Thursday, May 13, 2010

Adamaya-ly

Hari ini rumate aku balik bilik lewat petang macam biasa. Kalau menginjak hari Isnin hingga Khamis, maka jangan haraplah nak jumpa batang hidung sorang2 kat bilik. Wajib ke bilik TV, kalau tiada aral melintang untuk menonton Adamaya, slot drama kegemaran berdua itu sejak mula ditayangkan. Setia sungguh, walaupun pulang-nya mereka daripada panggung wayang mini( tv screen kecil aja), badan masing2 bau makanan seolah2 boleh diratah ( bilik TV amat berdekatan dengan Cafe) seperti dilantak Nasi Goreng Paprik @ Tomyam. Aku tak kisah, untung2 boleh dipesan makanan dinner. Sudah menjadi kebiasaan untuk sekadar mengikuti minat mereka, sepulangan mereka daripada menonton, akan aku tanya soalan rutin.

“ Macam mana Adamaya hari ni? Ok? “

Aku tidak harapkan apa2 details daripada pertanyaan aku itu kerana aku sendiri pada asalnya tiada keinginan untuk mengikuti siri drama romantis itu. Namun, ada ketikanya jika rumateku ada mood untuk berkongsi, diceritakan dengan panjang lebar. Aku mendengar dan seperti selalu, pantas mengomen. Kuagak bukan semua orang boleh menerimanya tetapi apa salahnya?

Hari ini merupakan hari terakhir tayangan slot drama itu. Bak kata rumate ku “ Habis for gooood~” bersama dua belah tangan dihanyun umpama kondaktor orchestra dipenghujung sesebuah lagu sehingga penghabisannya. Ku tanya soalan rutin. Dijawab dengan basi-basi.

“ Ending dia tak best”. Masam. Diteruskan makan Nasi Goreng yang dibungkus. Sambil aku celok nasi dia barang sesudu-dua, aku tanya lagi. Saja.

“Kenapa?”

“ Tah. Macam tak digarap dengan baik lor. Bini kau dah curang depan mata kau, she asked for divorce, they even got tangkap khalwat.. tup2 kau maafkan macam itu aje?. Come on la wei..realistic la sikit. Show some effort la earning back ur husband. U’ve wounded his pride kot”. Dia sambung makan dengan dahi berkerut. Banyak yang aku sampuk, tapi aku save kan aja. Malam nak mengarang dialog.

Lucu bukan betapa drama TV sahaja boleh membawa perasaan frust sebegitu kepada penonton. Tidak pelik kerana aku sendiri kerap benar menangis menonton cerita Tamil tetapi frust ini lain cerita. Cerita frust ialah tentang ‘unfulfilling’. ‘Unfulfill’ makes you feel tak cukup n tak kena.

Tapi highlightnya disini, ada dua perkara. Yea, aku tahu aku bukan amat mahir dengan pengolahan cerita mahupun setia dengan Adamaya. Kisah apa? ini blog aku. Aku punya suka.

Pertama, berkenaan apa yang tak kena dengan scene yang sedia ada. Satu yang dapat aku simpulkan ialah, setiap penonton mempunyai impian dan jalan cerita mereka masing2 yang mereka harapkan berlaku jika mereka di dalam situasi watak. Maya misalnya, tidak salah menzahirkan sifat terbelah bahagi(semasa curang) dan cinta kepada suaminya walaupun pada ketika itu bermain kayu tiga. Memujuk misalnya, biarlah dengan penuh luka, perit, usaha dan kecalaran maruah. Marendah diri, mengaku salah walaupun ditolak daripada yang tersayang. Bukan dengan mudah, memaafkan. Kurang dari 5 minit , menurut rumateku. Pada tafsiran aku, jika pengarah dapat meneka kehendak penonton dan olah cerita menjadi seperti idaman mereka, seolah2 pengarah mendapat jackpot. Seolah2 juga memberi makan kepada jiwa penonton yang dahaga. Imaginasi mereka.

Jangan mudah mengata aku menyekat kebebasan para pengarah berkarya. Tidak salah jika mereka ingin lari daripada kepompok kehendak peminat tetapi segalanya harus digarap dengan sesensitif mungkin. Aku ambil contoh cerita Gladiator dimana pada pengakhirannya, watak hero mati setelah berjaya menumpaskan raja yang maha kejam. Mati. Siapa yang mahu dan menyangka watak utama mati. Namun, indahnya pengolahan, sebelum beliau menutupkan mata, rebah dibumi, beliau sempat melihat bayangan arwah isteri dan anaknya( yang dibunuh raja) melambai dengan cukup manis. Mengajak beliau ke dunia baru bersama mereka yang beliau sayangi, meninggalkan dunia fana. Aku percaya kebanyakkan penonton rela melepaskan watak utama mereka mati dengan bahagia. Maka matilah watak itu namun dengan tidak mematikan jiwa dan perasaan penonton. Dalam kesannya.

Seperkara lagi, diolah dengan berderet2 tentang hal yang remeh dan dicincai-cincai-nya hal yang ditimbang penting oleh penonton. Contohnya, perkara kecurangan dan kebencian Maya terhadap suaminya mengambil masa berminggu-minggu. Sebaliknya hal percintaan, perjuangan, rumah tangga dan percintaan mereka hanya seciput. Sedikit sangat. Memujuk suami hanya pada 5 minit terakhir, pada episode akhir.

Keduanya, yang tidak ada. Yang tidak ada ialah kesinambungan yang indah dan manis. Yang member kesan mendalam walaupun cerita itu lama tamat.

Aku baru sahaja habis menonton cerita ‘ 3 Idiot’. Seronok sangat!!.

Pada awal pertemuan yang membawa banyak lagi perkara manis bagi pasangan, watak heronya telah menasihatkan heroin-nya ( pada ketika itu kekasih orang lain) supaya meninggalkan kekasihnya pada waktu itu kerana kekasihnya amat mementingkan kebendaan. Diakhir nasihat, diucapkan.

“ This is a free advice. Take it or leave it.” Tinggal tengan senyuman. Kemarahan dan kecintaan heroin itu sungguh manis.

Namun, pada pengakhiran cerita, dimana hero telah mempermainkan kawan lamanya ( dalam aksi kelakar) dam mengundang kemarahan kawan lamanya, si heroin telah berbisik pada hero.

“ I suggest u run fast. This is a free advice, take it or leave it” senyum dengan penuh erti.Kemudianlari bersama2, daripda dikejar kawanya yang bengang.

Indah bukan pada pengakhirannya diucapkan semula kata2 yang menemukan meraka dan membawa kepada love-hate didalam cinta. Perasaan comel ketika menonton diawal cerita ada semula untuk pengakhiran cerita.

Dah habis dah. Banyak lagi nak diutara tapi aku biarkan aja. Drama melayu kita tidak akan putus2 ditanyangkan untuk masa hadapan, tetapi apa yang penting ialah kualiti-nya . Semakin banyak Adamaya-ly punya drama, makin malaplah industry drama Malaysia. Dan makin putus asa-lah aku untuk bersama2 turun ke bilik TV pada pukul 6.30 petang dan pulang pada pukl 7.30 petang bersama bau badan bagai boleh dimakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails