Bila dah blog walking mula la rasa rendah diri. Rasa diri tak cukup baik dan bagus untuk tulis entry buat tatapan umum. Orang putih kata tak adequate. Rata2 sudah ada pengikut (follower) yang mencecah ratusan.
Sungguh disini aku nak mengaku. Aku tak ada semua itu. Aku tak boleh offer korang dengan
1.Cerita tentang pengalaman aku di luar negara, menimba ilmu dan bersuka ria bersama kawan2 melawat Perth, Jepun, Russia- aku belajar dekat bumi bertuah Malaysia aja. Aku pun tak paham kenapa kami susah sangat nak melancong sesama sendiri. Nak pergi Pangkor yang kat Perak tu pun tak tercapai2 lagi. Paling jauh aku pergi dengan famili, ke Golok,Thailand je. Negara seberang yang bergolak sekarang ni ( aku rasa pasai diorang dulu dok galak aniaya orang Islam). Seronok ingat balik pengalaman naik perahu guna kuasa enjin.Huyung-hayang dengan orang penuh dalam perahu.Naik jeti pun berpimpin abah. Those days..hehe
2. Tak ada gambar2 artistic dan indah buat tatapan korang. Gambar2 yang kalau sekali tengok membawa banyak bicara. Betullah, yang orang kata " picture speaks thousands words" dan mereka2 ini berjaya membuktikannya. Photo2 ini yang boleh jual kat kedai souvenir untuk RM2, buat poskad- Aku camera pun guna digital cam CONAN yang rege RM500++ aja. Yang kalau flash tu macam nak membunuh bijik mata. Setakat gambar candid budak2 bilik
3. Tak ada petua menarik nak dikongsi. Aku bukan
4. Tak ada puisi dan ayat2 puitis nak diutarakan. Ramai antara kita mampu menghasilkan kata-kata yang lahir daripada emosi, khayalan. Mereka-mereka yang sering mengpost entry yang boleh mengikat jiwa pembaca, memebawa ke dunia lain. Kadang-kadang, membaca entry mereka ni, kalau diorang marah, kita pulak yang rasa marah jugak. Yang biasa-biasa aje nampak berbisa bila pengarangnya adalah mereka- Aku geli baca balik entry aku yang berpuitis (yea!! aku ada buat suatu ketika dulu!!) dan segan. End up, aku remove the post. I have no further regret.
5. Orang lain sibok bercerita kerenah suami, kenakalan anak2. Masalah mak mertua yang pilih2 kasih, saat genting hampir melahirkan anak sulung. Kalau yang dok kat kolej tu, cantik je cerita balik dari dating kat kedai makan Kuliyyah Human Science, sibok sambut Valentine _ Aku tak ada bf, habeh cite.
Pun begitu, apa yang boleh aku janjikan dan sajikan pada kamu dan aku sendiri ialah secubit dan sekilas kehidupan sebagai gadis yang penuh misfortune and mistakes yang akhirnya bila dikenang balik sungguh melucukan dan menghiburkan (pada fikiran aku). Disebabkan maruah aku tinggal senipih kertas yang digunakan untuk lapik makanan berminyak tu ( kertas turas), tak masalah untuk aku kongsi :
1. Memori dan kisah2 misfortune. Cerita2 kenangan macam ni la yang membawa senyuma diwaktu moody dan ketawa pada waktu cloudy. Sila jangan pandang rendah yea. Masa form 4, kawan aku penah kata " da, kau kena buat buku Series of Unfortunate Events la" selepas baru sebulan masuk sekolah baru. Sebabnye, aku asyik jatuh tangge.
2.Recipe2 yang aku pernah cuba dan mak aku ajarkan. Bukan untuk korang ikot, saja nak
3. Kisah2 belajar di kolej tempatan, IIUM. Biasalah..hal2 budak2 remaja, perempuan
4.Angan2 aku yang mungkin tak kesampaian. Tapi syoookk~. Berangan tak pe, tak guna duit.
ok, tak menarik yea offer aku? Sebelum korang buta2 reject offer aku ni, jom kita imbau balik tujuan sebenar kita berblogging pada asalnya..
eemm..biar aku pikir...dan lagi..dan lagi...jap..3 tahun dulu, aku start blogging..sebab...
Yup, aku pun
No comments:
Post a Comment