Sunday, May 30, 2010

Anjing!!

" Female  Sport Complex!! which part u dont understand? female? its for girls,dumbass!! ko buat apa kat sini? tepilah, orang nak lalu!"

" Im sorry i hurt u"

" Im not"

" Then what with all the silence, call tak angkat and all the cold faces? Aku tak rasa kau akan buat macam ni kat aku kalau kau tak marah"

" Yup, maybe ini nature aku, kau yang tak tahu. In the kind of person that confess her feeling and walk away, so wat? ko tak suka? live with it"

" Fine, im just sorry, ok"

"Keep it to yourself. Im not interested and there's nothing to be sorry about"

" Ala...come on la Luna,. Kita bukannya kenal sehari dua. How would i know that you are serious?"

"Jawapannya ada, tapi kau tak layak tahu, Khalel.Aku tak rasa dalam 2 tahun kita berkawan aku pernah joke around bende2 macam ni". Dibiar tak terluah. Malas.

Masuk selekoh kedua, Luna ambik peluang. Dari jelingan matanya nampak muka Khalel yang sudah kemerah-merahan dan termengah2. Budak gemuk macam tu la.Dia jenuih suruh jongging dulu2, malas.

Luna amik gear dua, tekan minyak. Kali ni dia lari lebih laju, meninggalkan Khalel jauh kebelakang dan separuh terkejut dengan tindakan separa sedar Luna.

" Could you please just stop running for a while? Im out of breath!!"

Putus asa mengejar, dia amik brek mengejut. Badan ditunduk, tangan ditongkat ke ke lutut. Peluh laju menitik ke tanah berdebu coklat, meninggalkan bekas2 bulat.

Padan muka aku.

two weeks ago,

" Lel, aku suka kau" Luna mengadap dia secara tiba2.

"Aku pun suka kau. Kalu benci tak adanye aku nak hang out ngan kau maghrib2 ni"

" Tak..aku memang suka kau. More than friend.. Aku tak harapkan apapun. Aku tahu kau suka.."

"Hah, jangan nak buat prank bodoh macam hari tu eh. Mampus aku menyorok ingat orang JAIS datang tangkap basah aku dengan Tini. Lagipun kita tak sesuai la Luna. Kau rockers, aku rockers. Tak terjaga makan minum aku, hari2 makan terajang kau."

"Prank kepala hotak kau! kau tanya Samad" J.ari telunjuk tepat ke batang hidung Samad. Si Saksi

"Pergi mati la dengan Samad, aku suka Leha". Khalel cakap seolah Samad tiada disitu. Berani kau Samad.

" Aku tahu. Aku nak kasitau je"

" Ok, aku tanak tahu. done. Aku tak nak commitment dengan kau. Aku kurang la orang2 kasar macam kau ni. Kita buat tak tahu je la. Aku declare conversation ni tak penah berlaku. Aku maafkan kau. Ko pun sama,Samad". Tepat.Cepat2 dia habiskan ayat, takut Luna berkata2 lagi. Merayu ke apa. Iman dia pun bukan banyak sangat. Kang ada tragedi JAIS nanti, malu mak bapak.

Muka Luna berubah sedikit, tapi Khalel tak ambil pusing. Dia suka Leha... Memang la matahari terbenam cantik, tapi takkan la sampai budak rockers pun boleh naik 'blues'?

" Aku solat dulu" Luna habiskan Milo lantas bangun beredar masuk khemah.

" Puas hati ?Kejam la kau Khalel kau buat Luna macam tu. Jackass habis. Layan je la minah tu. Bukan rugi pun". Samad bela juga Luna. Lama dia menjadi pemerhati sahaja tadi.

"Apa~?? Dah die sendiri tahu aku suka Leha. Dia pi suka aku pasai apa? blur sangat?"

"kau ni, dia nampak je hu-ha,hu-ha. Tapi dia tetap perempuan. Fragile kot~"

" Hah..kalau kau faham dan concern sangat, kau la pegi layan dia. Couple dengan dia". Menyampah betul Khalel dengan Samad. Busy body.

"Bodoh la kau"

"Kau la bodoh"

Terbukti dia yang bodoh selepas seminggu Luna tak hubungi dia.Putus terus. Terasa kosong la pulak.Tapi bukan dia suka Leha ke? Tak guna betul Leha tu. Dah la tak sukakan dia, menyusahkan ada.Tapi jugakkan, kalau dia adalah cinta pertama Luna, patutnya Luna susah nak lupakan dia. Yang juga bermaksud Luna masih suka dia. Kalau ikot cakap mitos Salleh la, Salleh the love guru tu.

Apapun, dia sudah lelah mengejar Luna. hari ini. Dia sudah bersedia untuk pusing kebelakang dan pulang. Esok ada lagi, kawan baik memaafkan kawannya. Walau se-rockers manapun dia.Yakin

Dan-dan waktu itu jugak dia nampak Luna berlari datang ke arahnya. Laju macam mengejarnya. Sah Luna rasa rugi tak layan dia tadi.Betul la mitos Salleh. Tak sia-sia kau playboy, Salleh.

" Ha..nak stopkan aku dari balik la tu. Tahu pun dia aku penting dalam hidup dia. Sedar pun diri. Padan muka hang merayu sampai sudah. Aku merajuk."

Luna laju berhadapan dengannya. Bertentangan mata mereka. Khalel tak tunggu pun, terus buka mulut. Yakin sungguh.

" Tak de sorry2, aku dah mera-"

"ANJING!!" Luna potong bicara Khalel.Pendek dan dimuntahkan tepat pada muka Khalel. Lantang dan jelas maksudnya. Tak ada yang lain dah.

"Anjing!!" dilepaskan sepuas hatinya. Serak pun serak la. Dibiarkan Khalel terkejut yang macam tapir tercirit gayanya.

Memang Khalel terkejut macam tapir tercirit.

Apahal minah ni? Datang balik nak jerit anjing kat mukanya yang suci, jernih ala2 mat salleh ni.Teruk sangat ke yang aku buat. Disamakan dengan menatang haram jadah tu? Setan tol. Ni dah melepasi batas2 pergaulan Islam. Bosan betul kena bersuara lantang, menengking dengan awek ni. Tapi dah terpaksa. Lagipun minah tu dah panggil dia Anjing!! Of all the curse she can choose. Tak leh ke pilih goldfish ke? hamster ke? dragonfly ke? Tapir dia telan lagi!!

" Kurang hajar kau Luna. Musuh pun tak penah panggil aku menatang tu tau. Ko memang nak gaduh ke? Aku on je" Maruah beb. Terjengkit2 dia melaung pada Luna yang semakin jauh.

Luna menoleh sambil meneruskan larian. Tak berbaloi berhenti sekadar untuk bercakap dengan Khalel, the heart breaker.Orang lain reject jugak, tapi tak jerk macam kau!! Macam sh*t.

" Anjing belakang kau la bongok. Jangan perasan boleh tak? Tak de maknenye nak gaduh ngan manusia tuuutt macam kau". Puas hati Luna. Yes!! Ko tak penting dalam hidup aku tahu tak?!!

Khalel laju pandang ke belakang. Anjing setinggi betis laju menuju arah mereka, berwarna koko pekat.

GONG! GONG!!

"Oh my god!!" Sumpah terkejut Khalel sampai malu hilang habih. Dia pusing ke belakang, sama berlari menuruti Luna dengan kelajuan yang pada dia maximum sungguh. Pada kepalanya ligat memikirkan betapa lecehnya nak kena samak. Kes anjing gila tak masuk kira lagi. Tuhannn~. Dia tambah lagi kelajuan.

GONG!! GONG!!

"Tunggu aku Luna!!"

" Bagus, biar kau kena gonggong sorang2. Perasan nak mampus. Panggil la Leha darling ko tuh".

Sebab apa dia masih sakit hati mengenangkan Leha walaupun hati dia yakin dia boleh terima sahaja Khalel sebagai kawan, itu dia tidak pasti kenapa. Tapi, yang dia tahu, hatinya puas melihat Khalel terjelir letih, berlari mengikutnya dari belakang. Semacam je puas. Terima kasih anjing :)

3 comments:

Ms. Shy said...

pehh..
best..best..
mana datang angin tulis cerpen ko ni??
hahaha..
boleh da kalu ko nak try2 submit kat kapasitor tu..
;)

Anonymous said...

nice story. wish it is longer... kau ada talent la wei...kalau xtau nak kembangkan cite, ada ramai je yang boleh tolong. huhu... btw, cite ni tergantung, so make sure sambung ye...

Anonymous said...

and xlupa jugak, tahniah kerana telah berjaya menghasilkan cerita ini sambil bermain uno...
huhu idea dtg xbleh bla.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails