan korang guna sepanjang hayat korang. Paling kurang, korang bakal excel dalam keje korang dan dapat promotion dengan pantas sampai kawan-kawan sejawatan jeles maut.
So, jangan lah takut untuk amik SPM dan melangkahlah dengan bersemangat. Dan, jangan lupa masuk dewan dengan kaki kanan dulu.
Till then,
Hwaiting!! Berusaha!!
Yang ni..yang ni..
Selamat menempuh peperiksaan SPM dan moga-moga korang dapat result yang flying colurs !!
ps: Result yang fyilng colours semenjak menginjak usia masuk universiti adalah " LULUS !" T_T "
No comments:
Post a Comment