minggu lepas aku tolong kakak ipar aku buat kukis
kukis coklat chip..
dia amik tempahan daripada sekolah sempena hari guru.
Hari guru yang mana pada hari minggu-nya diwajibkan semua sekolah mengadakan gotong royong. Bermula 7.30 pagi sehingga 12 tengahari pada hari Sabtu. Tak paham aku, Hari Gurru, tetapi perlu pulak dikerah tenaga guru? hem..bukan ke Hari Guru = Hari menghargai dan meng-treat guru?
Entah lah. Agaknya dalam surat khabar, di laman komen, makin banyak-lah lagi komen daripada golonganpendidik mengeluh perihal kerja. Biasalah bro, kalau sudah niat nak berbakti pada nagara.At least u get paid wat?!.mati aku kena bantai dengan kakak ipar aku (T___T)
Semua itu aku tak ambil pusing, yang aku tahu, biskut aku sold out!!
hahaha..siap mendapat tempahan sekali lagi
Pada minggu lepas pun kali pertama aku membikin kukis coklat chip ( tidak mengambil kira percubaan coklat chip dirumah manal yang fail ^_^' ).
Aku nak siapkan tempahan kukis hari ini. Apa yang kelakar, tidak tahukah mereka membuat kukis coklat chip adalah aaaa~mat senang!
seperti ini!
Bahan:
sebuku butter (250 gram)
1+ setengah cawan gula merah
2 biji telur
3 cawan tepung gandum
400-500 gram coklat chip (duhh~, namapun coklat chip :p)
-------------------------- <3 -------------------------
1.masukkan semua bahan dalam mixer dan pukul sehingga sebati.
2. masukkan tepung berperingkat sampai sebati jugak
3. tutup mixer,masukkan coklat chip dan kacau rata dengan penyudip kayu
4. susun dalam dulang@ apa2 saja boleh masuk oven menggunakan sudu.
( saiz sukahati)
5. masukkan dalam oven pada suhu 190C , sampai coklat2..keluarkan
note: sebelum masuk balang, pastikan benar2 sejuk( suhu bilik, bukan peti sejuk!!). Kalau tak lemau...
Senangkan. Tapi kalau malas, boleh jugak tempah.Tapi kalau dah masa free dan ada anak buah yang sweet tooth macam Shahman, boleh lah buat sendiri.Seronok :)
btw, yang fail masa kat umah Manal adalah kesilapan bersama, bukan Aunty K..she's cool.hehe
No comments:
Post a Comment