Ini adalah entry aku yang ke seratus. Bagi penulis ataupun mana2 pengarang blog lain, mungkin tiada significant-nya pun. Pun begitu, bagi insan kecil yang coretannya hanya mampu dilakarkan di kanvas cyber maya seperti aku, adalah besar maknanya.
Thus, for this edition, aku mahu membuka selak sedikit kisah tentang keluarga. Jarang aku bercerita tentang mereka yang berharga ni. Yes. Just say it hajar..im soo full of myself. Jangan risau, hari ini aku kurangkan sikit sikap perasan aku, dan bercerita tentang mereka pula.
1..2...3....start!!
MA
>> sangat sporting dan mampunyai kebolehan membuatkan orang menuruti permintaan dan suruhannya ( bukan semua mak ada kebolehan ini kah?) walaupun pada asalnya orang itu sangat tak nak!! (contoh, amik accounting).
>>Agak suka mengumpat walaupun tidak mahu mengakui. Boleh dihentikan dengan berkata “ Ma...” . Denagn mata seolah warning semasa dia start “ jangan jadi macam Mak Jah tu yang....”
>> baik dan menjaga hati menantu kerana mempunyai motto “ sayang menantu kerana menantu jaga anak kita”
>>peristiwa manisnya: disuatu petang pada 10 tahun yang lepas.Ma di ruang tamu, kak di dapur.
Ma: Kak, masak apa? ( agak menjerit dari ruang tamu)
Kak: (dia dengar: pergi hari apa?) Hari Rabu..
Ma: (mendengar labu) oh..pandai anak aku masak labu..( didalam hati, impress)
ABAH
>>Amat anti dengan meggi pada masa mudanya ( aku hampir mati kecut perut kalau ditangkap, sumpah) walaupun pada usia tuanya, dia makan juga.
>>Amat cintakan binatang. KAmi pernah pelihara helang masa aku sangat kecil,bernama Sadam ( wat the?!)
>> currently mengusahakan padi. Sebenarnya sejak dia pencen daripada menjadi pengetua, tanahlah tempat dia bercinta. Mak aku marah benar,petang tak pernah ada dirumah.
ABANG LONG
>> keluarga adalah yang pertama dalam hidupnya. Diikuti oleh wang.
>> selalu sangat peduli tentang pelajaran aku walaupun aku jarang benar menghargainya. Sekadar menjawab “ ok,ok je” sebelum kepala disekehnya.
>> kata-kata sering diucapkan “ there is a fine line between a teacher’s pet and teacher’s pest”. Risau benar dia aku menjadi teacher’s ass kisser.
ABANG NGAH
>> the most garang and sarcastic man in the house. But funny. Ok, i mix up.
>> Sarcastic-nya dia: pada satu petang. Waktu itu baru beberapa hari masuk rumah barunya. Aku pandang dinding kosong warna kelabu tua.
Aku: dalam aku pandang dinding. “ kalau gantung gambar artistic kat sini best. Gambar yang kepala besar, mata kecik,hidung super besar, mulut kecik..yang macam Picasso tu..”
A ngah : ok, gantung gambar adik la macam tu..
Satu lagi, masa kakak ipar aku mengandung anak sulung. Kakak aku tinggal sama kat umahnya.kat KL
A ngah: sambil tutup mata “ tepi, tepi, kak. Abang Ngah nak lalu.TAk boleh tengok kak”.
Kak: bakpo pulok?
A ngah : Sebab kak Sya suruh tengok bende comel2je masa dia pregnant. Jangan tengok bende hudoh”. Sengeh.
Kak: “cit poodah!”
ABAG YU
>> sangat sporting dan relax. Paling jarang marah tapi sekali marah, Nauzubillah.
>>sangat suka game dan baca komik walaupun sudah umor 31 tahun. Masa zaman sek, boleh main game sampai muntah.
>> sangat demokrasi. Kalau mengadu, direply “ sabarlah...dik”. Most of the time
KAK
>> sangat sukakan make up dan menonton TV
>> dulu masuk askar Wataniah dan sangat hitam sampai aku terdetik “ hitam gile kakak aku”
>> Sangat manjakan aku.eh silap, aku manja dengan dia
>> pernah hampir bakar rumahnya di Kulim semasa memasak. Dua kali.
KAK ENON
>> selalu bertekak dengan kak tetapi needs one another alot.
>> sangat sukakan perhatian dan manja. Boleh merajuk bila-bila masa tanpa warning sampaikan pak cik aku cakap yang aku hanyalah bongsu kontrak. Bongsu sebenar adalah kak Enon. Aku mengamuk selepas itu.
>> seorang doktor dan kaya.
>> Aku sangat suka paw duit dia dengan alasan tak ada duit. I succeed each time..wuuhuuu~!
>> ayat keramat
“ Nur kan akan dapatkan apa yang nur nak~?” dengan perasaan yang langsung tak bersalah.Geram aku
ADIK
>> full of her self, mischief, clumsy, selekeh dan enjoy comics. Tidak tetap pendirian.
Apa haknya aku gunakan watak-watak ini untuk entri aku.Marahkah mereka?
well, let's just hope none of the people above buka dan baca entry ini..come on people,fingers crossing!!
No comments:
Post a Comment