Minggu depan abang Syahman bakal menduduki peperiksaan pertengahan tahun 2. Syahman kelas 2 Merbau , SK Bukit Jelutong.
Cikgu Agama cakap silibus masuk daripada bab 1 sampai bab kata ganda. Disebabkan aku sekolah menengah kat sekolah Agama Naim Lilbanat dan currently undergraduate-ing in IIUM, aku dilantik oleh abang Ngah untuk mengajarkan Syahman, dikatakan layak. Persiapan ujian, exam oriented.Biasalah. Walaupun hakikatnye, aku belajar arab 5 tahun tak pernah dapat grade lebih daripada B. Kurang ada.
Aku terkial-kial jugak baca jawi.Tapi aku berjaya control la. Malu wie kantoi gagap baca jawi kat budak kelas 2.
Bab kata ganda
Cik da : kata ganda dua ni ada 2 tau, bang. Satu, kata ganda dua tunggal. Satu lagi kata ganda dua jamak.paham?
Syahman: yea, saya paham (berbasi-basi)
Cik da : ok, ulang.
Syahman: (mengeluh dan rolling eyes) Kata ganda dua tunggal dan kata ganda dua jamak.
Cik da : (thrilled dan tepuk tangan) bagus..bagus. Ok sekarang saya akan test awak, ok
Syahman : yea.baiklah ( berbasi-basi lagi. Separuh hati kat TV)
Cik da : 1 buku?
Syahman : buku
Cik da : 2 buku?
Syahman : buku-buku
Cik da : bagus. ok, 1 kupu-kupu?
Syahman : kupu-kupu (selamba, kacang je)
Cik Da : wow..( ingatkan abang man akan mistaken 1 kupu-kupu to kupu). last one, 2 kupu-kupu?
Syahman: kupu.
Cik da : (0.o)aiyyo~!(tepuk dahi), Man!! >.<
Syahman : (innocent), Cik da, boleh tak kita tengok TV sekejap? saya dah letih belajar la. Mata saya dah bengkak ( tunjuk pada mata layu)
Cik da : apa yang ko belajar? hish budak ni. 2 kupu-kupu pun kupu-kupu la. Kan nama dia kata ganda dua tunggal. paham tak?
Syahman: yae, bila kita boleh tengok TV? (tangan da ready remote sakti)
Cik da :(feeling useless yet hopeless. Reda)Dah, jom tengok TV. Boleh tengok Pheabes and Fern dan Spongebob je.
Syahman : (segar macam minum energy drink) yeay!!
Cikda : (amik bantal tok baring sambil tengok TV),apa aje asalkan bukan belajar. Jangan kasitau mama.
cikgu tahun 2 Merbau Bukit Jelutong, pls have mercy on this brilliant but TV-addict- just-like-his-cikda boy( baju putih) for he is innocent. It's in the blood.
nasi tambah: yeay! remote Astro aku bawa ke UIA boleh guna.Tak payah lagi tekan 'OK' atau 'MENU' untuk tukar n cari channel.Naik lebam jari-jari.Kehidupan di kampus lebih ceria dan bermakna! howwyyeaaahh! two thumbs up, babeh!
No comments:
Post a Comment